
Isi Kandungan
ToggleTatkala melihat gambar yang dikongsi oleh selebriti terkenal Mizz Nina menerusi akaun Instagramnya officialmizznina hati rasa terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Frontliners.
Mereka merupakan hero dan pejuang negara dalam membanteras wabak Covid-19. Mizz Nina yang turut repost smula status dari Instagram Global Peace Mission @gpmmalaysia terus mendoakan kesejahteraan mereka yang terlibat dalam kerjaya mulia ini.
Covid-19 Tak Kenal Dari Kayangan Atau Bumi, Kaya Raya Tak Terkecuali
Hero Covid-19
Luah Mizz Nina,
“Our hero’s! May Allah reward them and grant them protection, strength & sabr ameen!”
#Repost @gpmmalaysia
“Hero Covid-19 Malaysia. “Meneguk air mineral pun nikmatnya seperti minum teh ais” – Dr Wanie Wahab luahan menerusi laman twitter beliau, @wanie_dagreat
“Begitulah gambarannya keadaan frontliners kita saat ini yang berjam-jam berkhidmat dalam menangani pendamik Covid-19 hingga tak sempat berehat walhal untuk menghilangkan rasa dahaga.
“Sungguh besar pengorbanan mereka.
“Mari sama-sama kita doakan mereka sentiasa dilindungi-Nya. Aminnn!
#Juststayathome dan teruskan berkongsi rezeki melalui pautan berikut :
www.billplz.com/covid-19
www.billplz.com/covid-19
www.billplz.com/covid-19
Atau deposit ke akaun Global Peace Mission :
GLOBAL PEACE MISSION
Maybank : 564221611602
Bank Islam : 14023010029224
Kita buat sama-sama, berjuang sama-sama, menang sama-sama. #KitaJagaKita
Terima kasih.
Salam Jumaat,
Tim Global Global Peace Mission (GPM) Malaysia. “Anda Sumbang, Kami Sampaikan”
#gpmmalaysia #covid19malaysia #savemalaysia #theyworkforyou

Semoga Allah Beri Ganjaran Kepada Frontliners
Antara komen yang diberikan oleh warganet pada status yang dikongsi oleh Mizz Nina, ternyata sangat positif dan mendoakan yang terbaik kepada petugas-petugas barisan hadapan.
Bersama-samalah kita berdoa agar wabak virus Covid-19 akan berakhir. Bersama-sama kita berjuang perangi wabak yang merbahaya ini.
Sumber Foto: Instagram Mizz Nina @officialmizznina
Mizz Nina & Diana Amir Korbankan Glamor Demi Kerja Amal
‘Projex Hantor Sumbangan Kluang’, Usaha Murni Sharol Ibarat Hero Yang Tak Didendang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Isteri Boleh Ambil Caruman KWSP Bekas Suami Sebagai Nafkah

Isi Kandungan
ToggleBekas isteri boleh ambil caruman KWSP bekas suami sebagai nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.
Bekas Isteri Boleh Ambil Caruman KWSP Bekas Suami Sebagai Nafkah
Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bekas suami boleh diambil oleh bekas isteri sebagai nafkah. Namun, ia hanya boleh dilakukan atas arahan daripada Mahkamah Syariah.
“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” kata peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar.
Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.
“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan.
“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.
“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.
Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.
“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian.
“Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.
Kesimpulannya nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga.
Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.
Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Duit KWSP Lebih Setengah Juta Habis Licin, Pesara Ubah Suai Rumah, Buat Kenduri Kahwin Anak
Ahli KWSP Usia 100 Tahun Ke Atas, Segeralah Tuntut Wang Simpanan Sebelum 31 Mac 2025
Suami Culas Beri Nafkah Pada Isteri, Punca Perceraian Banyak Terjadi
Bila Isteri Bekerja, Suami Jangan Buat-buat Lupa Beri Nafkah, Hak Isteri Yang Wajib Ditunaikan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajal Wanita Sarat Mengandung 35 Minggu, Maut Dalam Perjalanan Ke Klinik Kesihatan

Isi Kandungan
ToggleAjal dan maut semuanya ketentuan tuhan.Berita kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di Kampar,Teluk Intan pagi semalam, cukup menyayat hati.Tragisnya salah seorang mangsa kemalangan tersebut yang terkorban merupakan wanita yang sedang sarat mengandung dan hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak kelimanya.Malah dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan bulanan di Klinik Kesihatan.
Ketika kejadian Allahyarham Faridah Md Nayen, 38, dalam perjalanan ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan kandungannya dengan menumpang kenderaan jirannya yang turut maut dalam kemalangan itu.Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 32 Jalan Langkap – Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat di Teluk Intan.
Redha Ketentuan Tuhan
Suaminya, Ahmad Ismail, 45, berkata, dia menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.30 pagi tadi daripada sepupunya yang memaklumkan hanya kemalangan kecil.
“Sebaik terima panggilan saya bergegas ke Hospital Teluk Intan, namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan.
Menurutnya, sebelum kejadian isterinya bersama tiga yang lain yang juga jiran sebelah rumah sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Tanjung Keramat menuju ke Klinik Kesihatan Desa Tanjung Keramat terletak kira-kira 1 kilometer.
“Saya reda dan terima kehendak tuhan ini… kami menunggu kelahiran anak kelima namun tuhan lebih menyayangi mereka dan anak itu turut meninggal dunia dalam perut kandungan,” katanya sayu.

Arwah Ibu Penyayang
Sementara itu, anak sulungnya, Mohd Firdaus Ahmad, 15, ternyata tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui susulan kehilangan insan tersayang.
“Ibu adalah seorang yang sangat penyayang, namun sentiasa tegas dalam pelajaran.
“Hasrat ibu adalah untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran dan arwah sering menasihatkan saya supaya rajin belajar serta mahu saya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lama lagi.
“Saya ingin memenuhi hasrat arwah yang mahu saya memperoleh keputusan cemerlang itu,” katanya.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kemalangan mengakibatkan tiga wanita maut iaitu suri rumah, Farah Ain Salim, 19; pesara Fuziyah Sarjuni, 62 dan Faridah Md Nayen, 38 yang sarat mengandung 35 minggu.
Kemalangan membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Ford Ranger, Suzuki Swift dan Proton Saga itu turut mengakibatkan anak kepada Farah Ain iaitu Nur Afrina Miqaila berusia lapan bulan cedera dan seorang lelaki berusia 43 tahun luka di hidung.
4 Kenderaan Terlibat
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 10.50 pagi membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Suzuki Swift dan Proton Saga.
“Siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 36 tahun dan Suzuki Swift dinaiki tiga wanita dan seorang bayi perempuan yang kedua-dua kenderaan itu dari arah Langkap hendak menghala ke Kampar.
“Apabila sampai di tempat kejadian, lori berkenaan dipercayai terlanggar belakang Suzuki Swift berkenaan yang hendak membelok ke kanan masuk ke simpang Klinik Desa Tanjung Keramat.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan berpusing beberapa kali sebelum terlanggar Ford Ranger yang datang dari arah bertentangan sebelum terperosok ke dalam parit,” katanya.


Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbabas dan terlanggar Proton Saga yang berada di belakang Ford Ranger sebelum terjatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan.
“Penumpang Suzuki Swift, wanita berusia 19 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandunya berusia 62 tahun dan seorang lagi penumpang berusia 38 tahun meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.
Mohd Marzukhi berkata, lelaki berusia 43 tahun yang pemandu Ford Ranger tidak cedera, manakala penumpangnya yang juga seorang lelaki luka di hidung.
“Pemandu Proton Saga yang turut terbabit dalam kemalangan itu terselamat tetapi masih belum dikenal pasti identitinya.
“Pemandu lori berusia 36 tahun juga terselamat dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Salam takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan serta redha dengan ketentuan ini. Ajal maut, ketentuan tuhan. Hargailah insan tersayang. Siapa sangka rutin biasa yang dilakukan setiap bulan, jadi asbab itulah pertemuan akhir dengan keluarga.Buat yang memandu terutama kenderaan besar, lebih berhati-hatilah di jalan raya, jangan akibat kecuaian ramai mangsa terkorban.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Dua Anak Kecil Tumpang Tidur Di Masjid, Dihalau Dari Rumah Sewa Gara-Gara Suami Sibuk Dengan Bini Baru

Isi Kandungan
ToggleIbu dua anak kecil tumpang tidur di masjid, dihalau dari rumah sewa gara-gara suami sibuk bina baru. Acap kali dipaparkan di media sosial, suami mengabaikan isteri pertama selepas berkahwin baru. Ibarat mendapat pucuk muda, isteri pertama terus dilupakan walau tanggungjawab itu terletak di bahu seorang lelaki.
Ramadan bulan penuh keberatan dan kemuliaan. Bulan dituntut melakukan ibadah sebanyak mungkin yang Allah janjikan keberkatannya. Namun sesetengah dari kita, masih mengamalkan cara hidup yang sama, mementingkan nafsu yang tidak pernah menunduk.
Ibu Dua Anak Kecil Tidur Di Masjid
Satu perkongsian dari Ustaz Abu Hamizan di fbnya semalam sangat meruntun jiwa apabila bertemu seorang wanita bersama dua anak kecil sekitar hampir tengah malam yang terpaksa bermalam di masjid dengan kesejukan, sehelai sepinggang gara-gara dihalau dari rumah sewa selepas suami mengabaikan tanggungjawab selepas berbini baru.
Tulisnya, “untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada.
Ini kisahnya.
Isteri dihalau dari rumah sewa & tumpang tidur. Selesai solat terawih dan tadarus malam tadi.
Di satu sudut masjid saya terpandang kepada seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil. Waktu itu hanya ada beberapa orang sahaja jemaah lelaki yang datang ke masjid untuk qiamulail.
Kemudian wanita itu datang dan menyapa, “ustaz, boleh tak saya nak minta izin untuk menumpang tidur di sini (masjid) untuk malam ni sahaja??”
Dihalau Dari Rumah Sewa Gara-Gara Suami Sibuk Dengan Bini Baru
Masa tu jam dah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja.
Untuk kepastian, Saya bertanya kalau akak ni dari mana?
Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?
Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika, Kata ibu ini dia baru dihalau dari rumah sewanya, suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.
Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di Selangor. Kemudian saya bertanya, kalau esok dah siang akak nak tuju ke mana??akak ada duit tak untuk beli makanan kepada anak-anak ni?
“Tak ada duit ustaz” Jawabnya dalam keadaan malu.
Allahuakbar, Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata.
Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui akan hal itu, Adakah saya akan berdosa??
Sebagai seorang muslim bukan ke kita di tuntut supaya mengasihi muslim yang lain.
Sebelum saya beredar untuk pulang, saya cuba bantu sekadar yang termampu. Dia minta izin untuk gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.

Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur, yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan.
Doa saya semoga Allah bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang di hadapi saat ini.
Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Masalah Kewangan Punca Pasangan Bercerai, Sibuk Cari Rezeki Sampai Tak Ada Masa Dengan Famili
Suami Dalam Iddah, Jangan Cepat Sangat Nak Kahwin Lain
Anak Kembar Iras Arwah Isteri, Dua Bulan Membesar Tanpa Kasih Ibu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI