Seksanya. “Telan ubat tidur tapi hanya berkesan untuk jangka pendek saja. Sudah tujuh tahun wanita ini tak boleh tidur atau lelapkan mata.
Sesekali tak boleh lelapkan mata pun jadi runsing, apatah lagi tujuh tahun lamanya tak tidur. Mesti letih dan perasaan tak tenteram bila mana waktu tidur menjadi tak normal macam orang lain.
Tujuh Tahun Wanita Ini Tak Boleh Tidur
Seorang wanita di Bandung Barat, Indonesia mendedahkan tidak mampu melelapkan mata pada waktu malam seperti individu normal sejak tujuh tahun lalu, lapor laman berita Suara.com, semalam.
Menurut wanita yang bernama Cucu, 45 tahun, dia mula hilang rasa mengantuk pada tahun 2014 kemudian akhirnya melarat dan menjadikannya berjaga selama tujuh tahun sehingga hari ini.
Malahan wanita beranak dua itu turut berkongsi, dirinya telah menjalani pelbagai rawatan tradisional dan moden untuk mengubati masalahnya namun gagal.
Telan Ubat, Berkesan Untuk Jangka Pendek
“Saya pernah dirujuk ke sebuah hospital daerah di Bandung Barat namun doktor gagal mengesan punca penyakit ini.
“Akhirnya doktor memberikan saya ubat tidur namun ia hanya berkesan untuk jangka masa pendek dan saya akan terbangun sebaik sahaja kesan ubat habis,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pakar Psikologi Hospital Cikalongwetan, Dr. Zulfitriani berkata, situasi yang dialami Cucu sangat unik dan memerlukan kajian lebih lanjut.
“Kejadian ini jarang berlaku jadi pihak kami perlu meminta Cucu untuk datang dan menceritakan keadaannya secara terperinci bagi menentukan apakah rawatan yang paling sesuai,” jelasnya. – Agensi
Mingguan Wanita : Susah juga bila sampai waktu tidur tetapi mak-mak tak boleh tidur. Esoknya perlu bekerja dan uruskan rumah tangga. Pening juga bila waktu tidur jadi kacau bilau. Harapnya wanita ini menemui ubat yang mujarab untuk kembalikan waktu tidurnya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Sekali pandang, wajah Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan Intan Liana Saleh, 33 nampak seiras bak adik beradik. Bukan saja wajah mereka nampak sama, tapi rupanya Puteri Sarah pun ada sedikit persamaan nama dan satu perasaan yang dekat dengan Intan yang lebih mesra dipanggil Bonda ini.
Projek video klip abaya cantik antara Puteri Sarah bersama Intan ini rupanya ada cerita di sebaliknya. Dalam status instagram Puteri Sarah, beliau berkongsi kembali cerita niatnya yang mahu membantu Intan. Ketika itu, niatnya telah dikongsikan dengan suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
“First time jumpa Intan pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah. But Sarah kata jangan segan, I nampak je garang.”
Tambah Sarah lagi, “Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah beritahu husband, “Sayang, kesian Intan. I nak shoot videoclip. Nak panggil Intan.”
“Dan I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri.”
Dari situlah, Puteri Sarah mula minta tolong temannya, Ena untuk mencari juga nombor telefon Intan. Kerana dia mahu jalankan sesi photoshoot dengan Intan. Akhirnya nombor telefon yang dikehendaki sangat itu berjumpa juga.
“Dah jumpa, Intan pun macam Sarah. Sentiasa bawa anak ke mana-mana saja. Kesian tengok Ariq melekat dengan Bonda dia.
“Pastu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul (Syaikhul Islam, 10 bulan) nak kawan. Tapi abang tak pandai kawan lagi.” luah Puteri Sarah prihatin.
Di sebalik projek video klip Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Intan Liana Saleh
Intan Kena Berdikari, In Sha Allah Ada Rezeki Untuk Intan
Dalam pada itu Puteri Sarah sempat memberikan nasihat yang baik untuk Intan, ibu kepada dua orang anak, Arish Muqri, 4 dan Ariq Muqri, 1.
“Intan you are very strong woman. Kami semua yang panggil photoshoot ini are just your stepping stones. But you must be independent yourself in order for you to move forward.”
“In sha Allah ada rezeki tu untuk Intan. Let this be a lesson to all you women out there, sedikit sebanyak kita kena juga be independent strong woman. We need to start acting like ladies again.”
Sememangnya para follower Intan pasti perasan dengan perubahan Intan yang makin kuat dan kental. Intan juga dari sehari ke sehari semakin berseri-seri wajahnya. Sememangnya Intan kuat dan anda-andalah juga penyumbang semangat Intan kekal kuat.
Hidangan Puding Karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, teksturnya yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, malah cukup enak dinikmati ketika sejuk. Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah.Bila buat sendiri, lebih puas hati.
Ikut resipi ini.
Bahan-Bahan:
5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
(Karamel)
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara Membuat:
1.Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
2.Satukan semua bahan-bahan puding didalam mangkuk.
3.Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
4.Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
5.Kukus selama 45min atau sehingga masak.
6.Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur,pic atau strawberi sebagai hiasan.
Rezeki datang dalam pelbagai cara tanpa disangka.Tahniah buat pelakon Zizie Ezette mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas lapan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.
Zizie, 39, berkongsi usia kandungannya sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain ketika mereka sedang bercuti bagi mengumumkan berita gembira itu.
“Gambar keempat akan mengejutkan anda! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant,” tulisnya di Instagram.
Doakan Yang Terbaik
Meskipun mengharapkan untuk dapat anak lagi, Zizie tidak menyangka mengandung dengan terlalu awal, hanya selepas 5 bulan kelahiran anak kembarnya.
Berkongsi perasaan diri disahkan hamil dengan jarak kehamilan yang rapat, Zizie rasa bimbang dan risaukan keadaan dirinya. Namun doktor sakit puan menyakinkan dirinya selamat untuk meneruskan kehamilan.
“Saya memang mahukan anak lagi tapi tak sangka ia terlalu awal.Ia hanya lima bulan selepas bersalin secara pembedahan c section.”
“Rasa bimbang, takut semua memang ada. ye lah perut nak kena potong lagi, tapi doktor sakit puan menyakinkan saya, bahawa selamat untuk mengandung kembali.Jadi doakan yang terbaik okay”
Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.Aktres itu turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.Zizie berkahwin dengan Bung, 58, pada 2009.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah kepada Zizie Izette, semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh kehamilan dan kandungan membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya. Insya Allah.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.