malam-raya

Sambutan Aidiladha kali ini memberi kesan yang pelbagai kepada ramai orang. Ada yang dapat meraikan dalam keadaan serba sederhana, dan ada juga segelintir yang tidak cukup lauk makan di malam raya.

Susahnya rasa hati sebagai ketua keluarga. Mahu minta pada siapa, jika bukan pada badan-badan yang pernah mengangihkan sumbangan sebelum ini.

Perkongsian pengalaman kisah pemberian kepada golongan sukar yang dilalui Azura Abdullah ini. Begitu sebak sehinggakan pasangan muda yang kesempitan itu cuma bergantung pada bekalan beras yang tinggal. Itulah yang ada untuk diberikan pada dua orang anak yang masih kecil.

Pasangan Muda Terdesak Malam Raya

Kongsinya,

Terdesak di malam raya. Hanya tinggal beras. Pasangan muda. Anak sulong 3 tahun, anak bongsu 3 bulan. Suami tidak bekerja sejak bermulanya PKP3.0. Pemandu lori.

Isterinya tanyakan diapers jika ada untuk babynya yang berusia 3 bulan. Saya nasihatkan beliau supaya mula menggunakan kain lampin. Sekarang waktu susah, kena buat cara susah.

Berjimat selagi boleh dan saya sendiri tidak selesa untuk membeli diapers pakai buang menggunakan duit kiriman kawan-kawan. Jika pesakit dewasa lain kondisinya. Lebih afdal digunakan untuk beli makanan atau keperluan lain dalam keadaan sekarang.

Nama mereka sekeluarga memang saya sudah short listed untuk agihan daging dan barang dapur nanti. Tetapi memandangkan keadaan mereka yang terdesak di malam raya dan saya terbayang wajah dua anak kecil mereka sahaja. Saya panggil mereka datang ambil barang dahulu. Saya kirim juga sedikit wang zakat, ketupat dan rendang ayam saya masak tadi. Daging korban ambil kemudian.

Sayu pulak tadi. Saya terdengar anaknya bertanya ini rumah siapa? Kenapa kita datang sini malam-malam? Anaknya melambai tangan happy sampai hilang dari pandangan kami tadi.
Terima kasih semua. Hanya Allah swt yang dapat membalas budi baik kalian.

Zurots
#abemiesfoodbank
#zurotscharity

Mingguan Wanita : Kadangkala tidak terjangka pandemik ini boleh mengubah kehidupan seseorang hingga 360 darjah. Hilang kerja sekelip mata, dan akhirnya mengharapkan bantuan demi kelangsungan hidup.

Namun percayalah, mereka tidak mahu semua itu. Cuma keadaan ketika ini terlalu sukar untuk mereka. Semoga lebih ramai orang sedia bersedekah, berkongsi rezeki dengan kelebihan rezeki yang tuhan berikan padanya.

Baca sini : Terdesak masalah kewangan, gadai barang kemas jiran..

Sumber/Foto : Azura Abdullah

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI