Untitled design (51)

Bila kita ke mana-mana baik pusat membeli belah, stesen bas mahu pun hospital, apa yang ada kat tangan masing-masing, sudah tentulah telefon bimbit. Baik suami atau isteri, masing-masing sibuk dok melayan telefon bimbit. Isteri dengan whatsapp, suami pula dengan gamesnya. Mana yang ada anak tu dibiarkan bermain sorang-sorang.

Itu sudah lumrah dengan keadaan semasa ini. Di luar atau di rumah, tidak akan sempurna tanpa telefon bimbit. Suami pula sibuk melayan dengan games sampai kerja-kerja rumah, semuanya isteri yang buat.

Menurut pandangan DR. (Cr.) Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, penggunaan gajet cara yang betul mampu memberi kebaikan khususnya kepada suami:

  • Alat komunikasi
  • Alat keselamatan
  • Alat pencarian maklumat
  • Alat bantu belajar
  • Alat bagi penggunaan ibadah

Tetapi ia boleh beri kesan negatif gajet di kalangan suami bila:

  • Memudahkan suami terlibat dalam skandal.
  • Mengkhayalkan suami dari segi gambar danvideo yang tidak sepatutnya.
  • Ketagih dengan aktiviti melayari dan menggunakan aplikasi whatsapp, keek, youtube, instagram, twitter dan facebook.
  • Mengurangkan kemesraan suami isteri.
  • Merosakkan minda dan jiwa suami.
  • Menjadikan suami hidup dalam khayalan dan membazir masa dengan bermain gajet.
  • Menjadikan suami cepat marah.
  • Menjadikan suami bersikap pentingkan diri sendiri.

Keadaan inilah yang membawa kepada ketagihan gajet di kalangan suami kerana:

  • Suami lemah dari segi ilmu disiplin pengurusan masa
  • Tidak jelas peranan sebagai suami, ayah dan role model kepada seisi keluarga.
  • Tidak matang dari segi memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai suami.
  • Mementingkan hawa nafsu sendiri.
  • Kurang penghayatan hidup dan mengamalkan ilmu agama, selari dengan tuntutan agama.

Kesannya Pada Isteri:

Apabila suami yang gila gajet, isteri di rumah akan berasa kekurangan dari segi:

  • Sentuhan jasmani (Kemesraan akan kurang. Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)
  • Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan rohani. Sebab hati suami dah menjadi keras. Tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tidak betul dan kurang penghayatan rohani dalam jiwanya)
  • Sentuhan emosi (Hubungan mesra dan kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stres kepada isu dan masalah yang ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet).
  • Sentuhan intelek (Kurang majlis ilmu di dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).

Jalan terbaik untuk isteri amalkan ialah:

Doa

  • Berdoa dengan ikhlas agar isteri rasa lebih tenang dan bertawakal kepada Allah.

Takwa

  • Berusahalah sehingga suami mendapat celik akal (kesedaran) dam kurangkan memegang gajet ketika berada di rumah.

Cakap Elok-elok

  • Beritahu dengan suara dan intonasi yang paling lembut dan terbaik pada suami. Jangan lawan dan bercakap kasar terhadap suami. Ini untuk ingatkan suami supaya jangan asyik main telefon bimbit sama ada di dalam bilik tidur, majlis makan malam seisi keluarga, bersantai depan televisyen dan telefon bimbit sentiasa di dalam genggaman termasuklah ke dalam tandas.

Kembali Pada Fitrah

  • Kena ingat sentiasa mengenai fitrah manusia. Misalnya adalah fitrah bahawa setiap manusia ada kelemahan. Setiap manusia berhak mendapat nasihat dan kasih sayang daripada sesiapa sahaja khususnya daripada seorang isteri kepada suami tercinta. Fitrah manusia sangat mudah tersentuh hati apabila mendapat nasihat dan layanan yang penuh kasih sayang, jauh daripada kata-kata berupa penghinaan dan marah-marah.

KESIMPULAN

Masalah suami gila gajet bukanlah masalah rumit untuk diperbaiki. Ia soal personaliti yang ‘matang’ atau ‘belum matang’. Matang adalah soal istimewa dalam nilai konsep kendiri seseorang suami. Isteri boleh memainkan peranan untuk mengubah sikap suami. Namun jika isteri tidak sanggup untuk berusaha keras bagi mengubah sikap negatif suami sendiri, maka pastinya orang lain tidaklah boleh diharapkan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI