kos belanja

Nampak gayanya sekarang tengah panas isu kos belanja harian dapur, hulur duit pada bini RM100 sebulan tetapi suami punya ayat bila isteri kata duit tak cukup macam bagi RM1000.

Masalah sungguh kalau dapat laki yang tak memahami. Tolong yer Bang, barang kat kedai nun harganya makin meningkat. Lepas itu, isteri beli pun biasanya bukan untuk diri sendiri. Demi kenyangkan perut anak-anak dan encik Abang sayang juga.

Alahaaaiii… itu pun berkira! Nah, baca perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini. Mohon buka mata sikit ya, tengok banyak mana yang kaum mak-mak perlukan untuk duit belanja dapur dalam sebulan.

Ini Kos Belanja Duit Dapur

“Duit yang abang bagi tu tak cukup ke? Awak ni tak tahu bersyukur langsung!”

Serba salah isteri… bila minta duit lebih, untuk beli barang, suami kata tak tahu bersyukur walhal barang yang dia nk beli tu, barang keperluan umah dan barang asas untuk dia memasak.

Relax bang, jangan cakap isteri tak tahu bersyukur, moh kita berfikir secara rasional dulu, ya rasional. Jom kita buat calculation sikit.

IKLAN

Kos Harian Bila Berumah Tangga

Sekiranya kita ada anak kecil, ambik contoh ada seorang, maka pampers sekurang-kurangnya 2 pack sebulan. Dan susu at least satu pack seminggu (kalau bf lain cerita)

Anggaran pampers 32.90 x 2 pack = 65.80
Susu 21.90 x 4 pack = 87.60
Total 65.80 + 87.60 = 153.40

(Ini kalau beli untuk rumah sendiri, kalau rumah pengasuh, maka akan jadi double. 2 pampers rumah kita, 2 kat rumah pengasuh. Sama macam susu. 3 atau 4 kat rumah kita, 3 atau 4 juga kat rumah pengasuh)

Anggaran perbelanjaan ke pasar untuk beli barang-barang mentah (ayam, ikan, daging, sotong, udang, sayur) sekali pergi RM30-50, seminggu 2x pergi dan sebulan ada 4 minggu.

IKLAN

Jadi…

30 x 2(4) = 240

Total pampers, susu dan perbelanjaan barang mentah = 153.40 + 240 = 393.40

Dah hampir 400, baru pampers/susu/barang mentah sahaja. Belum lagi kira barang-barang kering. Belum lagi kira duit minyak kereta/motor. Belum lagi kira duit topup phone. Belum lagi kira gas yang tiba-tiba habis. Beras lagi dan sebagainya.

IKLAN

Jadi untuk mengatakan yang isteri tak tahu bersyukur itu adalah satu kata-kata yang agak kejam sebenarnya. Dia dah sehabis tune dah perbelanjaannya, dah habis berjimat cermat.

Kos sara hidup agak tinggi zaman sekarang ni. Perbelanjaan dapur sahaja can easily goes to 500 sebulan jika ditambah dengan nugget, drummet, fries, sausage, dan lain-lain extra yang bukan keperluan sangat tu.

Harga barang mentah seperti ikan, daging, ayam pun mahal sekarang ni. 50 habis di pasar pagi itu biasa. 50 habis di pasar malam itu biasa. Nilai 50 itu sekarang tak macam 50, 10 tahun yang lepas.

Kalau kita selalu ke pasar, selalu beli barang dapur, maka kita akan tahu harga-harganya. Berbelanja lah ikut kemampuan, berbelanjalah dengan berhemah dan pandai-pandailah atur kewangan keluarga, buat bajet dan sebagainya.

Semoga rezeki kita sebagai suami ni sentiasa murah agar kita dapat mencukupkan perbelanjaan keluarga kita. InsyaAllah…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI