Tembikai Laici Fizz Leleh, Minuman Simple Tapi Cukup Membahagiakan Anak Tekak

Share

Buah tembikai memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain dimakan begitu sahaja, ia juga dibuat jus minuman yang sedap dan menyegarkan. Bulan puasa tak lama lagi ni, mak-mak bolehlah cuba buat air Tembikai Laici Fizz Leleh, sebagai minuman sewaktu berbuka. Lebih jimat berbanding beli di bazar ramadhan nanti.

Menurut pemilik resipi Sya Shamsuddin ini, walaupun minuman ini sangat simple namun ia cukup membahagiakan anak tekak. Terutamanya jika dinikmati waktu cuaca panas.

“Bila tembikai dan laici berpadu rasa, hasilnya sangat-sangat mabeles. Nah resepi minuman yang sangat simple tapi cukup membahagiakan anak tekak”.

“Minum time cuaca hangat….ahhhh HEAVEN”.

Bahan-Bahan:

Tembikai
1 tin laici
Krim soda
Segelas ais
Aiskrim (Pilihan)

Cara Membuat:

1.Potong tembikai kecil-kecil untuk mudah dikisar.

2.Masukkan tembikai, laici dan ais dalam mesin pengisar.

3.Kemudian masukkan sirap laici tadi.

3.Tuangkan pula krim soda.

4. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut sehingga hancur.

5. Tuangkan ke dalam gelas. Kalau nak lagi umphh tambah 1 scoop aiskrim dan buah-buah extra.

OK siap. Slurp slurp enjoy!

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

MW: Mudah sangat nak buat air tembikai laici fizz leleh ni. Bulan puasa pun nak dekat ni, mak-mak boleh buat untuk minuman waktu berbuka nanti.

Baca disini:5 Khasiat Tembikai Untuk Kesihatan, Ada Sebab Nabi Sarankan Makan Dengan Buah Kurma!

Sumber: Sya Shamsuddin

IKLAN