Pengorbanan dan kasih sayang mak pada anaknya sungguh tiada terbatas. Selama-lamanya selagi hayat dikandung badan. Sanggup menanggung kesakitan sejak kita dalam kandungan hingga saat melahirkan, membesarkan anak-anak tanpa rasa mengeluh walau sekalipun.Selayaknya syurga dibawah telapak kaki ibu.Doa seorang ibu itu tiada hijabnya. Sebagai anak, berusahalah menggembirakan dan menurutkan permintaan ibu dengan hati yang terbuka. Walaupun adakalanya, jiwa membentak tak setuju dengan pandangannya.

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah Luqman: Ayat 15

‘Kerana Ibu Ku Turutkan’ menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari tadi. Hos Siti Elizad dan co-hos, Amin Idris membincangkan lebih lanjut topik ini bersama tetamu jemputan Ustazah Asni Mansor (Pendakwah Bebas), Mark Adam, Elfira Loy dan ibunya, Puan Filzah Yusoff.

Pelbagai Cara Bahagiakan Orang Tua

Baru-baru ini Penyanyi dan Komposer, Mark Adam viral di media sosial. Ia susulan perkongsian video dia menghadiahkan set televisyen besar yang dibawa dari Kuala Lumpur untuk diberikan kepada ibunya yang berada di Filipina. Selain itu, penyanyi ini juga berbesar hati menghadiahkan sebuah banglo untuk keselesaan ibu tersayang.

Bagi Mark Adam, ada banyak cara untuk membuatkan orang tua kita bahagia.Tak semestinya perlukan harta benda dan duit pun, memadai beri kasih sayang, mendoakan dan berbakti kudrat pada mereka.Namun jika ada rezeki lebih tiada salahnya.

“Saya berniat nak membahagiakan mak sejak dari sekolah menengah iaitu membelikan rumah banglo buat mama.”

“Dalam dunia ini, ada benda yang kita boleh bagi tanpa memerlukan duit iaitu, kasih sayang dan doa.Teruskan berdoa pada orang-orang yang kita sayang, tak perlu duit pun ada banyak cara untuk buat orang tua kita bahagia,” kata Mark Adam.

“Tak Perlu Duit Pun Untuk Buat Orang Tua Kita Bahagia” Mark Adam

Pandangan Ustazah Asni Mansor pula, setiap anak perlu berbuat baik pada ibu bapa dan jaga kebajikan mereka.Dulu kita dijaga, sekarang kita menjaga. Jika ada perkara yang tidak bersetuju,perlu berbincang antara mak dan anak. Kerana ibu-ibu ni kata-kata baiknya maqbul, kata buruknya mustajab.

Sebagai anak, doa banyak-banyak dan usahakan untuk bagi mak suka, kerana hati manusia itu berbolak balik.Untuk anak terus doakan buat ibu bapa, buat sehabis baik, selagi mak ayah yang masih ada.

Mak ayah leburkan lah ego pada anak-anak, kerana merekalah harta kita, doa mereka lah yang diharapkan selepas kita meninggal dunia.

“Tak Perlu Duit Pun Untuk Buat Orang Tua Kita Bahagia” Mark Adam

Banyak lagi, pengajaran menarik yang dikongsikan dalam topik ini. Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.

#Mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI