“Terlalu Indah” itulah luahan Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan Nurul Zahid berkongsi pengalamannya mengerjakan ibadah Haji. Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok mengingatkan mereka yang pernah menunaikan haji kenangan sewaktu mengerjakan ibadah ini.
Apatah lagi dengan keadaan Pandemik Covid-19 hari ini, keadaan tidak sama dengan dulu dan tiada siapa menyangka tiada siapa pernah menduga, sudah dua tahun diwarnai dengan banyak kisah duka lara bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malahan penduduk dunia secara keseluruhan. Malah kerajaan Arab Saudi juga telah membuat keputusan tidak membenarkan jemaah dari luar negara ke tanah suci tahun ini.
Terlalu Indah, Kenangan Yang Tidak Akan Dilupakan
Seperti mana di kongsi menerusi entri di akaun Instagramnya, Nurul Zahid akui sewaktu mengerjakan kali kedua bersuami, madu dan ibu mentuanya sangat bermakna dalam dirinya.
“ I am well equipped with sport shoes, bag pack, water bottle, rubber prayer mat, spray bottel (for wudhu).
“Saya menunaikan haji kali pertama ketika saya berumur 18 tahun. Dan jujur saya katakan, pendedahan dan pengertian haji buat saya pada ketika itu sangat jahil.
“Peluang menunaikan haji kali kedua bersama suami, madu dan ibu mentua diusia 40 tahun adalah usia yang paling sesuai dan persediaan untuk bergelar seorang Hajjah adalah satu peluang yang tidak saya sia-siakan,” tulis Nurul Zahid.
Kesihatan Tahap Yang Terbaik Ketika Wukuf
Malah Nurul Zahid juga menyatakan ketika itu tahap kesihatannya sangat baik. Malah dia juga turut berpeluang mendaki bukit bersebelahan dengan khemah wukuf dan berkongsi pengalaman yang cukup indah.
“Alhamdulillah, kesihatan saya dalam tahap yang terbaik ketika wukuf. Saya mengambil peluang mendaki bukit bersebelahan dengan khemah wukuf untuk merasai pengalaman yang belum pernah saya lalui.
Ads
“Selepas solat Asar, saya bersama suami dan beberapa rakan kami mendaki sebuah bukit dan mula mencari ‘port’ kami untuk melakukan solat-solat sunat, berzikir dan berdoa sementara menunggu Maghrib yang menandakan tamatnya waktu wukuf.
“Suasana diatas bukit tidak dapat saya gambarkan. Jutaan manusia memenuhi bukit berhampiran Jabal Rahmah, masing-masing dengan dosa yang mengharapkan pengampunan.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar!
“Saya minta izin kepada suami untuk saya bersendiri tidak jauh dari ‘port’ dia.
“Saya dapat merasakan setiap lelah dan sedih dan pengharapan saya disapa dengan angin yang ‘memeluk’ saya sepanjang waktu saya bercerita kepadaNya akan kisah dosa yang diharapkan digugurkan dari diri saya.
“Terlalu indah. Sangat indah. Ketenangan yang saya tidak pernah saya rasakan sepanjang hidup saya. Jika diberi peluang, saya ingin dijemputNya lagi.
Ujian Hebat Sepanjang Mengerjakan Haji
“Ujian sepanjang mengerjakan haji juga hebat. Biarlah ia tersimpan kemas dan apa yang boleh saya kongsikan, Haji 2018 menjadikan saya sesorang yang belajar makna sabar dan bersyukur.
“Terima kasih Allah untuk detik dan pengalaman yang dipinjamkan. Walaupun wukuf hanya beberapa jam dipinjamkan waktunya, Alhamdulillah ia cukup utk saya kenang sehingga habis hayat saya.
Ads
“Labaikallah hummalabaik,” kongsi Nurul Zahid.
Mingguan Wanita : Salam Aidiladha buat pembaca Mingguan Wanita.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Bila anak makin membesar dan mula nak masuk alam persekolahan, perkara paling dirisaukan adalah minat belajar. Takutnya, awal-awal bersemangat tapi lepas itu mulalah ada alasan untuk tak nak belajar.
Bukan hanya tekankan pembelajaran dalam bidang akademik semata-mata. Ilmu-ilmu agama pun perlu diterapkan dan inilah yang paling penting. Senang cerita, kena seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Minat belajar dengan malas belajar, dua perkara yang berbeza. Jangan ingan anak malas belajar sebab itu dia tak pandai sampaikan dia rasa bosan timbul dalam diri.
Berlainan dengan lambat pandai tapi anak ada minat belajar. Biarlah ia merangkak-rangkak sekalipun, asalkan ada keinginan. Tak perlu mak ayah bimbang, sebaliknya bantulah dia.
