Sesungguhnya tak salah berasa malu bila taraf hidup turun kerana pandemik Covid-19, tapi jangan overdose sehingga membuatkan kita putus asa.
Bila sikap malu menguasai mak, ayah sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan untuk berfikir secara waras dan bertindak keluar daripada masalah. Betul tak?
Sebaiknya jangan biarkan sikap malu ini menguasai diri seseorang, inilah yang dikongsikan dalam Sembang Wanita, di Fb Live Mingguan Wanita dengan tajuk, Aku Malu Taraf Hidup Aku Turun.
Kerana Pandemik
Pandemik ini benar-benar menguji kita semua. Tiada yang terkecuali. Jika dahulu hidup selesa, mewah dan wang bukan lah masalah, kini ia berubah sekelip mata setelah C19 mengganas.
Ramai yang terjejas pendapatan sehingga menyebabkan status dan taraf hidup turun. Jika dahulu T20 mungkin kini sudah menjadi M40 dan begitulah seterusnya. Malah ada segelintirnya dahulu cukup makan, kini hidup melarat.
Dalam situasi ini sudah tentu ia satu tekanan yang sangat dahsyat. Perlu ada kekuatan dalaman yang boleh menaikkan semangat untuk mengorak langkah.
Panel jemputan iaitu Muhammad Saffuan Abdullah, Pengarah Urusan, Akademi Latihan & Perundingan PEKA akan mengupas dan menunjukkan alternatif bagaimana kita yang mengalami nasib ini terus bangkit.
Tak Salah Malu Bila Taraf Hidup Turun
Menurut Muhammad Saffuan, apa yang perlu kita lakukan apabila melalui situasi sebegini ialah yang pertama ialah faham bahawa sekarang bukan kita seorang saja yang berdepan dengan situasi pandemik ini, malah begitu juga orang lain.
Setelah faham, keduanya barulah kita terima dan yang terakhir ambil tindakan. Perlu berusaha untuk memperbaiki keadaan walaupun tidak lagi seperti dahulu.
Malu ini sesuatu yang sangat negatif, namun sifat ini ada kebaikannya. Malah sifat malu juga adalah anugerah daripada Allah untuk setiap daripada kita refleksi diri seterusnya berubah.
“Malu sebenarnya sesuatu yang normal jika taraf hidup anda tidak seperti sebelum ini.
“Tetapi jangan pula malu overdose atau berlebihan kerana bakal menggangu kita secara tidak langsung memberi kesan kepada psikologi seseorang hingga menjadi sangat depress, anxiety dan sebagainya,” jelasnya ketika sesi Live Sembang Wanita baru-baru ini.
Jelasnya tidak salah untuk merasa malu dengan apa yang telah berlaku, tetapi jangan sampai menghalang diri seseorang untuk move on, untuk melakukan aktiviti harian. Paling penting jangan biarkan perasaan malu ini berpanjangan.
Bila Malu Menjadi Masalah
Kebiasaannya perasaan malu timbul apabila kita fikirkan tentang “apa orang kata”, seterusnya hidup akan terus terperangkap dengan situasi dan akhirnya tak mampu keluar dari kepompong hidup yang sama.
Ads
“Sebenarnya bila sesuatu berlaku dalam hidup, cuba kita pandang keluar pada mereka yang ingin membantu. Break the circle dan jangan pedulikan apa orang kata tentang kita. Itu adalah yang terbaik.” ujarnya Muhammad Saffuan lagi.
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, jangan lupa bersama panel jemputan iaitu Muhammad Saffuan Abdullah, Pengarah Urusan, Akademi Latihan & Perundingan PEKA dan Hana Ismail dalam Sembang Wanita.
Jangan lupa saksikan Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita dengan topik yang menarik dan hangat pada setiap hari Rabu, jam 3 petang.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Fizo selesai hak penjagaan anak secara baik. Itulah yang sepatutnya dilakukan jika pasangan berpisah. Sepatutnya hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik.
Terbaru selebriti Fizo Omar menyatakan dirinya dan bekas isteri, Mawar Karim telah menyelesaikan hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam secara baik.
Fizo Selesai Hak Penjagaan Anak Secara Baik
Malah Fizo juga rasa bersyukur kerana dirinya dan Mawar memahami dan ikut keputusan mahkamah yang membahagikan penggiliran.
“Daripada awal lagi kita pergi berbincang biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada pergaduhan. Kalau ikut bermasam muka, nak bergaduh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua dah faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada,” kongsi Fizo seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Dulu Ikut Emosi, Saman Menyaman
Akui Fizo lagi, memandangkan Maryam sudah berusia 7 tahun dan memahami keadaan yang berlaku dirinya bertindak lebih matang.
“Sekarang Maryam dah tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun dah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut emosi nak bergaduh, saman menyaman dan turun naik mahkamah.
“Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.
“Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank,” sambungnya.
Lakukan Demi Kebaikan Maryam
Fizo juga menjelaskan dia sangat rapat dengan Maryam namun dirinya tidak pernah menuntut hak penjagaan Maryam dek kerana anak perempuan perlukan ibu.
“Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.
“Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.
“Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran shooting atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul,” luahnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hari ini rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada usia baginda 100 tahun, yang sangat dekat di hati mereka.
Pengacara kacukan Irish-Melayu, Yang Berbahagia Che Puan Sarimah Ibrahim,45 turut berduka atas kemangkatan baginda. Che Puan Sarimah telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
Dalam video pendek yang dikongsikan di Instagram, bekas penyampai radio ini turut berkongsi gambar memori manis bersama almarhumah, sekaligus memaklumkan kemangkatan nendanya.
Terdahulu, Tunku Ampuan Najihah menghembuskan nafas terakhir pada 6.53 pagi tadi, di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan itu juga adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang menduduki takhta negara pada 1994 hingga1999.
Almarhumah Tunku Najihah diputerikan pada 1 September 1923 di Seri Menanti, Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Tengku Mohamad School Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di School Of Oriental and African Studies, London.
Baginda mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Jaafar pada 8 Ogos 1942 dan dikurniakan tiga putera serta tiga puteri.
Tuanku Jaafar mangkat pada 2008 ketika berusia 86 tahun.
Tunku Najihah dikenali sebagai seorang permaisuri yang aktif dan meminati sukan serta pernah menjadi penaung beberapa persatuan termasuk Presiden Pasukan Badminton Tunku Ampuan, Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia dan Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Baginda juga pernah menjadi Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Almarhumah menerima Anugerah Tun Fatimah ‘Srikandi Negara’ pada 1999.
Baginda turut dikenali sebagai ‘Lady with a Heart of Gold’ berikutan penglibatan dalam membantu golongan miskin, tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik.
Atas jasa Almarhumah, beberapa tempat di Negeri Sembilan telah dinamakan sempena nama baginda termasuk Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Yayasan Tuanku Najihah dan Rumah Kanak-kanak Tuanku Najihah.
Negeri Sembilan Berkabung 1 Hari
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini selepas waktu Asar.
Mohd Zafir berkata tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah adalah selama satu hari iaitu pada hari ini.
“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan,” katanya.
Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah dalam tempoh perkabungan.
Mingguan Wanita merafak takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah. Semoga roh almarhumah baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Tiada istilah cepat mahupun terlambat dalam urusan berkaitan jodoh. Semuanya ketentuan tuhan dan dianugerahkan pada waktu yang paling tepat. Pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan watak Detektif Lim, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, mengakhiri zaman bujang pada usia 55 tahun apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan, Norhayati Abdullah, 39, di sini, pagi semalam.
Akad Nikah Berjalan Lancar
Sah dengan sekali lafaz, pasangan yang sudah enam tahun menyulam cinta itu dinikahkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, disaksikan enam tetamu. Farid bersyukur majlis akad nikah lancar biarpun terpaksa berdepan dugaan kecil.
“Lebih membuatkan saya terharu apabila kami terserempak dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di JAWI.
“Beliau sempat mendoakan saya dan isteri,” katanya.
Nikah Tempoh PKP
Memilih bernikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Farid terpaksa berdepan beberapa dugaan.
“Mengikut perancangan awal, abang ipar yang menetap di Kelantan sepatutnya menjadi wali.Namun, disebabkan PKP dan larangan merentas negeri, kami terpaksa membuat rancangan lain. Kami meminta abang ipar yang menetap di sini, untuk menjadi wali.
“Disebabkan itu, kami terpaksa menghantar surat permohonan nikah yang baharu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farid, abang ipar itu pula cedera akibat terjatuh dari pokok, sebelum majlis pernikahan.
“Pada mulanya, kami fikir ingin teruskan sahaja rancangan asal membawa abang ipar di Kelantan menjadi wali.
“Namun, memikirkan perlu isi borang baharu dan prosedur agak leceh, kami teruskan juga. Kami terpaksa meminta kebenaran JAWI membawa seorang lagi tetamu untuk memapah abang ipar,” katanya.
Mempercepatkan Tarikh Nikah
Bukan itu sahaja, Farid berkata, tarikh pernikahan mereka terpaksa dipercepatkan tiga hari.
“Jika tidak, mungkin impian bernikah tahun ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang tidak diketahui berikutan tiada kekosongan slot akad nikah akibat PKP.
“Agak kelam kabut apabila JAWI memaklumkan tarikh pernikahan terpaksa dipercepatkan.
“Selain itu, kami juga dikehendaki menjalani ujian calitan di hospital kerajaan dan tidak dibenarkan melakukannya di hospital swasta.
“Ujian calitan pula perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari, jika tidak laporan dianggap tidak sah,” katanya.
Namun, Farid menganggap semua itu sekadar dugaan dan tidak tertekan.
“Bagi saya, tidak perlu bebankan fikirkan dengan terlalu memikirkan rintangan. Apa yang penting, majlis pernikahan lancar,” katanya.
Detik Perkenalan
Berkongsi detik perkenalan dengan isteri, Farid memberitahu, dia mengenali Norhayati ketika melakukan penggambaran di tempat pasangannya itu bekerja.
Farid berkata, sikap isteri yang penyabar, memahami dan tidak banyak kerenah menambat hatinya.Farid juga tidak menganggap keputusan berkahwin pada usia 55 tahun sebagai terlambat, sebaliknya percaya ketentuan Tuhan.
“Semua ini ketentuan Allah. Saya sentiasa berpegang kepada ayat di setiap kesempitan mungkin ada kemudahan.
“Pada mulanya saya mengaku, ada terfikir, andai ada rezeki menimang zuriat, anak masih kecil. Sedangkan umur semakin meningkat.Tapi, lama-kelamaan saya malas hendak fikir lagi. Saya tidak mahu serabut pemikiran dengan perkara-perkara ‘toksik’.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya yang belum memutuskan mahu menganjurkan majlis resepsi selepas PKP tamat.
MW: Tahniah diucapkan buat ‘Detektif Lim’ dan isteri atas perkahwinan ini. Meskipun mengakhiri zaman bujang pada usia 55 tahun, sesungguhnya segala urusan jodoh adalah rahsia dan ketentuan Allah. Selamat berbahagia!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.