Tak sangka alami jangkitan kuman. Bapa ini sedih tak bawa anak ke hospital lebih awal kerana anaknya bukan demam biasa tetapi jangkitan kuman dalam darah.
Satu demi satu dugaan menimpa anak sulung pelakon Nazrief Nazri, Noah yang kini berusia dua bulan apabila terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor akibat jangkitan kuman dalam darah.
Menurut Nazrief, sebelum ini Noah yang disahkan positif Covid-19 dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak kelmarin selepas masih belum pulih dari demam panas.
Sedih Tak Bawa Anak Ke Hospital Lebih Awal
“Tiga hari sebelum saya bawa dia ke hospital, saya dapatkan rawatan di klinik terlebih dahulu. Doktor memaklumkan demam yang dialami Noah mungkin disebabkan kesan akhir Covid-19 yang dialaminya.
“Bagaimanapun selepas membawanya ke hospital, doktor memaklumkan Noah mengalami jangkitan kuman dalam darah. Malah demam panasnya juga turun naik sehingga pernah mencecah 39.5 darjah selsius.
“Buat masa ini, keadaannya stabil cuma saya masih menunggu laporan beberapa ujian yang dilakukan. Setakat ini, saya dimaklumkan penyakit yang dialami tidak serius, cuma masih menanti jawapan punca jangkitan kuman dalam darah,” katanya.
Ads
Nazrief mohon semua doakan bayinya.
Tak Sangka Alami Jangkitan Kuman
Menurut Nazrief, sebagai bapa dia sedih apabila tidak membawa anak sulungnya ke hospital terlebih dahulu.
“Noah anak yang tak banyak ragam. Walaupun dia demam, dia kerap tidur dan tak macam bayi lain yang meragam kerana tidak selesa. Saya tak sangka Noah akan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu melalui semua ini.
“Sepatutnya saya terus bawanya ke hospital untuk menerima rawatan. Tapi itulah saya pun tak jangka perkara ini terjadi kerana saya ingatkan demam yang dialami kerana kesan sampingan Covid-19. Begitu juga dengan komen doktor di klinik,” katanya.
Terdahulu, Noah yang dilahirkan pada 19 Julai lalu di sebuah perubatan swasta di Putrajaya disahkan positif Covid-19 pada 21 September lalu.
Ads
Nazrief bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana anak sulungnya itu dijangkiti virus berbahaya itu.
Menurutnya, dia tidak pernah membawa Noah keluar dari rumah kecuali ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan.
Nazrief dan isteri, Aziatul Aqma yang mendirikan rumah tangga pada 15 November tahun lalu bagaimanapun disahkan negatif virus itu.
Mingguan Wanita : Semoga bayi Nazrief cepat sihat dan kembali pulih seperti biasa. Diharap Nazrief dan isterinya kuat menghadapi ujian ini.
Pasangan selebriti romantis, Aiman Hakim Ridza dan isteriya Zahirah MacWilson kini berada di Perth, Australia. Zahirah memilih untuk bersalin di sana kerana ibunya, Maslinda Yusof, kini menetap di Perth bersama adik-beradik Zahirah yang lain.
Zahirah MacWilson Di Sisi Suami Tersayang
Pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan anak.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Petaling Jaya, Selangor.
Baru-baru ini anak kepada pelakon Zainol Johari Macwilson ini telah berkongsi entri di akaun Instagram tentang perkembangan dirinya.
Zahirah memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki 32 minggu. Malah dia begitu teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung.
Zahirah memaklumkan berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik itu juga, Zahirah berkongsi fotonya bersama suami, Aiman Hakim Ridza sedang berada di tepi pantai.
“32 weeks of patience, “Additional 10kg of joy and an endless supply of love to our lil one,” kongsi Zahirah.
Doa Peminat
Entri tersebut mendapat maklum balas dan reaksi positif pengikutnya yang mendoakan agar proses melahirkan kelak berjalan lancar.
Sumber Foto: Instagram Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ardell Aryana minta suami bersabar. Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads pula, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
Ardell Aryana Minta Suami Bersabar
Sebagai seorang suami, Nadzmi Adhwa cukup risau namun luahannya cukup menyentuh hati apabila isterinya pula yang minta suami bersabar.
Menerusi perkongsian di Threads Nadzmi tahu akan kekuatan semangat isterinya itu.
“Isteri saya suruh sabar sabar sabar.
“Allahuakbar. Isteri saya kuat dan nak korang pun kuat. Teruskan bercakap tentang G” luah Nadzmi.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Tanda Sokongan, Simbol Perpaduan
Pakai mafla Palestin sebagai lambang solidariti dan semangat perjuangan — satu simbol kekuatan dan harapan.
“Doakan Allahyarhamah ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang beriman… Amin,” begitulah bait doa anakanda tercinta Radin buat arwah ibu tercinta.
Salam takziah diucapkan buat penyampai radio Era, Radin di mana ibunya telah menghembuskan nafas terakhirnya, pada pagi Khamis.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh pemilik nama sebenar Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31 ini melalui hantaran di laman rasmi Instagram miliknya.
Kenangan bersama arwah ibu.
Radin Mohon Doakan Allahyarhamah Ibu Ditempatkan Di Syurga
Menurut Radin, ibunya, Allahyarham Feridah Hashim, 67, meninggal dunia pada jam 9.25 pagi, 18 Februari di Ipoh, Perak.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un …
“Assalamualaikum wbt… Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.
“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman.. Amin,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.
Difahamkan jenazah Allahyarham Feridah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Meru, Ipoh.
Bersama arwah ibu tercinta.
Arwah Ibu Menderita Masalah Paru-Paru Berair
Seperti yang ditemubual orang media sebelum ini, Radin memaklumkan ibunya sudah lama menderita masalah paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen untuk bernafas.
Bapanya pula, Ahmad Aruani sudah meninggal dunia pada tahun 2010.
Keluarga Jahidah Nordin reda dengan keputusan mahkamah namun berharap bekas suami menerima pembalasan setimpal atas penderitaan yang dialami Jahidah hingga koma selama empat tahun.