Usaha pencarian dan penyelamatan masih giat dijalankan di selatan Turkiye dan utara Syria susulan gempa yang menggegarkan wilayah itu pada Isnin.
Bukan sahaja, ia disertai oleh anggota keselamatan namun orang awam juga turut membanting tulang menyertai misi itu bagi membolehkan proses penyelamatan waris keluarga dan jiran dapat disegerakan.
Dalam keadaan terdesak, mangsa yang terperangkap pula sedaya upaya melakukan apa sahaja untuk terus hidup supaya diri terus mampu bertahan.
Minum Air Kencing Sendiri
Seorang remaja lelaki yang diselamatkan dari bawah runtuhan konkrit selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye, bertahan hidup dengan minum air kencingnya sendiri, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Mangsa ditemui lebih 100 jam selepas gempa berlaku, manakala harapan untuk menemui lebih ramai mangsa masih hidup di bawah runtuhan kini pudar.
Beribu-ribu kanak-kanak merupakan sebahagian daripada hampir 24,000 orang yang terkorban dalam gempa bumi dahsyat yang menggegarkan Turkiye dan Syria Isnin lalu.
Ads
Terperangkap 5 Hari
Saudara-mara mangsa menangis kesyukuran ketika anggota penyelamat menarik keluar Adnan Muhammed Korkut, 17, dari ruang bawah tanah di bandar Gaziantep, dekat pusat gempa.
Remaja itu terperangkap hampir lima hari dan terpaksa minum air kencingnya sendiri.
“Syukur ibu pun selamat,” kata Adnan apabila berjumpa ibunya.
Seorang anggota penyelamat dikenali sebagai Yasemin memeluk Korkut sambil berkata:
“Saya mempunyai seorang anak lelaki seusia kamu. Saya bersumpah tidak tidur empat hari kerana cuba mengeluarkan kamu.”
Dalam pada itu, pasukan penyelamat turut mengeluarkan Yagiz Komsu, 4, dari bawah runtuhan bangunan kira-kira 105 jam selepas gempa berlaku. Mereka kemudian menyelamatkan ibunya, Ayfer Komsu yang cedera.
Ads
Orang ramai yang menyaksikan operasi menyelamat di bandar Adiyaman itu diminta tidak bersorak bagi mengelak daripada menakut-nakutkan mangsa.
Seorang bayi berusia 10 hari dan ibunya turut diselamatkan hampir empat hari selepas sebuah bangunan runtuh. Bayi bernama Yagiz itu menghabiskan hampir separuh hayatnya di bawah timbunan konkrit di wilayah Hatay.
Jeritan meminta tolong semakin pudar beberapa hari lepas gempa yang disebut oleh presiden Turkiye, Recep Tayyi Erdogan sebagai ‘bencana abad ini’.
Gempa bumi bermagnitud 7.8 yang diikuti tsunami telah membunuh lebih 18,400 orang di wilayah Fukushima, Jepun pada 2011.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap di dalam runtuhan ini.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Punggah guni simpanan, lelaki ini berjaya beli motosikal secara tunai guna syiling yang dikumpul. Berkat usaha gigihnya menabung, lelaki Berjaya mendapatkan motosikal yang dihajati.
Lelaki ini juga buat netizen kagum kerana tidak semua orang boleh membuang perasaan malu apabila mengumpul wang syiling semata-mata untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.
Punggah Guni Simpanan
Seorang lelaki tular di media sosial kerana bertindak memunggah guni simpanannya yang berisi duit syiling untuk membeli sebuah motosikal, lapor program berita Liputan 6 semalam.
Berdasarkan satu klip video yang dimuat naik ke aplikasi Tik Tok oleh akaun bernama @wawasuhenda itu, kelihatan seorang lelaki sedang mengeluarkan duit syilingnya di atas lantai.
Lelaki Ini Berjaya Beli Motosikal Secara Tunai
Setelah dikira, lelaki itu berjaya mengumpulkan syiling bernilai 18 juta rupiah (RM 5,281.35) untuk membeli motosikal secara tunai.
Dalam video seterusnya, pekerja kedai motosikal itu bersama-sama mengira wang tersebut.
Berjaya Guna Syiling
Netizen turut membanjiri ruangan komen.
“Di sini kita belajar tiada yang mustahil kawan-kawan, sedikit demi sedikit menjadi bukit, mari kita ada semangat menabung,” tulis seorang netizen.
“Ya Allah, contoh ini perlu dicontohi,” tulis netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Benarlah sikit-sikit jadi bukit. Biarpun mengambil masa yang lama untuk cukupkan jumlah wang membeli motosikal, tetapi akhirnya kemanisan itu dapat dirasai. Biar lambat tapi caranya betul dan terpuji.
Ciplak kufiyah scarf Palestin rekaan Sarah Musa, pemilik Lima Segi minta maaf. Isu menciplak rekaan bukan baru. Telah banyak berlaku hingga saman menyaman di mahkamah. Namun menciplak di saat warganya sedang bergelut tanah dijajah zionis, dianggap tindakan tidak wajar. Apatah lagi setiap keuntungan jualannya disalurkan kepada tabung bantuan kecemasan di Palestin.
Ciplak Kufiyah Scarf Palest4n Rekaan Sarah Musa
Terbaru di media sosial X, tular dakwaan kufiyah rekaan Sarah Musa yang berdarah kacukan Palestin / Korea menjadi mangsa ciplakan syarikat Lima Segi yang dimiliki oleh seorang influencer tanahair. Dan mengejutkan, kufiyah ini ditiru bulat-bulat baik dari segi rekaan dan juga warna tanpa ada sedikit perbezaan pun.
Kufiyah Scarf rekaan Sarah Musa ini sangat Istimewa kerana bukan saja fabriknya berkualiti tinggi tetapi ia dibuat di sebuah kilang kecil di Turki dan dijahit dengan penuh sayang.
Setiap keuntungan scarf ini disalurkan kepada warga Palestin. Tak hairanlah, dengan kualiti dan rekaan menarik, Yuna antara artis yang membeli kufiyah ini selain ramai yang menyokong pembelian scarf ini demi sebuah perjuangan untuk bangsa Palestin.
Pemilik Lima Segi Minta Maaf
Dalam isu ciplak ini, selepas isu ini tular di media sosial, butik perniagaan atas talian Lima Segi meminta maaf dan akan menarik balik kesemua scarf yang dikeluarkan. Malah mereka turut meminta orang ramai menyokong kufiyah scarf milik Sarah Musa.
Di instagramnya, Sarah Musa turut mengulang siar hal ciplak ini di insta stroriesnya selepas dimaklumkan oleh pengikutnya. Jelas ia sesuatu yang tidak normal kerana menciplak adalah hal yang sukar diterima.
Siapa Sarah Musa?
Dibesarkan di Ohio oleh ibu berketurunan Korea dan bapa berketurunan Palestin, Sarah Musa menggemparkan kedua ibu bapanya apabila memutuskan untuk memakai tudung pada usia 17 tahun.
Hari ini, pada usia 40 tahun, Sarah Musa mencipta nama sebagai designer dan mencipta jenama fesyen sendiri yang bersifat sederhana dan sesuai dipakai oleh pelanggan tanpa mengira sama ada mereka beragama atau tidak.
Perjalanan kerjayanya sangat menginspirasikan di mana Sarah Musa telah bekerja dengan nama besar dalam industry fesyen termasuk Ralph Lauren, Anna Sui, Carolina Herrera, Club Monaco dan lain lagi.
Yuna, antara yang memberikan sokongan kepada kuniyah scarf ini.
Dalam satu temuramah dengan AFP suatu masa dahulu, Sarah Musa berkata, dirinya mencipta pakaian yang cantik dan wanita boleh memilih cara memakainya.
Sangat mementingkan kualiti dalam rekaannya, dirinya sangat menekankan bahawa kualiti adalah keutamaannya. Hari ini namanya begitu dikenali. Sarah Musa bukan sahaja mencipta pakaian tetapi juga membina jambatan antara budaya, tradisi, dan inovasi dalam dunia fesyen.
Perjalanannya dari Ohio ke pusat fesyen New York adalah bukti bahawa dengan keberanian dan ketekunan, seseorang boleh mencapai impian besar dan memberi impak yang bermakna kepada dunia.
Berdebar betul ibu ini, Safra Hussain apabila dia dan anak-anaknya yang masih kecil, termasuk yang masih menyusu badan terkunci dalam bilik air. Lebih 7 jam lamanya, usaha untuk menyelamatkan diri dengan apa cara yang ada.
Malangnya, segala usaha tidak berjaya. Paling sebak bila anak kecilnya berasa lapar, dan ibu cuma mampu untuk meminta anaknya bernama Mikayla, 5 tahun itu minum air heater.
Manakala, ibunya hampir hypo kerana anak bongsunya, 2 tahun kerap menyusu badan sepanjang terkunci dalam bilik air.
Kongsi ibu ini,
Lebih 7 Jam Terkunci Dalam Bilik Air
“Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat
Semalam (ketika status dimuatnaik pada 17/3/2021) terkurung dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih.
Paling risau kan anak-anak, sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita orang nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
Masa tersedar terkunci dari dalam, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble.
Tak sangka , kita buat tombol pintu macam ni, hanya Allah je tahu.
Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol.
Segala usaha sia-sia.
Anak Lapar, Minta Anak Minum Air Heater
Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater. Maleeqa plak menyusu je… sampai tahap kita dah hypo. Dah lemah rasa nak tidur, rasa macam nak tutup je mata.
Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, kita basuh lah toilet, bila dah hujung-hujung tak tau masa tu pukul berapa dah rasa tak kuat tapi tengok anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk tombol…. masih sia-sia.
Hanger towel, kita cuba patahkan untuk ketuk tombol.
Bila Mikayla cakap “I’m cold” sebab Mikayla sejenis kalau tidur dalam aircond tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati. Dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen wassap & tak jawab phone. Dan pukul 4.30 dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.
Ini keadaan tombol pintu dari luar, dah ketuk pun tak boleh buka, jadinya suami terajang.
Alhamdulillah.
Pengajaran untuk kita dan juga semua.
Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone kemana sahaja.
Dah keluar bilik air baru guard datang. Tapi takpa lah, dah selamat.
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sadis sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkin lah kita boleh terajang.
Maaflah ayat bercelaru sebab anak-anak bangun tidur pun menangis je.
Banyak Miscall. Hq Cuckoo pun ada call. Untuk urusan kerja, maafkan saya. Sedih ada customer terpaksa cancel order sebab kena buat paip baru. In sha Allah, jika dah tertulis itu rezeki mungkin ada selepas ni.
Tip Netizen Kongsi Untuk Tombol Pintu Jenis Ini
Boleh juga gunakan duit syiling untuk betulkan setting pada tombol.
MW : Memang berdebar dibuatkan bila terkurung dalam bilik air dengan anak-anak kecil. Lagi-lagi sejenis pintu yang kalis kopak ini.. yang kukuh buatannya.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...