Inilah yang dikatakan oleh Mohd Yazid Ismail dalam perkongsiannya. Tak perlu nak marah atau beri hukumn kalau anak lambat pandai asalkan dia ada minat belajar.
Jangan terlalu risau kalau ada anak yang lambat pandai. Slow. Blur. Kurang pickup. Bantu dia untuk ada minat belajar je dulu. Slow tak apa. Jangan stres.
Saya dulu masa darjah 4 masih belum pandai baca Al-Quran. Huruf ظ ط ض masih tertukar. Banyak sangat main tak fokus mengaji. Padahal anak tok imam.
Turning point saya berubah jadi minat nak belajar bila dalam kelas di sekolah ada seorang ustaz suruh saya baca perkataan-perkataan arab di papan tulis tapi saya tak boleh baca. Malu sangat. Masa tu pertengahan tahun darjah 4.
Nasib baik ada kawan sekelas tolong bacakan, saya ikut bacaan dia.
Selepas balik dari dari sekolah hari tu terus bertekad akan belajar betul-betul. Adik saya Siti Sarah Ismail yang darjah 3 tolong ajar saya baca Al-Quran. Ayah mengajar juga tapi ayah lumpuh separuh badan sebab strok jadi tak mampu mengajar dengan sempurna. Tak malu walaupun belajar dengan adik. Sepatutnya abang ajar adik. Kena marah dengan adik no hal lah. Dah bertekad nak pandai mengaji.
Bila fokus dan istiqamah, Allah bagi terang hati alhamdulillah. Ketika darjah 5 saya terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Alhamdulillah UPSR dapat straight A.
Moral of the story, lambat tak apa yang penting pastikan anak-anak ada minat belajar. Biasanya slow dan tak pickup tu sebab tak minat belajar. Kalau dah minat semua jadi senang insyaa Allah. Setiap orang ada timeline masing-masing.
Sekarang saya mengajar anak-anak istiqamah tak perlu nak laju sangat. Stres kalau terkejar-kejar boleh menyebabkan burnout terus hilang minat belajar.
Mingguan Wanita : Betul sangat, jangan dipaksa. Lagi dipaksa, lagilah dia ‘liat’ nak buat. Biarlah perlahan-lahan, asalkan dia belajar.
Senja dan waktu Maghrib, tutuplah pintu, duduk dalam rumah, waktu ini syaitan berkeliaran. Ramai di kalangan kita mengambil ringan dengan beberapa panduan yang telah diajar oleh Nabi SAW berdasarkan hadis-hadis yang Baginda SAW tinggalkan.
Sememangnya kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja disebabkan pada waktu syaitan sedang berkeliaran. Dinukilkan sebuah hadis sahih yang menunjukkan petunjuk atau panduan daripada Nabi SAW kepada kita apabila tibanya waktu senja.
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Perkara seperti ini, banyak dinyatakan oleh para ulamak ketika mereka mensyarahkan atau memahami hadis ini. Antaranya ialah, Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) berkata bahawa hadis ini menunjukkan perintah (arahan) menutup pintu-pintu pada malam hari (apabila tibanya senja). Itu adalah sunnah yang diperintah akannya sebagai tanda kasih kepada manusia daripada (terkena kecelakaan atau keburukan) syaitan manusia dan jin. [Lihat: al-Istizkar, 363/8]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi (676 H) berkata bahawa hadis ini mempunyai banyak faedah berkaitan kebaikan dan adab yang melibatkan maslahah akhirat dan dunia. Maka, Nabi SAW mengajar adab-adab ini yang merupakan sebab terselamatnya daripada kecelakaan syaitan dan Allah SWT menjadikan sebab-sebab ini agar menjadi penyebab terselamatnya kita daripada kecelakaan atau keburukan syaitan ini.
Di samping itu juga, maksud menahan anak adalah melarang mereka daripada keluar pada waktu. Ini kerana, dibimbangi anak tersebut terkena kejahatan syaitan itu disebabkan banyaknya mereka (syaitan).
Hal ini juga disebut oleh Imam Khatib al-Syarbini (977 H) bahawa sunat menutup pintu ketika masuknya senja. Antara hikmah mengapa dilarang melepaskan budak-budak pada waktu senja adalah disebabkan syaitan berkeliaran pada waktu itu dan pergerakan syaitan lebih aktif berbanding siang hari kerana kegelapan itu akan menambahkankan kekuatan syaitan berbanding waktu yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H).
Kesimpulannya, melihat kepada beberapa pandangan para ulamak di atas, maka disimpulkan bahawa kita dituntut atau disunatkan untuk menutup pintu atau tingkap apabila tibanya waktu senja dan perkara ini juga selalu dipesan atau diingatkan oleh orang-orang tua.
Ini kerana, syaitan-syaitan berkeliaran pada waktu tersebut serta dibimbangi akan terkena keburukan, kecelakaan atau kejahatan berpunca daripada syaitan tersebut kerana syaitan ini sifatnya adalah menyakiti manusia.
Berikut kata-kata daripada seorang ulamak berkaitan hadis di atas:
Maksudnya: “Pada perintah agar ditutup pintu-pintu adalah melibatkan maslahah agama dan dunia yang mana dengan itu akan memelihara diri dan harta daripada orang yang sia-sia dan merosakkan terutamanya syaitan-syaitan.” [Lihat: Fath al-Bari, 87/11]
Marilah sama-sama kita mengamalkan petunjuk Nabi SAW ini agar kita terselamat daripada fitnah syaitan yang terkutuk. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan seluruh ahli keluarga daripada perkara-perkara yang tidak baik.
Makhluk halus, mungkin antara percaya atau tidak. Bagi yang pernah alami akan mengatakan ia benar-benar wujud. Sebai ia juga makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ada antara kita yang tidak percaya tapi bila alami sendiri, barulah tahu, makhluk halus ini benar-benar wujud. Cuma, ‘benda’ ini boleh dilihat, hanya sekadar menganggu dan mengacau saja.
Tidak hairanlah, ada juga sesetengah rumah yang lama ditinggalkan ada makhluk halus yang menjadi penghuninya. Malah, kalau ada yang tinggal di rumah bertingkat, tidak mustahil akan mendengar bunyi guli, duit syiling jatuh atau kerusi yang ditarik-tarik.
Semua ini kita tak tahu selagi tidak dilihat dengan mata kasar kan. Jadi, kalau keadaan ini berlaku, bolehlah kita usahakan dengan mengesan makhluk halus dengan meletakkan buah kundur. Ini sekadar ikhtiar dan petua orang dulu seperti yang dikongsikan oleh Tuan Ameer Hamzah ini, ada benarnya.
Jika rumah anda ada bunyi guli jatuh banyak kali, bunyi orang tarik kerusi, lesung batu seperti ada yang sedang menumbuk atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur. Tidak kisah di ruang tamu, bilik atau dapur.
Seandainya buah tu busuk buang jauh-jauh dan ganti dengan yang baru sampai tak busuk.
Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir keatas individual…
Ini adalah pertua orang dulu kala nenek moyang ataupun cara orang India pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan mata batinnya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu objek (unseen ghost or jin)
Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat mengatasi langkah berjaga-jaga di rumah.
Bukan Menghalau Tapi Mengesan
Buah kundur ini bukan untuk menghalau jin mahupun makhluk halus tetap sentiasa ada di sekeliling kita tetapi hanya untuk mengesan sahaja. Tidak kisah apa agama juga boleh mencuba dan jika ianya berlaku buah itu busuk, maka segerelah berdoa atau apa cara sekalipon mengikut cara bagi setiap agama masing-masing.
Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya dan tidak pulak rosak dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu petanda rumah itu tidak ada makhluk yang menduduki di situ dan rumah clean.
Selagi buah ini tidak busuk dan tidak rosak, boleh sahaja digunakan untuk makan dan minum kerana buah ini banyak khasiatnya dan sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita.
Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar dalam masa yang singkat sehari mahupun seminggu, itu petanda ada sesuatu yang tak kena.
Jadi apa tindakan kita seterusnya sebagai umat Islam?
Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat2 suci Al-Quran dan zikir. Banyakkan membaca Al Quran dan sentiasa pasang ayat2 surah Al Quran di rumah. Jangan biarkan rumah anda seperti kubur.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih faham dan tahu akan kegunaannya. Maaf segala salah silap yang mana baik boleh diambil manakala yang buruk itu ditolak.
Ini hanya petua semata-mata untuk mengenal pasti dan mengesan, kita sebagai manusia dari zaman nenek moyang telah wujud dengan pelbagai macam petua yang boleh kita cuba sebagai ikhtiar dan buah kundur hanya asbab sahaja.
Segalanya atas izin Allah Taala.. yang penting hati dan niat kita yang baik sahaja dan bergantung kepada pertolongan Allah..
Sekian Terima Kasih.
Mingguan Wanita : Kita sekadar untuk ikhtiar dan berusaha. Selebihnya kenalah sentiasa baca Al Quran dan pasangkan surah-surah. Insya Allah, moga kita semua dilindungi dan dijauhi. Aamiin.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.