Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar.
Biarpun lumpur ini masih panas, kucing ini masih panjang umurnya apabila ditemui masih bernyawa walaupun rumah pemiliknya hampir tenggelam dek lumpur.
Tenggelam Dalam Lumpur Panas Gunung Semeru
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, Indonesia, lapor laman berita Berita Hits semalam.
Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya.
Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.
Kucing Putih Ini DiTemui Masih Hidup
“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.
Mohon Selamatkan
“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.
Ads
“Minta tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.
Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. – Agensi
Mingguan Wanita : Kasihan haiwan-haiwan peliharaan yang terlibat dalam bencana ini, mujur kucing ini selamat. Semoga penduduk di daerah ini tabah berdepan ujian ini.
Sepanjang menyantuni pesakit Covid-19 kluster tabligh, banyak cerita baik yang didengar. Dalam wad, mereka tak henti mendoakan petugas Barisan Hadapan yang bertungkus-lumus merawat mereka.
Beza sekali dengan kisah benar yang dikongsikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Mohd Afiqantara petugas Barisan Hadapan yang berdepan dengan kerenah kluster baru atau yang juga dipanggil kluster Turki/oversea.
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.
Lebih Banyak Demand
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
MW : Dapat bayangkan bagaimana penatnya petugas Barisan Hadapan ini yang bekerja lebih masa, dengan penat dan panas. Terpaksa pula hadap sesetengah pesakit kluster baru ini yang tak pandai nak belajar bersyukur.
“Semoga arwah tenang, damai di sana & ditempatkan di kalangan orang beriman” itulah antara luahan Salwa Abdul Rahman yang juga sahabat seni Allahyarham Ibnor Riza.
Berita duka tentang pemergian penyanyi era 80-an, Ibnor Riza disampaikan oleh Salwa menerusi akaun Instagramnya.
“Semoga Arwah Tenang, Damai Di Sana”
Allahyarham Ibnor disahkan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang tadi. Ibnor Riza Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Semoga arwah tenang, damai di sana & ditempatkan di kalangan orang beriman” luah Salwa.
Derita Kanser Limfoma
Pada masa yang sama penulis juga menerima perkhabaran duka tersebut menerusi, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi lagenda industri muzik tanah air Allahyarham Ibnor Riza Ibrahim atau lebih popular dengan nama pentasnya ialah Ibnor Riza telah kembali kerahmatullah pada jam 3.30 petang tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras Kuala Lumpur pada usia 62 tahun.
“Beliau meninggal dunia akibat kanser limfoma yang dihadapi yang sudah merebak ke otak,” tulis Hafiz Nafiah.
Arwah memulakan karier seninya sejak tahun 1984 dan popular dengan lagu malar segar antaranya Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Suka Terluka Merindu Pula dan banyak lagi.
Selepas dimandikan dan dikafankan jenazah Allahyarham disolatkan di HUKM sebelum dibawa terus ke Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir Negeri Sembilan bagi urusan pengkebumian.
Zizan bersimpati dengan nasib penyanyi wanita yang pernah menjadi rakan duetnya Kaka Azraff. Dek kerana lantang bersuara khabarnya syarikat rakaman naungan Warner Music bakal tamatkan kontrak Kaka?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini viral beberapa jenama sardin dalam tin ditarik semula penjualannya dari pasaran kerana mempunyai cacing.Memang geli dan naik loya bila memikirkan semula. Terus rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan cara pembuatannya sardin dalam tin ini.
Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je sardin di rumah. Pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan! Ialah jika dulu sardin dianggap ‘menu bajet’ dan sering jadi pilihan kerana harganya yang agak murah, namun sekarang tidak lagi. Ramai yang mengeluh kerana satu tin sardin kian mahal dan boleh tahan harganya.
Kalau dah begitu, apakata mak-mak cuba buat sendiri sardin di rumah ikut resipi ini;
Bahan-Bahan:
1 kg ikan sardin (buang kepala dan ekor)
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara Membuat:
1.Tumis bawang besar, bawang putih,halia sebentar didalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker).
2.Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
3.Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
4.Tambahkan garam dan perasa.
5.Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit.Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Siap!Boleh dihidang.
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, boleh reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Jika guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Kredit Resipi: Junaidah Bujang
Foto:Chef Sue M.Arukin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...