Telekung.Sepasang kain kapas putih itu ertinya semua wanita itu sama tarafnya. Walaupun syarat sah pakaian sembahyang cukup dengan menutup aurat, suci dan bersih daripada najis, tapi bila bertelekung tetap nampak lebih murnikan? Dan dalam uniform solat ini juga, saya, dan anda, kita tiada beza.
Saya pernah berbelanja ribuan ringgit untuk sepasang baju. Teramat cantik, dress sutera buatan pereka, berambu-rambu laksana ratu. Sarung sekali dan terus dry clean, sampai sekarang masih terperuk dalam almari. Tapi berbeza telekung yang dipakai setiap hari, aduh Norzalina… berkiranya nak beli!
Itu dulu, bertahun-tahun seingat saya, punya dua pasang telekung saja dalam simpanan. Basuh sepasang, pakai sepasang. Gilir-gilirlah tanpa rasa nak tambah pun. Ah bisik hati jahat, daripada beli telekung yang dipakai dalam bilik saja, lebih baik beli pakaian atau benda yang orang nampak.
Suatu hari anak perempuan saya, Mimi, tiba-tiba tunjukkan sepasang telekung comel berwatakkan Strawberry Shortcake kegemarannya. “Nenda beri,” katanya. Dia mahu solat bersama dan maka sejak itu, setialah Mimi di sisi saya pada setiap waktu solat. Beberapa kali si comel ni tanya, kenapa telekung Mommy putih kosong saja?
Jadi saya renung telekung anak saya. Dan ajaibnya dengan satu renungan itu, menukar seluruh pandangan saya terhadap uniform solat yang kita pakai setiap hari.
Telekung ini, yang kita pakai 5-6 kali, dari pagi sampai ke pagi, dari takbir Subuh sampai ke tahajud, kenapa tidak cantik rupanya? Tidak vogue. Tidak vass. Tidak elegan sepertimana himpunan baju-baju pereka di almari, yang dipakai paling kurang dua kali dan kemudian tak keluar-keluar lagi?
Ads
Saya ketap bibir. Istighfar meluncur seperti air. Dan saat itu saya rasa malu di depan Tuhan, serasa di depan mata ada taman syurga dan kawah neraka! Anehnya kenapa ya, wanita ni suka bercantik-cantik, tapi cantiknya di depan manusia, bukan di depan Allah SWT!
Saya nak tanya, jujurnya berapa telekung cantik dalam simpanan anda? Adakah cuma terlipat sehelai dua, atau pun penuh di almari, terhimpun kemas, lengkap digantung dan disarung garment bag, sepertimana koleksi baju-baju kesayangan yang lain? Ada mak mak yang hobinya kumpul telekung?
Cerita ini saya kongsi dengan semua wanita supaya kita sama-sama tukar uniform solat yang lebih cantik. Untuk siapa? Tentunya untuk hot dates kita yang wajibnya 5 kali sehari semalam itu, tambah 2-3 kali lagi untuk melepas hajat dan rindu. Benar kita bersendirian dengan Tuhan. Tapi bercantik-cantiklah, berwangi-wangilah… selagi mampu. Setahun sekali gantilah telekung baru. Ariani, Telekung Siti Khadijah, Telekung TEA, Mia Mikhail… Itu antara label telekung dengan koleksi cantik-cantik di mata saya.
Koleksi Ariani 2018
Zaman ini telekung memang macam-macam rupanya. Berwarna, bercorak, berkilat, sejuk dan manis perinciannya. Ikut kitalah suka yang bagaimana. Mahu hipster, pakai yang tie-dye atau denim. Mahu feeling princess, cari yang sulaman bertebuk penuh atau renda Perancis yang romantik beropol-ropol.
Ads
Cuma bagi saya, warna telekung wajib yang pudar-pudar, yang lembut dan manis dipandang. Putih harus ada. Tapi perinciannya mesti istimewa. Jauhi warna gelap atau shocking! Tolong.
Berapa kerap kita perlu ganti telekung? Jawapannya, sekerap yang kita mahu. Bila bertelekung cantik, kita jadi seronok. Saya tak tahu orang lain, tapi saat mata mengerling telekung yang dipakai, hati saya berbunga-bunga, bacaan jadi lancar, konsentrasi meningkat dan makin teruja beribadah. Saya mahu nampak yang tercantik di depan Kekasih saya. Demi-Nya, saya buat untuk Dia.
Tip Jaga Kebersihan Telekung
Ads
(a) Saya amalkan menggantung telekung. Bukan lipat. Kadang-kadang selepas pakai, bahagian muka masih lembapkan? Jadi gantungkan supaya ia kering dan tak bertahi lalat.
(b) Kalau telekung bertahi lalat, cepat-cepat rendam dalam peluntur. Tapi rendam di bahagian tertentu saja supaya warna sulaman yang cantik-cantik tu tak luntur sekali.
(c) Basuh seminggu sekali kalau kerap gunakan telekung yang sama. Kalau selalu bertukar telekung, boleh jarakkan 2 minggu sekali. Saya basuh telekung dalam laundry bag dan asingkan cucian dengan baju-baju lain.
Selamat mencuba!
Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak resipi kuruskan badan, tentu ramai pernah dengar tentang khasiat air detoks atau air rendaman lemonkan? Ramai ke mak mak yang cuba?
Saya pun sebenarnya antara peminat buah lemon sebab yakin lemak-lemak degil akan terhakis bila minum air masam tu. Saya ingat, makin masam makin baguslah. Makin cepat kurus.
Sampailah saya menonton perkongsian Dr. Hanifah Bashirun dalam segmen kesihatan program Mingguan Wanita, minggu lepas. Persepsi saya terus berubah bila doktor kata tubuh badan kita ni sebenarnya akan auto-adjust semua air yang diminum ke pH 7.35 – 7.45. Maknanya kalau kita minum air alkali atau air detoks masam sekali pun, badan kita tetap akan serap air tu dan adjust ke pH normal bagi menjaga sel badan.
Sejauh mana keberkesanan air detoks dan air alkali yang didakwa baik untuk kesihatan tubuh badan? Ini penjelasan pakar perubatan, Dr. Hanafiah Bashirun berkaitan kemusykilan tersebut dalam program Mingguan Wanita, 19 Julai 2018.
Betul juga katanya. Kalau sel badan kita ni sewenang-wenangnya serap pH berasid atau beralkali, tentu semua sel akan kecut. Sebab itu Tuhan ciptakan sistem yang sangat kompleks untuk neutralkan apa saja pH air yang kita minum, supaya sel tak terjejas.
Tapi disebabkan saya memang suka air rendaman lemon, jadi saya tetap belajar cara-cara memaksimumkan khasiatnya untuk diminum setiap hari. Jom ikut petua mudah ni.
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Rendam Dengan Kulit
Walaupun agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malah kalau nak tahu, lebih baik kita rendam kulit lemon berbanding rendam isi buah lemon itu sendiri.
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Cara Simpan Lebihan Hirisan Lemon
Kalau masih ada sisa hirisan lemon, boleh ke ia disimpan semula dalam peti sejuk? Tiada masalah. Lemon sebenarnya adalah sejenis buah yang cukup awet. Walaupun nampak mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah. Mudahkan?
Jadi walaupun kita tahu macam-macam resipi kurus, belum tentu secara saintifiknya baik untuk kesihatan. Kadang-kadang mitos belaka untuk lariskan jualan! Mak mak jangan terus percaya ya.
Hari ni saya sempat dapatkan pesanan cikgu fitness Kevin Zahri untuk followers Mingguan Wanita. Jangan stres untuk kuruskan badan dan gembiralah selalu. Sehingga itu, salam sayang daripada saya, Editor Mingguan Wanita… Norzalina Mohd Alias.
Guna CARA Ini Setiap Kali Bersihkan Microwave, Bau Segar & Wangi!Jika mak-mak ada microwave di rumah dan selalu digunakan, bab yang paling renyah adalah nak bersihkan kotoran yang melekat. Kena sental kerak-kerak dan sisa minyak tu yang bukannya mudah. Malah ada bau yang kurang menyenangkan juga.
Rupanya hanya menggunakan beberapa bahan dapur yang mudah, merupakan cara mudah untuk membersihkan microwave ini. Malah bau microwave pun harum segar semerbak lemon.
Ikut tip bersihkan microwave seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainasyafiqka ini.
This is how I deep clean the microwave. Please excuse the inside my microwave okay.
I still guna cara ni everytime nak bersihkan microwave. Suka! sebab nanti bau segar and fresh je. I tak de sukatan,main letak je.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang nak bersihkan microwave dengan cara yang mudah boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Microwave bukan sahaja bersih malah semerbak harum segar bau lemon.
Semua rumah tentunya mempunyai aircond. Maklum sahaja dengan cuaca yang tidak menentu dan lebih-lebih lagi rumah batu. Habanya waktu malam, hangat betul. Jangan hanya pandai guna dan pasang saja tanpa membersihnya.
Biasanya untuk bersihkan aircond perlu dalam tempoh 6 bulan. Jadi, kalau ada rasa aircond tak sejuk dan suhu bilik, hanya keluar angin sahaja. Itu maknanya, aircond anda perlu dibersihkan atau gas sudah habiis. Nak tak nak kenalah panggil tukang aircond.
Sebenarnya, kalau nak jimat tak perlu panggil orang untuk bersihkan sebab, kita sendiri boleh bersihkan. Kalau minta orang bersihkan dah tentu-tentu dalam tangan perlu sediakan duit dalam RM150 untuk upahnya.
Jadi, apa kata bersihkan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Mungkin boleh membantu anda.
Usahawan tudung yang tidak lekang kontroversi, Haliza Maysuri menyambut ulang tahunnya yang ke-48 dengan suasana meriah disaksikan 150 tetamu terdiri dari insan-insan yang sentiasa...