Hendak jadi wanita hebat tidaklah sukar seperti yang disangka. Sesiapa sahaja boleh menjadi wanita hebat jika tahu caranya. Mungkin anda boleh ikut beberapa tip ini dan menjadi seorang wanita hebat.

1-Dapatkan sinar.

Jika anda kelihatan cantik, anda akan rasa cantik. Tidak ada perkara lain yang boleh menyebabkan anda cantik melainkan kulit wajah yang bersih, bersinar dan segar. Sesetengah produk kulit amat mahal. Untuk berjimat, anda boleh elak beli produk berjenama dan buat sendiri rawatan penjagaan kulit wajah sendiri. Sebagai contoh, gunakan yogurt sebagai masker yang ditampal pada wajah selama 20 minit.

2-Keseronokan bekerja.

Jika setiap hari Isnin anda rasa amat sukar untuk pergi bekerja, sudah tiba masanya mendapatkan kerja yang disukai. Dianggarkan setiap tahun setiap orang akan menghabiskan masa lebih kurang 1800 jam di tempat kerja. Ramai wanita masih kekal melakukan kerja yang mereka kurang suka kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mahu mereka buat.  Bagi mengenalpasti apa kerjaya yang sesuai dengan diri, boleh buat senarai 10 perkara yang anda suka buat. Setelah anda menemui kerjaya baru itu, anda perlu berani mengambil keputusan menceburinya kerana ganjaran yang menunggu amat berbaloi.

IKLAN

3-Panahan cinta.

Jika teman lelaki anda sentiasa menghampakan dan membuatkan diri tidak gembira, mulalah fikir secara serius sama ada dia berbaloi. Walaupun semua orang perlukan  Putera Impian namun perhubungan  adalah dalam kawalan anda sendiri. Jika ia tidak berhasil seperti yang diharapkan, anda perlu keluar daripada perhubungan itu. Hidup ini amat singkat. Jika anda masih bujang dan mencari The One, anda perlu bersifat terbuka. Tetapi sebelum anda mencari teman lelaki, pastikan anda berada dalam keadaan gembira, sihat dan yakin. Jangan bergantung pada lelaki sahaja untuk mendapatkan perkara ini kerana anda pasti tidak akan mendapatkannya. Anda perlu berada dalam keadaan positif untuk menarik lebih ramai ramai lelaki positif.

IKLAN

4-Carilah BFF

IKLAN

Kawan baik atau BFF kadangkala tidak ada yang berkekalan. Kawan akan datang dan pergi. Secara fizikal atau emosional, amat sukar untuk mencari pengganti.  Bagi mencari kawan baru, anda perlu keluar bersosial. Jika dijemput menghadiri sebarang majlis, jangan berdiam diri seperti tunggul kayu. Bersembanglah dan bergaul dengan tetamu lain. Menjadi seorang sukarelawan juga adalah satu cara untuk mencari kawan baru. Bersikap jujurlah dalam mencari kawan wanita. Wanita kerap kali berasa sukar untuk bersikap mempercayai kawan-kawan mereka. Beritahu ada sebarang masalah atau isu berbangkit. Jika kawan-kawan ini berbaloi, mereka akan tetap bersama anda dan menyelesaikannya bersama-sama.

5-Gunakan masa.

Masa adalah musuh anda. Satu cara untuk melawannya adalah menjadi teratur. Mulalah dengan mengurangkan masa terhadap perkara yang lebih mengambil masa seperti memasak. Masak hidangan dalam kuantiti banyak apabila anda ada masa lebih dan kemudian sejuk bekukan makanan tersebut. Cara ini akan memudahkan anda menyediakan makanan dengan cepat pada hari berikutnya. Perkara seterusnya yang boleh anda lakukan adalah melakukan perkara yang anda suka. Masa amat berharga untuk dibazirkan. Jadilah seorang yang mementingkan diri sendiri dan guna masa lapang untuk melakukan perkara yang anda suka.