tembikai

Patutlah buah tembikai menjadi salah satu buah kegemaran Nabi SAW. Banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan kita. Buah tembikai atau semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” merupakan buah kegemaran Rasulullah s.a.w. Baginda sangat menyukainya malah menyarankan para sahabat agar memakan buah tembikai bersama kurma.

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata, “Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu” (Shahih Bukhari : 5614)

Dari Aisyah R.A,”Rasulullah s.a.w pernah makan “Al-biththikh” dengan kurma segar, seraya bersabda,” Buah kurma itu panas dan disejukkan oleh buah tembikai”

Aisyah R.A menceritakan bahawa : Rasulullah SAW suka makan Semangka dan Rutob (kurma masak). (HR. Abu Dawud dan al Tirmidzi)

Tembikai yang masak adalah menyejukkan dan manis. Buah ini baik untuk mencuci perut dan menghindarkan penyakit. Buah tembikai lebih mudah hadam berbanding timun dan makanan-makanan lain. Oleh itu, tembikai boleh digunakan untuk menyejukkan badan ketika badan rasa panas. Tetapi jika sejuk kita lebih baik makan halia untuk mencegah buruk kesejukkan itu kepada badan.*(1)

Tembikai sepatutnya dimakan sebelum makan makanan berat seperti nasi. Antara kelebihan ia dimakan dahulu kerana ia menghilangkan loya. Kajian perubatan juga menunjukkan makan tembikai sebelum makan makanan berat, akan mencuci perut dan menghindarkan penyakit.*(2)

IKLAN

Banyak Khasiat Tembikai Untuk Kesihatan, Ada Sebab Nabi Sarankan Makan Dengan Buah Kurma!

5 Khasiat Buah Tembikai

1. Kandungan Air Yang Tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik Untuk Jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

IKLAN

3. Anti-Radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Makanlah buah tembikai, secara amnya ia membantu badan melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit & Rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A yang diperlukan setiap hari.

IKLAN

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amalkanlah makan buah tembikai selalu, bukan sahaja ia sunnah, buah kegemaran Nabi SAW malah banyak khasiatnya untuk kesihatan.

Baca Disini:
7 Tip Pilih Buah Tembikai Manis & Juicy, Barulah Tak Menyesal Bila Beli Nanti!

6 Tip Pilih Honeydew Ranum, JUICY Lagi MANIS, No. 3 Antara Yang Penting!

Sumber:
*Diterjemah daripada buku “Healing with the Medicine of the Rasulullah S.A.W by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziah

Hello Doktor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI