Pejam celik sebulan berpuasa kini tiba Syawal yang dinanti. Raya tahun ni sedikit berbeza dengan amalan norma baru, namun tetap kena raikan walaupun hanya beraya di rumah sendiri. Mood raya tetap kena ada. Paling penting bersederhana dan tak berlebihan. Bergaya baju elok, bersiap cantik dan kalau pakai make up pun tak perlu ‘over’ barulah berseri-seri di pagi raya nanti.

Jangan biarkan muka polos, kusam tanpa secalit make up pun di pagi raya. Trend solekan yang paling sesuai apabila beraya di rumah sendiri ialah dengan ‘Make Up No Make Up Look!’. Iaitu apabila bersolek pakai mekap tapi nampak cantik semulajadi macam tak pakai mekap.

Tak Perlu Over, Raya Di Rumah Sendiri Dengan ‘Make Up No Make Up Look’!

Caranya ‘simple’ je bila nak ‘Make Up No Make Up Look’ ni.

  1. WAJIB ‘Prep’ Kulit Wajah Sebelum Bersolek

‘Prep’ kulit wajah memainkan peranan penting sebelum nak ‘Make Up No Make Up Look’ ni. Kena pastikan kulit wajah kita ‘bersedia’ terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang solekan.Bila kulit wajah sihat dan lembap, sapuan solekan akan jadi lebih mudah, cantik sekata, menyerlah berseri dan tahan lebih lama.

  1. Guna BB Cushions

Kemudian oles seluruh wajah dengan dengan BB Cushion kerana teksturnya lebih lebih ringan.

  1. Guna Compact Powder

Sapu rata dengan bedak kompak seluruh wajah.

  1. Pembayang Mata Rona Warna Kulit

Guna pembayang mata dengan tona warna kulit. Jadi nampak lebih semulajadi dan tak berlebihan.

  1. Maskara

Sapu maskara pada bulu mata dengan sempurna. Guna penyepit bulu mata jika perlu.

Ads
  1. Pemerah Pipi (blusher)

Pemerah pipi memainkan peranan penting dalam “Make Up No Make Up Look” untuk membuatkan wajah nampak lebih berseri. Pilih pemerah pipi warna cerah yang bersesuaian seperti rona pink coral, soft pink dan soft coral supaya nampak lebih segar.

  1. Kening

Oleskan eyebrow dan pastikan ‘berus’ bahagian kening agar nampak lebih kemas.

  1. Lipstik

Sebelum pakai lipstik pastikan sapu pelembap bibir (lip balm) terlebih dahulu. Barulah oles lipstik pada bibir, barulah nampak lebih cantik, sekata dan semulajadi. Akhir sekali sempurnakan solekan bibir dengan lip gloss. Siap!

Hada Labo Premium Whitening Lotion

‘Prep’ kulit wajah memainkan peranan penting sebelum nak ‘Make Up No Make Up Look’ untuk raya nanti. Cara yang lebih mudah dan hasilnya lebih berkesan untuk pastikan kulit wajah kita benar-benar bersedia sebelum sapuan sebarang mekap dengan menggunakan Hada Labo Premium Whitening Lotion.

Tak Perlu Over, Raya Di Rumah Sendiri Dengan ‘Make Up No Make Up Look’!

Ads

Perlu tahu sebenarnya menggunakan losyen berbanding toner selepas mencuci muka dan sebelum memakai krim pelembap merupakan trend terkini dalam rutin penjagaan wajah. Hada Labo merupakan jenama produk penjagaan kulit dari Jepun. Produk losyennya diakui sangat terbaik dan mencapai kedudukan no 1 selama 13 tahun.

Langkah Mudah Menggunakan Losyen:

Langkah Pertama:
Tuang losyen Hada Labo secukupnya pada tapak tangan.

Langkah Kedua:
Sapu losyen pada seluruh kulit wajah menggunakan tangan.

Langkah Ketiga:
Teruskan langkah kedua sehingga losyen menyerap sepenuhnya pada kulit wajah. Kesannya kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan licin. Losyen juga boleh disapu pada leher, mahupun pada bahagian kulit kering yang lain seperti siku, lutut dan tapak kaki.

Tak Perlu Over, Raya Di Rumah Sendiri Dengan ‘Make Up No Make Up Look’!

Ads

Keistimewaan Hada Labo Premium Whitening Lotion

Rutin ini dapat meningkatkan penyerapan, mengekalkan kelembapan dan mengecilkan pori wajah.Ia membuatkan kulit muka jadi halus mulus, licin dan solekan tahan lebih lama.Bahkan boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit wajah agar lebih berseri secara semula jadi walaupun tanpa mekap.

Bukan itu sahaja, Hada Labo Premium Whitening Lotion denganTranexamic Acid dan Hyaluronic Acid juga dapat menembusi secara mendalam, membantu mencegah bintik hitam dan menyerap lebih hidrasi untuk lebih berseri dan kulit lebih lembab.

Hyaluronic Acid berkuasa membawa lebih 600 kali air meresap ke dalam kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Kandungan Hyaluronic Acid dengan saiz molekul yang berbeza mampu menembusi secara mendalam setiap lapisan kulit.

Jadi buat wanita yang ingin mendapatkan kulit wajah cantik berseri secara semula jadi dan nak ‘Make Up No Make Up Look’ bila beraya di rumah sendiri, pastikan ‘Prep’ kulit wajah dahulu dengan Hada Labo Premium Whitening Lotion ini.

Tak Perlu Over, Raya Di Rumah Sendiri Dengan ‘Make Up No Make Up Look’!

Untuk maklumat lanjut layari:
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo
Instagram: hadalabomalaysia

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI