Walaupun ‘simple’ je rebus telur namun ada bahan-bahan tertentu dan tekniknya barulah ia mudah dikupas, kulit tak melekat dan pecah malah hasilnya cantik berkilat.
Nak tahu lebih lanjut cara rebus telur supayan cantik berkilat boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Mss Saheeda ini.
Sini meh saya ajor cara rebus telur supaya dia cantik berkilat & tak ajak bergaduh.
Bahan-Bahan:
Air Secukupnya
Sedikit Garam
1 Senduk Cuka Makan
Cara Membuat:
1. Rebus air dahulu sampai mendidih
2. Letak sedikit garam dan sesenduk cuka makan.
3. Dah mendidih airnya, baru letakkan telur, perlahan-lahan. 4. Kacau sedikit ya, supaya kuningnya terletak elok ditengah-tengah.
5. Kemudian tutupkan periuk dengan penutupnya, api tu kena perlahan ya.Jangan pasang besar sangat.
6. Tunggu 15 minit, baru matikan api.
7. Biar sekejap, kemudian baru buangkan air yang panas tu. 8. Lalukan dekat air yang sejuk ya.
9. Akhir sekali boleh la kupas, tak perlu letak minyak tau, pantang tu untuk elakkan kulit melekat.
Daun pandan mempunyai aroma wangi yang tersendiri dan sering digunakan dalam masakan harian mahupun pembuatan kuih muih. Tapi selalunya kita nak gunakan daun ni sikit je mungkin sehelai dua, jadi eloklah tanam sendiri pokok pandan ini di rumah. Jimat dan taklah terbuang membazir.
Namun nak tanam pokok pandan ada cara yang betul, barulah ia mudah ‘hidup’, daun lebar dan subur. Boleh gunakan samada keratan berakar atau pucuk pangkal pokok, malah boleh juga ditanam dalam pasu mahupun terus dalam tanah.
Jadi sebelum tanam Pokok Pandan, kena ada ilmu dan asas dalam menanamnya.
Tanaman ini tidak rumit untuk diusahakan kerana ianya mudah tumbuh di atas apa-apa jenis tanah berikutan daripada ciri akarnya iaitu akar udara.
Ianya tidak rumit dari segi suhu, pH, kelembapan, taburan hujan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk jaminan kesuburan dan kualiti hasil yang terbaik, ianya perlu diusahakan di kawasan tanah lapang dan mempunyai kadar naungan terhadap matahari yang sederhana.
Ianya sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tiada sebarang kekangan untuk mengusahakan penanaman secara terus ke tanah, dalam polibeg ataupun pasu.
a) Tanam Dalam Pasu
Untuk penghasilan yang terbaik, saya mengesyorkan menggunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Kemudian, penuhkan pasu ataupun polibeg dengan mengisi tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari bahagian permukaan sebelum ditanam.
b) Tanam Terus Dalam Tanah
Untuk secara terus atas tanah, sediakan lubang berukuran 25cm x 25cm dan benih pandan sudah boleh terus ditanam.
Kemudian boleh terus tanam pada tanah, polibeg ataupun pasu seperti yang dinyatakan tadi dengan memasukkan pada lubang yang berukuran 25cm x 25cm.
Seterusnya, timbus dan padatkan tanah keliling bersama dengan benih pandan. Akhir sekali, siram benih yang ditanam pada kadar yang mencukupi sehingga kelihatan basah dan lembap.
Siram tanaman sebanyak 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Keperluan air perlulah mencukup bagi memastikan daun yang terhasil lebih lebar dan kekal subur.
Bagi mengelakkan serangga perosak, haiwan berbahaya dan penyakit serius pada pokok pandan, penting mencantas daun kering dengan kerap. Sekiranya tidak dilakukan, berkemungkinan kawasan tanaman akan mengundang kehadiran haiwan tidak diingini seperti ular, tikus dan sebagainya.
Jika telah tumbuh tunas baru pada rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama dan pindah untuk penanaman baru.
Sebagai langkah kawalan rumpai, cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Sebaiknya gunakan kaedah manual samada menggunakan tangan ataupun mesin rumput. Ini bagi mengelakkan tempias semburan racun secara terus yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap pokok pandan.
Tabur baja dengan menggunakan baja NPK (21:21:21) yang dikhaskan untuk pertumbuhan daun. Baja perlu digunakan sebanyak 5g sepokok bagi tanaman dalam pasu ataupun polibeg dan 10g sepokok bagi tanaman di atas tanah.
Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam dengan memotong bahagian pangkal rumpun menggunakan pisau yang tajam. Untuk pemprosesan yang lebih baik, sebaiknya pangkal tersebut dibuang terlebih dahulu.
Bila sakit tekak mesti akan disusuli dengan batuk. Nak legakan batuk bukannya ambil masa sehari dua, kadang-kadang berlarutan sampai seminggu dua.
Memang perit dan ada juga mak-mak sampai ‘terkucil’ bila batuk. Ini belum lagi tidur malam yang sentiasa terganggu dek batuk yang tak henti-henti.
Jalan mudah dengan mengambil ubatan untuk legakan batuk. Tapi, ia kadang-kadang tidak membantu sangat, habis berbotol-botol ubat batuk pun belum tentu sembuh.
Bagi yang tak suka ambil ubat-ubatan untuk legakan batuk, boleh guna petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf. Cuma guna bahan di dapur saja. Cubalah salah satu petua di bawah ini, mungkin ia boleh membantu mengurangkan masalah batul yang anda alami.
Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita rasa tak selesa kan. Banyak petua untuk redakan batuk nie.
Sekarang nie kalau sakit tekak je mesti buat terus salah satu petua yang ada nie. Ada 8 petua yang boleh cuba mana yang sesuai dan boleh amalkan.
Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.
Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati. Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.
Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima. Hilangkan gatal tekak dengan campurkan madu dan air
Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja. Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.
Ia sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.
Caranya, potong dua sebiji lemon. Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam. Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.
Minum dan nikmatilah kelegaan tekak. Tekak yang gatal juga akan rasa lega.
Caranya, tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati. Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.
Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua. Perahkan dalam air suam dan minum.
Salah satu petua menghilangkan batuk yang lain ialah dengan menggunakan limau nipis.Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua. Ambil juga sesudu kicap. Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.
Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit. Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi. Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.
Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.
Biasanya kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Mingguan Wanita : Mungkin salah satu cara di atas ini sesuai dengan kita. Amalkan, moga ia membantu.
Tempe mempunyai banyak khasiatnya, jadi tidak hairanlah ramai yang sukakannya. Tempe goreng cicah dengan sambal kicap pun dah mampu untuk membuka selera. Namun walaupun sekadar tempe goreng, ada caranya untuk pastikan ia garing di luar dan lembut macam kacang rebus di dalam. Bukan apa, ada kalanya bila kita goreng tempe dan ia terlalu garing, tempe tersebut jadi keras.
Siapa peminat tempe!
Tip Goreng tempe dalam lembut.
Kalau tempe nak sedap. Goreng tak nak keras.
1.Rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia.
2.Rendam 30 minit atau 1 jam boleh je.
3.Nanti goreng macam biasa. Dalam dia lembut, sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
Mingguan Wanita: Boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan rendam dulu tempe sebelum goreng, barulah luarnya garing dan dalamnya pula lembut macam kacang rebus!
Insiden pergaduhan melibatkan satu keluarga terdiri dari ibu, anak perempuan dan menantu bersama dua beradik di hadapan Pasar Awan Melor minggu lalu didenda RM1000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah melakukan pergaduhan di khalayak ramai pada minggu lalu.