Terima kasih mak! Perkataan itu belum cukup untuk membalas jasa-jasa mak kita. Tapi ucapan itulah membuatkan kita sedar diri kita siapa hari ini. Tanpanya, kita tak akan hidup di dunia ini.
Walaupun ucapan terima kasih mak belum mampu membalas jasanya tapi sekurangnya kita kena hargai apa yang mak sanggup korbankan demi anak-anak dan memberi kekuatan buat anak-anaknya.
Inilah kata-kata yang sering diucapkan oleh insan istimewa pada ibunya.
Siapa tidak kenal dengan Sukur Ibrahim. Beliau seorang usahawan OKU dan merupakan Pengurus Besar di D Strike Solution iaitu syarikat pembekal dan memasang karpet di seluruh dunia.
Namanya mula meniti di bibir masayarakat kerana insan isitimewa ini banyak memberi inspirasi kepada orang ramai dan tidak pernah putus harapan dalam kehidupannya.
Selain usahawan berjaya, beliau juga merupakan Agency Supervisor di CIMB dan turut digelar selebriti dakwah dan perunding motivasi di TV dan radio. Beliau tleah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Ads
.
Dulu 3 jengkal Sekarang 3 Kaki
Dalam perkongsiannya di IG, kejayaan beliau hari ni adalah ihsan mak ayahnya. Doa mereka membuatkan Sukur berjaya.
Lebih menarik, bila beliau merasa putus semangat, dia suka berkongsi dan mengadu pada ibunya. Malah, ibunya sentias teguh di belakang dia untuk memberi semangat.
Tidak pernah merasa diri kekurangan dan beliau bangkit dan mampu berjaya seperti orang lain.
Ads
Rupanya semasa kecil, tingginya hanyalah 3 jengkal saja, kini, dah 3 kaki. Ikuti video yang dikongsikan ini.
“Mak cakap dulu masa sekolah saya tinggi 3 jengkal je. Sekarang tinggi dah 3 kaki. Dulu kurus kecikk je sekarang dah besar gedobok. Sabar je la mak saya ni.
Terima kasih mak. Sukur kuat kerana Mak. Kalau mengadu dengan mak pasal bisnes mahupun kehidupan harian mak yang melenting lebih kalau ada yang tak kena. Back up anak dia..huhu. Sampai sekarang. Mak tetap teguh pertahankan saya.
Semua yang Sukur ada hari ini ihsan mak dan abah. Doa mak abah sangat bermakna buat Sukur. I love you Mak dan Abah”.
Ini antara gambat semasa belajar di sekolah rendah. Waktu ini setiap hari mak akan bekalkan makanan. Jadi, boleh terus makan dalam kelas dan tak perlu ke kantin.
Ads
Terima kasih Mak!
Mingguan Wanita : Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan putus semangat dan terus berusaha. Semuanya yang tebaik untuk diri kita.
Rumah biru Kampung Baru berlatar belakang KLCC tak dirobohkan, anak perjelas cuma kena pindah.
Terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru dan berlatar belakangkan bangunan ikonik negara KLCC, kisah rumah biru ini pernah tular di media sosial satu ketika dahulu.u tidak dirobohkan sebaliknya hanya penghuni rumah yang berpindah sementara.
Ramai merakam kenangan di rumah biru ini dan selepas berita bahawa rumah ini bakal dirobohkan, ia mendapat respon dari masyarakat.
Rumah Biru Kampung Baru Berlatar Belakang KLCC Tak Dirobohkan
Dan ternyata, ada sedikit salah faham di mana rumah biru ini sebenarnya tak akan dirobohkan, cuma pemiliknya perlu berpindah seketika bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ditanam di bawah tanah rumah tersebut.
Menurut anak pemilik rumah biru ini, Syafiq Abdullah yang berkongsi hal ini di facebooknya memaklumkan, buat masa ini projek pembongkaran semula palong belum pun bermula lagi.
Anak Perjelas Cuma Kena Pindah
“Projek belum bermula lagi ya. Untuk makluman, rumah kami ini tak akan dirobohkan. Kami hanya diminta keluar bagi memudahkan projek berlangsung nanti,” kata Syafiq yang memaklumkan, seandainya terjadi apa-apa di masa depan, insya Allah pemaju akan baik pulih seperti sedia kala.
Katanya lagi, doakan agar selepas projek ini selesai, mereka dapat kembali semula ke rumah nostalgia ini.
“Sama-samalah kita berdoa semoga selepas tamat project ini, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli akan tanah kampung kami ini.
“Kami sebagai pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi. Diharap penjelasan saya ini, sedikit sebanyak ramai yang tahu kisah sebenar. Terima kasih Malaysia, tulisnya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Pagi tadi, pelakon Ashraf Muslim berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan dua isteri yang dicintai, Dayana dan Sakinah serta anak-anaknya di tanah air selama 40 hari.
Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menyahut seruannya bagi menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.
Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.
Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yang paling agung.
Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yang cukup di sana.
Doa Ashraf Muslim Untuk Isteri-isteri dan Anak-anak
Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah SWT saya dapat menunaikan haji.
Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah.
Anak-anakku Sarah , Adam, Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman untuk dimarah, teman untuk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber’spiderman’, teman untuk bersilat, teman untuk main tembak-tambak, teman untuk makan, teman bergosip, teman untuk main rumah-rumah dan masak-masak, teman untuk tidur dan teman untuk segala-segalanya.
Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jangan sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy
Zizi menyanyi selagi dapat izin suami, begitulah ungkapan penyanyi yang kini sudah berhijrah dari imej seksi kepada berhijab.
Anak kelahiran Semporna, Sabah itu akui sebelum meneruskan perjalanan karier dalam bidang nyanyian dia telah mendapat keizinan dari suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami
Memanjat rasa kesyukuran kerana suaminya menjadi tulang belakang dan memberi sokongan penuh terhadap karier seninya.
Zizi turut menyatakan tidak akan meninggalkan dunia nyanyian selagi suami memberi kebenaran dek kerana dirinya akan terus berkarya selagi diterima.
Malah Zizi juga turut menerangkan sejak dirinya berhijab ramai yang mengangap dirinya tidak akan menyanyi lagi. Zizi secara jujurnya sangat berdebar apabila tampil dengan imej islamik.
“Sebenarnya bila saya bertudung, ramai ingat saya tidak akan menyanyi lagi.
“Sejujurnya memang rasa berdebar untuk menyanyi dengan imej begini.
“Saya juga selalu fikir bagaimana penerimaan orang nanti.
“Tetapi suami, pengurus dan keluarga banyak memberi sokongan dan dorongan.
Jaga Batasan
Bernikah pada September tahun lalu, Zizi mengakui dirinya kini semakin seronok bergelar isteri.
“Sebagai isteri, saya tahu batasan dan selepas berbincang.
“Saya akan menjaga batas pergerakan dan kurangkan aksi tarian lincah di atas pentas,” ungkapnya lagi yang turut berasa debaran mengenai penerimaan peminat terhadap lagu yang disampaikan selepas berhijab.
Pijak
Terkini Zizi muncul dengan single berjudul Pijak yang diterbitkan oleh Def Jam Malaysia.
“Pendek kata lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala.
“Jadi kita saling menasihati antara satu sama lain dan sebab itulah ada kesinambungan antara lagu Eh dan Pijak ini
“Kalau orang nak kata lirik lagu ini pedas, ia terpulang pada pendengarnya. Ini antara cara untuk saya sampaikan nasihat.
“Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri supaya tidak ambil kesempatan atas orang lain,” sambungnya.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...