Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang kita akan buat tentulah selesaikan bayaran rumah, kereta dan bagi pada orang tua. Yang tinggal hanya cukup-cukup saja hingga hujung bulan seterusnya.
Ada masa perbelanjaan akan lebih pula. Nak kata cukup-cukup saja sampai hujung bulan itu rasanya belum tentu. Mulalah fikir cara nak dapatkan duit lain untuk teruskan hari-hari mendatang.
Kadang-kadang, ada juga yang ‘terpaksa korek’ dari akaun simpanan lain sebab memang tak cukup untuk duit minyak, makan di tempat kerja dan sebagainya. Beruntung, ada yang bekerja lebih masa atau dua pekerjaan demi untuk menampung perbelanjaan ini.
Bila duit hanya cukup-cukup saja, mulalah hati tak senang. Tak tentu arah dan boleh hilang mood. Apa nak buat bila duit tak ada dan makin susut. Ini ada cara dan boleh kita ikuti dari perkongsian Md Azhari Daud.
Bila kita amalkan tip ini, Insya Allah, hati tetap tenang dan gembira walaupun duit dalam poket atau beg duit hanya tinggal beberapa kertas berwarna biru saja.
Ada 5 tip untuk kita supaya relak, happy dan tenang. Walaupun buka beg duit nampak kosong dan duit tak ada.
Ads
Tip 1
Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.
Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
Tip 2
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.
Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je di hujung jari
Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata
Tip 3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
Jadi, walaupun duit tinggal sepuluh senje pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang.
Tip 4 Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat. Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
Tip 5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Jadi, bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Ads
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”
Mingguan Wanita : Jangan terlalu rasa beban duit tak ada. Insya Allah, adalah rezeki kita nanti. Yang penting, kenalah berusaha sebab ia tak akan datang bergolek depan mata.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Berbanding air suhu biasa, rupanya nak masak nasi dengan cepat, jimat masa guna je air panas.Memang kejap je mendidih dan nasi pun cepat masak. Ikut cara ni, boleh jimatkan separuh masa masak nasi.
Bukan apa, sebagai mak-mak masa sangat berharga. Ada masa tertentu memang kita nak cepat masak nasi untuk keluarga. Jadi boleh ikut cara yang dikongsikan Najib ini.
Taktik Nasi Cepat Masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit, guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Cara nya gunakan air panas untuk memasak nasi.Simple je kan.Sekarang air panas mudah ambik je air coway,tuang dan sukat dalam periuk nasi macam biasa.Tutup periuk tekan start.Kejap je mendidih dalam rice cooker.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah 25 hari kita melalui tahun baru 2018, Setiap awal tahun sudah tentu kita tanamkan azam untuk menjadi orang yang berjaya dan mungkin nak tambah pendapatan buat bisnes online. Tapi apa rahsianya?
Ok, selepas dipindahkan ke Majalah Mingguan Wanita, ramai usahawan berjaya yang saya temubual. Ada yang asal kerja kilang kini sudah bergelar jutawan dan tidak kurang ramai suri rumah yang pada awalnya hanya mahu menambah wang poket suami kini turut berjaya. Malah ada suami mereka sendiri berhenti kerja dan bersama-sama mengembangkan perniagaan. Usahawan seperti ini terutama kaum wanita menjadi sumber inspirasi dan idola buat saya.
Baru-baru ini saya bertemu lagi dengan seorang usahawan wanita muda dan bekerja dari rumah dan kini sudah merupakan salah seorang usahawan terkenal dan memulakan perniagaannya hanya menerusi Instagram.
Cerita Diena Wong
Wanita yang bernama Diena Wong baru saja berusia 32 tahun dan merupakan pengasas Lovera.
Saya sempat bertanya kepada Diena apa rahsia fan skill dia guna insta, jawabnya…
“Terus terang tak ada rahsia. Sama saja macam orang lain guna. Tapi kalo bab bisnes ni kita kenela gigihlah sikit kalau nak ramai orang beli.
Bagi saya semua orang boleh buat jualan juta-juta guna insta. Rezeki masing-masing kita tak tahu. Lagi satu , kalau guna insta, kerapkan buat stories. Memang bagus dan berkesan juga. Gunakan kreativiti kalau nak buat stories ni.”
Teknologi Moden Buka Peluang Bisnes
Apa yang saya lihat, ramai juga usahawan yang berjaya kerana bisnes online. Sememangnya teknologi moden ini memberi banyak manfaat kepada orang ramai terutamanya golongan muda dan suri rumah yang bijak dan rajin mencari peluang dengan bekerja lebih masa.
Malah ada dua orang personaliti dalam perniagaan yang bertanya kepada saya, tidakkah saya melakukan kerja lebih bagi menambah pendapatan, saya hanya terdiam. Dan memberi alasan sibuk dengan kerja dan di rumah pula sibuk dengan melayan suami dan anak-anak.
Kalau Betul Nak Berjaya…
Namun mereka menasihati saya, jika nak berjaya tak boleh beri banyak alasan. Mereka juga banyak berkongsi pelbagai kisah suka dan duka yang boleh memberi ilmu yang berguna kepada saya. Malah ada seorang Dato’ Sri pernah berpesan pada saya jika hendak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya.
Tip Majukan Bisnes Online
1. Kena rajin promosikan guna ayat simple.
2. Cari modal yang rendah.
3. Tak payah buat produk sendiri, mulakan dengan jual produk dah siap. Sampai dapat untung.
4. Jangan buat pinjaman bank, paling penting kena rajin menulis luar biasa.
5. Ikut masa yang tetap dan kena ada target bulanan.
6. Asingkan duit untung.
7. Kalau dulu tulis blog, sekarang tulis di media sosial pun boleh lakukan produk.
8. Jual produk yang anda rasa anda sendiri pun nak beli.
9. Jangan malu dan bisnes ni kena hati yang kental!
Haaa… tak banyak pun tapi moga beberapa tip ini boleh bantu mak-mak yang nak cari duit poket lebih sikit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.
Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.
1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.
2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.
3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.
4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.
5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.
Mingguan Wanita: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...