Tak Sedar Sakit Dada Teramat Rupanya Panic Attack, Jangan Remehkan Tandanya

Tiba-tiba rasa dada sakit teramat, ditambah degupan jantung pun bergerak laju. Dalam hati membayangkan kena serangan jantung, tapi bila buat pemeriksaan lanjut rupanya itulah Panic Attack.

Jangan ambil mudah ya mak ayah, sebab kata, Dr Izzar Anwari Panic Attack ni boleh terjadi tanpa sebab. Lagi perlu ambil langkah berjaga-jaga bila Panic Attack jadi berulang kali.

Panic Attack VS Panic Disorder

PANIC ATTACK adalah munculnya rasa takut atau gelisah berlebihan secara tiba-tiba. Keadaan Panic Attack ni biasanya berlaku kejap je dalam kurang 10 minit, tapi ada orang yang lama sikit.

Ramai sebenarnya yang pernah mengalami Panic Attack ni secara tak sedar.

 

Tak Sedar Sakit Dada Teramat Rupanya Panic Attack, Jangan Remehkan Tandanya

Ini Tanda-tanda Serangan Panic Attack

Panic Attack ni oleh jadi tanpa sebab. Ia juga boleh disebabkan oleh trigger seperti kematian orang tersayang, cerai, hilang pekerjaan, nak exam, nak kahwin, atau habis training basketball pastu check phone ada 100 missed called dari bini.

Kalau Panic Attack ni BERULANG KALI terjadi tanpa sebab, dan orang tu risau sangat NEXT ATTACK akan berlaku, atau dia BERUBAH tingkah laku/ cara hidup, ia akan menjadi PANIC DISORDER pula dan ini keadaan yang lebih serius.

 

Tak Sedar Sakit Dada Teramat Rupanya Panic Attack, Jangan Remehkan Tandanya

Serangan Panic Attack Sebab Musim Exam

Pesakit Panic Disorder ni selalunya akan ke Jabatan Kecemasan kerana dia sangka ada serangan jantung sebab dia ada rasa sakit dada dan degupan jantung laju. Tetapi lepas pemeriksaan dan ujian dibuat oleh doctor, semuanya normal dan bukan sakit jantung.

Saya pernah jumpa kes macam ni. Dia baru je 17 tahun, pastu datang Jabatan Kecemasan sebab sakit dada sangat. Rupanya dia Panic Attack sebab musim exam.

Panic Attack yang berulang perlu dibuat penilaian professional oleh doctor. Faktor-faktor biologi, psikologi, dan social akan dinilai oleh doctor untuk mencari puncanya. Lain pesakit, lain approach dia so kita tak boleh samakan setiap orang yang kena Panic Attack ni.

Ketika perawatan, factor spiritual juga boleh diambil kira tetapi janganla terus ketepikan sains perubatan. Jangan ambil remeh aduan keluarga atau kawan-kawan yang ada simptom-simptom Panick Attack / Panic Disorder tu. Tolonglah mereka bawa berjumpa Doktor. #drizzarshares

Sumber/Foto : Dr Izzar Anwari