Siapa sangka bedak nyonya juga rupanya boleh dijadikan topeng muka (masker)untuk atasi masalah jerawat, malah kulit wajah juga boleh jadi lebih sihat dan gebu. Nak jaga kulit muka tak semestinya memerlukan produk kecantikan yang mahal-mahal.Adakalanya, produk yang murah seperti bedak nyonya ini juga berkesan untuk jadikan kulit wajah sihat dan berseri.
Ini amalan kecantikan yang dikongsikan oleh Marina Saringat sebagai panduan wanita lain.
Tip Kurangkan Pertumbuhan Jerawat Yang Suka Tumbuh Tanpa Rela
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikan daripada produk yang lama. Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!
2 minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan.
Cari punya cari solusi, Ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni Ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih
IKLAN
Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
Bahan-Bahan:
1/2 sudu kecil bedak nyonya
Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit ye)
IKLAN
Caranya:
1.Campurkan dengan bedak nyonya dengan air suam. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress).
2. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
3. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
IKLAN
4. Cuci dan rasakan perbezaan!
*Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir
Musim cuti sekolah bermula minggu depan, pasti ramai mak ayah yang rebut peluang untuk bawa anak-anak untuk balik kampung atau pergi bercuti yang menyebabkan rumah ditinggalkan agak lama.Rupanya kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa untuk simpan duit syiling dalam peti sejuk beku (freezer).Tip mudah ini bagi mengetahui bekalan elektrik pernah terputus atau tidak untuk memastikan bahan-bahan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak rosak.
Berikut antara perkongsian oleh Rizzal Abdullah sebagai panduan;
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
Apa kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
Kalau you tinggal rumah lama-lama, you tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, you tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam you punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak you macam mana? Kalau terputus 2-3 jam OK lagi. Kalau TNB rasa nak biar 2-3 hari? Kalau seminggu?
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer you akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan you tak perasan.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
Tapi apa kaitan syiling tu?
Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. You perlu;
Bahan Diperlukan:
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air
Caranya:
1.Mula-mula isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
2. Lepas tu letak syiling atas ais tu.
Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu. Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus! Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
Bila umur nak masuk hujung 30-an, jeragat pun mula kelihatan. Lagi-lagi kulit jenis sensitif, memang cepatlah jeragat itu naik. Ada cara alami nak singkirkan jeragat degil ini. Guna getah bawang merah saja!
Banyak manfaat bawang merah ini untuk kecantikan wanita. Antaranya mengawal paras kolesterol dalam badan dan mencegah keguguran rambut. Dalam perawatan wajah, getah bawang merah membolehkan mak-mak memperoleh 4 manfaat awet muda ini.
4 Manfaat Getah Bawang Merah
Menyingkirkan Jeragat
Usahlah bersedih, memang ada kalanya, produk dan perawatan wajah tidak sesuai untuk mak-mak. Mungkin kulit mak-mak mahukan perawatan semula jadi dengan menggunakan manfaat bahan alami. Cubalah petua tradisional ini.
Cara 1 : Belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat.
Lakukan dua kali sehari, mak-mak akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-kuat ye takut kulit cedera.
Cara 2 : Ambil air perahan bawang merah. Campurkan dengan yogurt asli (Tak perlu banyak, biar ngam-ngam untuk sekali pakai). Adun sebati dan sapu di muka. Biarkan 10 ke 15 minit barulah cuci bersih.
Anti Penuaan
Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit wajah.
Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi akan membantu meningkatkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Kurangkan Jerawat
Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti bakteria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membunuh kuman malah membantu menyembuhkan luka bekas jerawat.
Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar 20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.
Fungsi Mencerahkan Kulit
Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam, cubalah sapukan masker bawang merah ini.
Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.
Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.
6 Lagi Bahan Dapur Berkesan Untuk Buang Jeragat
Beras & Kunyit
Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup.
Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.
Kulit Pisang Berangan Sekatakan Kulit
Sapukan wajah yang bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.
Hampas Kelapa Mencerahkan
Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang.
Hampas kelapa juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.
Susu Tepung Melembapkan
Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari.
Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh satu sudu susu tepung dengan air perahan limau nipis.
Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Khasiat Sirih Muda
Petik beberapa helai sirih muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus.
Kulit Kayu Manis Licinkan Wajah
Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah.
Atau anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya,jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.
Mungkin buah delima kedengaran agak asing di mata sesetengah individu. Namun ternyata, buah delima punya peranan besar dalam aspek kecantikan. Ia kaya dengan antioksidan, vitamin K, vitamin C dan Potassium yang merupakan agen anti-penuaan. Jom semak manfaat yang tersembunyi di sebalik buah delima untuk kecantikan kulit.
1. Selamat Tinggal Kulit Kering
Jika dibandingkan dengan teh hijau, buah delima sebenarnya memiliki kandungan kebaikan yang lebih besar untuk memperbaiki kulit kering. Ia juga kaya dengan vitamin C yang mampu melembutkan kulit yang kasar. Buah ini juga boleh dijadikan scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.
2. Hilangkan Jerawat
Manfaat antioksidan yang terkandung dalam buah delima mampu mengubati jerawat. Gunakan kulit buah delima dan jemur sehingga kulitnya kecut. Kemudian kisar atau tumbuk sehingga lumat dan menjadi serbuk. Simpan di dalam bekas. Sekira mahu menggunakannya, ambil sedikit serbuk tadi dan campurkan ia bersama sedikit perahan air limau nipis. Sapu pada wajah, biarkan sehingga kering dan bilas.
3. Melindungi Kulit Dari Sinaran Matahari
Sinaran matahari mampu merosakkan sel kulit kamu sehingga menyebabkan timbul bintik hitam dan sebagainya. Tetapi, dengan pengambilan buah delima dan kandungan antioksidan di dalam buah tersebut mampu melindungi tubuh daripada kesan-kesan negatif akibat sinaran matahari tadi.
4. Merangsang Pembentukan Kolagen
Pertambahan usia membuatkan kekenyalan kulit semakin berkurangan. Kandungan antioksidan di dalam buah tersebut mampu mengatasi hal ini. Ya, buah delima banyak membantu pembentukan kolagen. Selain itu, ia juga membantu anda agar kulit tetap tampak segar dan tidak kelihatan kusam.
MASKER DELIMA + MADU
Masker ini dapat membantu menghilangkan flek hitam di wajah. Haluskan delima dan tambahkan satu sendok madu, campurkan lalu oleskan ke seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit dan bilas. Tengok hasilnya, serius puas hati!
MASKER DELIMA + LEMON
Kandungan vitamin C dari lemon dan antioksidan dari buah delima dalam membuat kulit terlihat segar dan lembut campur delima dengan lemon. Oleskan pada kulit dan bilas setelah semua kering di wajah.
NOTA:
Buah delima terbahagi kepada tiga jenis iaitu delima putih, merah dan ungu. Namun delima yang paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah. Ia juga dianggap unsur penting dalam pembentukan darah merah.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...