Tak semua pasangan bernasib baik dalam alam perkahwinan, ada yang bertahan hanyalah bersebab. Ada yang bertahan demi anak-anak, ada segelintirnya pula memikirkan masa depan yang bakal solo tampa pasangan.
Beruntunglah pasangan yang mendapat suami atau isteri yang ideal serta membahagiakan. Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.

Tak Semua Bernasib Baik

Tak semua orang mempunyai “nasib yang baik” dalam alam perkahwinan…
Ada yang berkahwin, tapi pasangannya masih belum boleh meninggalkan zaman bujangnya… Maka kahwin atau tak kawin, dia masih sama…
Dia rasa nak keluar, dia keluar… Dia rasa nak balik lambat, dia buat… Dia boleh main game dari malam ke pagi, pagi ke malam…
Hidup dia sama, sebiji macam dia bujang walhal dia sudah ada pasangan… Dapat anak pun, perangai tetap sama… Dia ada “kehidupannya” yang tersendiri…
Ada yang berkahwin, tapi pasangan masih belum boleh melupakan bekas kekasih… Hari-hari masih contact dengan bekas kekasih… Dibandingkan pula bekas kekasih dengan pasangannya sekarang…
Sudah tentulah bekas kekasih lebih sana, sini sebab dalam hati ada bekas kekasih… Dia tidak melupakan diri bekas kekasihnya dalam hati… Paling malang, bila dia masih berharap untuk kembali bersama bekas kekasihnya…
Jadi pasangan dia hanya dapat jasadnya, tapi tidak hati kerana hati masih ada pada orang lain… Bila hati ada pada orang lain, dia akan buat yang terbaik untuk yang sudah ada di depan mata? Jangan haraplah…
Ada yang berkahwin, sudah 20 tahun lamanya… Anak pun sudah ramai, sudah bersekolah semuanya…
Tiba-tiba, hati berubah arah, ada orang ketiga hadir dalam rumah tangga mereka… Maka mulalah drama lupa tanggungjawab yang utama sebab mabuk bercinta dengan orang ketiga…
Artikel Berkaitan:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Bila Tak Bernasib Baik, Bertahan Bersebab

Sabar dan bertahan, kunci kepada setiap perhubungan… Namun, bila kesabaran itu semakin menipis dan hilang, rumah tangga yang dibina selama 20 tahun lamanya itu kecundang sekelip mata…
Pergilah membawa diri dek kerana dilupakan oleh orang yang dia pernah sayangi suatu ketika dahulu…
Ada yang berkahwin, pasangan tak tunai nafkah, tak bertanggungjawab, tak jalankan amanah… Dilayan seperti seorang hamba abdi… Masa nak, baik… Masa tak nak, dicaci dan dimaki…
Siang hari ketawa, malam hari menangis hiba… Nak pergi, hati masih sayang… Nak hadap, sudah tidak ada kekuatan untuk berhadapan… Maka kekallah atas dasar masa depan anak-anak dan harapan supaya satu hari nanti dia akan berubah…

Bertahan Bersebab, Pergi Bersebab

Apa pun sebab yang kita pilih, ianya tetaplah sebuah pilihan yang hanya kita sahaja yang mengetahui alasan-alasannya…
Baik buruk, kesan dan akibat atas setiap pilihan itu, hanya kita yang tahu selepas memilihnya…
Orang lain tidak ada dekat tempat kita, dia tak rasa apa yang kita rasa… Maka tak perlu kita fahamkan dia kenapa, mengapa dan sebab apa kita memilih pilihan ini dalam alam perkahwinan kita…
Hanya kita yang tahu apa yang kita buat…
MW: Apa saja pilihan yang mak-mak pilih sama ada untuk bertahan atau pergi, hanya mak-mak saja tahu apa sebabnya. Pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan sesekali terbeban dan fikirkan orang lain. Utamakan hati dan perasaan sendiri dahulu. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI