Hari yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia dalam hidupnya bertukar menjadi perpisahan yang paling menyayat hati.
Siti Nur Syamira Samsol, gadis manis yang sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan dengan lelaki pujaannya, tidak sempat mengecap manisnya hidup berumah tangga. Cinta yang diimpikan, kasih yang disulam bertahun-tahun, semuanya terhenti sekelip mata apabila dia pergi buat selama-lamanya—hanya dua hari sebelum hari persandingannya.
Sabtu ini sepatutnya menjadi hari paling membahagiakan buat Siti Nur Syamira Samsol. Hari di mana dia bakal bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwa. Namun, siapa sangka, takdir Ilahi mengubah segalanya.
Syamira pergi dijemput Tuhan dua hari lebih awal—dalam satu kemalangan tragis yang meragut nyawanya di Kilometer 93.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, sekitar jam 8.30 pagi Khamis lalu.
Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kampung Benaung, Mersing bersama tunangnya, Muhammad Aiman Abdul Rashid, arwah berhasrat memenuhi janji kepada ibunya untuk membeli persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka, selain menghadiri majlis tahlil arwah bapanya.
Ads
“Dua tahun lalu kami kehilangan abah… kini adik pula,” luah Siti Nor Syamila Samsol, kakak kepada arwah, dalam nada sebak yang sukar disembunyikan. “Kesedihan kami belum sembuh sepenuhnya, tiba-tiba diuji lagi dengan kehilangan orang yang kami sayang.”
Syamira, gadis yang penuh kelembutan dan sopan santun, sempat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun takdir lebih awal menjemputnya. Hati mana yang tidak luluh apabila insan yang begitu teruja menanti hari bahagia akhirnya dijemput pulang ke negeri abadi.
Ads
Menurut kakaknya lagi, segala persiapan perkahwinan telah pun siap sepenuhnya—dari barang hantaran, pelamin hingga ke kad undangan digital yang dibuat sendiri oleh arwah. Malah, kad jemputan itu sudah pun diedarkan kepada para tetamu.
“Dia uruskan semuanya sendiri. Dia teruja sangat, makin dekat hari majlis makin berseri wajahnya. Tapi bila dapat berita ni… kami semua hilang kata.”
Kini, hanya kenangan dan doa yang mampu mengiringi pemergian Syamira. Seorang anak, adik dan bakal isteri yang tidak sempat bergelar ratu sehari.
Ads
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan insiden tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kenduri Tahlil
Menurut laman Facebook Alwiyah Talib yang menziarahi keluarga mangsa di Kampung Benaung, Mersing, Majlis esok (3hb Mei) tetap diteruskan kerana ibu arwah memberitahu memang hajat arwah hendak menjamu orang makan.
Guru sekolah dan ‘abang wiring’ yang terpalit skandal seks didenda RM5,000 atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, atas kesalahan cuba melakukan zina, 28 Februari lalu.
Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan kedua-dua tertuduh.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 merujuk kepada kesalahan percubaan persetubuhan haram, iaitu cubaan untuk melakukan zina tanpa ikatan pernikahan yang sah menurut hukum syarak.
Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 52 adalah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang mengikut Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984), memperuntukkan hukuman maksimum, Denda tidak melebihi RM5,000 Penjara tidak melebihi 3 tahun Sebatan tidak melebihi 6 kali atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.
Susulan kisah tular membabitkan skandal bersama suami orang, seorang guru sekolah menengah di selatan tanah air itu telah direhatkan daripada tugas pengajaran.
Tegas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tindakan itu diambil sementara siasatan dalaman dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandangkan ia melibatkan isu integriti, kelakuan dan akhlak guru berkenaan.
Fadhlina turut menyatakan, pihaknya memandang seirus sebarang isu melibatkan integriti, akhlak dan kelakuan guru di negara ini.
“KPM mengambil isu ini secara serius, sama ada yang berlaku secara rasmi mahupun yang tular di media sosial.
“Kita bertanggungjawab memastikan semua guru mematuhi standard integriti dan etika keguruan yang ditetapkan oleh kementerian.
Berdasarkan perkongsian yang tular di media sosial, kedua-dua mereka didakwa menjalin hubungan selepas lelaki tersebut menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik di rumah guru berkenaan.
Selain penularan tangkap layar perbualan berunsur lucah antara mereka menerusi WhatsApp, warga maya turut disajikan dengan beberapa klip video yang memaparkan isteri lelaki terbabit bersemuka dengan guru berkenaan.
Di sebalik setiap keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ada figura ibu dan bapa yang tak pernah jemu berdoa, berjaga malam, dan sentiasa percaya anaknya mampu untuk meraih keputusan yang terbaik.
Itulah semangat yang diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic, yang berlangsung penuh rasa syukur dan harapan di DoubleTree by Hilton, Shah Alam baru-baru ini.
Majlis ini bukan sekadar meraikan keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia baru-baru ini, malah ia adalah pengiktirafan buat usaha pelajar yang berjuang bangkit dari kegagalan, dan juga buat ibu bapa yang menjadi tulang belakang, motivator senyap, dan guru pertama anak-anak di rumah.
“Kejayaan anak bukan hanya dari bilik darjah, tapi dari meja makan, ruang tamu dan pelukan ibu yang tak pernah lelah,” ujar salah seorang ibu yang hadir bersama anaknya.
Anugerah tahun ini membariskan dua kategori utama iaitu pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam setiap subjek dan peningkatan cemerlang, khas untuk pelajar yang menunjukkan perubahan ketara dari keputusan percubaan, bukti bahawa usaha tak pernah sia-sia.
Eskayvie turut memperkenalkan Kempen Booster Minda dengan misi melahirkan 100,000 pelajar cemerlang dari seluruh Malaysia, tanpa mengira latar belakang. Usaha ini digerakkan dengan kerjasama sekolah, organisasi dan ibu bapa, serta didukung oleh produk vitamin minda, Eskayvie Mindtropic keluarannya.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, Booster Minda bukan hanya tentang produk, tapi tentang membekalkan ilmu kepada ibu bapa dalam membantu anak-anak mendapatkan fokus dan emosi anak-anak dalam pembelajaran mereka.
“Kami mahu bantu ibu bapa jadi rakan strategi anak-anak dalam kejayaan mereka, bukan sekadar penonton,” jelas Kartika.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, yang tampil memberi suntikan semangat bukan hanya kepada pelajar, malah buat semua ibu bapa yang hadir.
“Anak-anak ini hebat, tapi lebih hebat adalah ibu bapa yang terus percaya walau dalam diam,” kata beliau, disambut tepukan gemuruh.
Eskayvie percaya, kejayaan akademik bukan lagi tentang siapa paling pandai, tapi siapa yang paling bersedia fizikal, emosi dan mental. Dan dalam perjalanan itu, ibu bapa tetap menjadi nadi utama.
Formulasi Eskayvie Mindtropic menggunakan bahan premium dan berpaten seperti Phosphatidylserine yang terbukti memberi kesan positif kepada otak. Nutrisi ini membantu merangsang penghasilan empat neurotransmitter utama iaitu Serotonin, Dopamine, Norepinephrine dan Acetylcholine yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan fokus, semangat belajar dan daya ingatan pelajar.
Mingguan Wanita berkesempatan menemubual dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang membuktikan sokongan moral keluarga dan pengambilan makanan tambahan yang berkualiti menjadi antara faktor pendorong kejayaan mereka melakar keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
Asfan Idraqi, pelajar dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur antara pelajar yang hampir melalui fasa berputus asa apabila sering keletihan, mudah mengantuk dan paling sukar menguasai subjek Matematik Tambahan.
“Saya amat berterima kasih kepada ibu kerana berusaha mencari solusi terbaik untuk saya kekal fokus dalam pelajaran. Alhamdulillah, berkat konsisten mengamalkan Eskayvie Mindtropic, saya menjadi lebih fokus dalam, rasa mengantuk terutama di waktu pagi makin berkurang dan dia lebih bertenaga untuk belajar.
Bagi saya, itu satu nikmat yang tak ternilai,”ujarnya yang meraih keputusan 9A dalam SPM, termasuk 7A+ dan Add Math A+.
Manakala seorang lagi pelajar cemerlang, Zul Ilhan Hasif bin Zul Izuddin pula mempunyai kisah tersendiri. Zul Ilhan Hasif, merupakan pelajar autisme yang mencipta sejarah peribadi apabila berjaya memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025.
Dilahirkan dengan spektrum autisme, Zul Ilhan melalui fasa pembelajaran yang tidak seperti rakan-rakannya yang lain. Namun dengan sokongan sistematik, bimbingan guru dan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah lelah, Zul membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang kejayaan.
Bagi ibu bapa Zul Ilhan, iaitu Encik Zul Izuddin dan Puan Hanny Norzaatul Syima, perjalanan ini bukan mudah. Meskipun pasangan ini lewat mengenal pasti keadaan Zul Ilhan sebagai anak autisme iaitu ketika di tingkatan 5, namun mereka tidak pernah anggap itu satu kelewatan, tapi sebuah rezeki yang Allah atur indah untuk mereka sekeluarga.
Kejayaan Zul Ilhan Hasif meraih 9A dalam SPM bukan sahaja membanggakan, malah memberi sinar baru kepada komuniti pendidikan khas di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa apabila diberi ruang, kefahaman dan peluang anak-anak autisme juga mampu menyinar dan menyumbang.
Tahun ini juga menyaksikan Eskayvie melangkah lebih jauh dengan sasaran untuk melahirkan 100,000 pelajar cemerlang menerusi Kempen Booster Minda. Kempen ini digerakkan melalui kerjasama strategik bersama pihak sekolah, organisasi korporat serta disokong oleh produk vitamin minda pilihan ibu bapa, Eskayvie Mindtropic.
Kempen Booster Minda adalah langkah kecil dengan impak besar, dan buat semua ibu bapa yang sedang berjuang hari ini. Ia adalah bukti bahawa anda tidak keseorangan.
Layari www.eskayvie.com untuk menyertai kempen ini dan bantu anak anda jadi antara 100,000 pelajar cemerlang seterusnya.
Kadangkala, yang wanita perlukan hanyalah satu ruang, untuk bernafas semula, menilai diri, dan bangkit menjadi versi yang lebih baik daripada semalam.
Itulah yang dirasakan oleh ribuan peserta wanita yang hadir ke Transformasi360, program pembangunan diri dan kewangan anjuran RichWorks bersama Astro, yang berjaya mengumpulkan lebih 3,500 peserta dari seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Daripada ibu tunggal yang mahu menstabilkan kewangan keluarga, wanita bekerjaya yang hilang arah, hingga ke suri rumah yang selama ini menyimpan impian untuk berdikari, semua hadir dengan satu harapan: mahu kembali mencintai diri sendiri dan memimpin hidup dengan lebih yakin.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan
luar biasa yang diterima kali ini sangat mengejutkan, malah pihak penganjur terpaksa
menyediakan kerusi tambahan bagi menampung kehadiran yang melebihi jangkaan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Dr. Radz Mohd., Ketua Pegawai
Operasi, Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), Suley Nordyana Yahya, Ketua
Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dan (POSITION) Datin Norashikin Habibur Rahman.
“Kami jangka 2,500 peserta… tapi yang hadir 3,500. Mereka datang dari Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak, malah dari Brunei dan Singapura. Ini bukti bahawa ramai yang dahagakan perubahan,” jelas Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Pengasas RichWorks.
Program selama tiga hari di IDCC Shah Alam ini bukan sekadar seminar, tetapi satu pengalaman transformasi holistik — dibina khas untuk membantu peserta mengenali potensi diri, membina kekuatan dalaman, dan mengatur langkah ke arah kejayaan sebenar yang seimbang antara kewangan dan kehidupan peribadi.
Bagi ramai wanita yang hadir, inilah ruang untuk berhenti sejenak dan bertanya kembali pada diri: “Ke mana arah hidup aku sebenarnya?”
Teknologi AI yang digunakan dalam program ini membolehkan peserta mengetahui profil personaliti dan tindakan paling sesuai untuk mereka. Bukan lagi motivasi kosong — tapi data yang membantu setiap wanita memahami apa yang sebenarnya ‘mengikat’ mereka selama ini.
“Ada peserta menangis. Bukan sebab lemah, tapi kerana mereka akhirnya sedar… mereka boleh jadi kuat, boleh jadi berani, dan boleh mulakan semula,” kata Azizan.
Transformasi360 menyatukan komuniti sokongan yang kuat wanita bantu wanita, manusia bantu manusia menjadikan perjalanan perubahan ini tidak lagi sunyi.
Melihat sambutan dan impaknya yang sangat besar, RichWorks bakal mengadakan siri kedua Transformasi360 pada September ini, bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang ingin mengubah naratif hidup mereka.
Untuk dapatkan info lanjut, layari www.transformasi360.com bagi menjadi orang yang
pertama bila tawaran dibuka nanti.