Selepas kena cerai ramai akan blur terpaksa berdepan dengan masalah yang tak nampak jalan hidup. Sedih tak payah cerita, kejap-kejap nangis, atau mungkin bertukar jadi pemarah. Tambah pula wanita yang diceraikan oleh suami yang curang. Memang makan hati.
Jangan hanyut dengan musibah yang datang sebaliknya bina kembali kekuatan diri. Buktikan pada orang anda boleh bina hidup baru dan bahagia. Minggu ini, kami berkongsi tip untuk anda kembali hebat dan bersinar. Ayuh! Bergerak ke arah positif. Mulakan hidup baru dengan gembira! Boleh kongsi tip ini dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang anda sayang…
1. Buka Minda Dan Kembali Pada Ilahi
Tak perlulah salahkan mana-mana pihak, belajar telan ujian yang Allah bagi. Mungkin rasa kelat tetapi eloklah terima segala ujian dengan hati yang terbuka. Anda mesti berlapang dada dan bersikap rasional, dengan cara ini barulah anda mendapat kekuatan dan menangani masalah dengan tenang. Audit kesilapan diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik.
2. Berganjak Dari Tempat Yang Sama
Depresi biasanya berlaku apabila anda terikat dengan jadual kerja yang padat dan terperangkap dalam masalah terutama kisah silam. Usah sayang untuk melaburkan sedikit wang agar anda dapat bercuti ke lokasi menarik. Percutian adalah terapi yang dapat merawat minda, rohani dan tubuh anda.
Ads
3. Buat Benda Baru
Haaa… berani tak panjat bukit bagai? Atau ambil peluang jenguk dunia luar. Ya, inilah masanya! Tahu tak, rutin yang sama akan membuatkan anda cepat bosan. Pecahkan tradisi hidup dengan mencuba perkara baru yang menyeronokkan. Cari aktiviti atau hobi yang anda minat atau luar biasa.
4. Bersantai Dengan Keluarga
Jika dulu masa ada suami, anda terikat dengan tanggung jawab sehingga jarang dapat melawat keluarga di kampug. Ini masa terbaik untuk tebus balik. Luangkan masa berkualiti dengan keluarga Keletah dan gelagat mereka pasti membuatkan anda terhibur. Malah ada petua yang mengatakan, apabila anda memeluk anak-anak dan ibu, anda akan berasa lebih tenang dan gembira.
Ads
5. Lebihkan Masa Dengan Teman
Tak payahlah nak menung dalam bilik sangat, elok ambil masa keluar jalan-jalan. Selain keluarga, teman-teman baik menjadi kekuatan anda. Perkongsian dengan teman baik sedikit sebanyak memberi motivasi dan meringankan beban yang anda tanggung.
6. Beri Ganjaran Untuk Diri
Buat apa simmpan duit, elok gembirakan hati dengan dapatkan ganjaran setelah penat berhempas pulas dalam mencari rezeki. Kita selalu mengutamakan keperluan orang yang disayang sehingga tanpa disedari kita mengabaikan diri. Sebelum kita menghiburkan orang atau memberi ganjaran pada insan lain, lakukan dahulu pada diri sendiri. Orang yang bahagia akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang di sekeliling.
Ads
7. Bersenam
Sesetengah orang… makin stres, makin banyak makan! Inilah salah, apa kata anda bersenam. Senaman secara rutin bukan sahaja membuatkan tubuh lebih fit dan potongan badan menarik malah ini juga membantu meningkatkan tahap kesihatan. Paling menarik, senaman dapat menghilangkan tekanan. Segala tekanan dan bebanan dilepaskan menerusi aktiviti fizikal, hasilnya kita akan lebih gembira.
8. Belai Tubuh & Wajah
Ada orang kalau bagi idea ini, katanya SAYANG duit! Tetapi apa salahnya sesekali belanja diri anda dengan perawatan wajah dan tubuh di spa. Rawatan istimewa ini akan membuatkan tubuh dan minda lebih relaks. Urutan juga dikatakan dapat menghilangkan lenguh badan, melancar perjalanan darah dan membuatkan anda lebih ceria serta bertenaga.
Pilihan di tangan anda, moga anda mampu memilih jalan terbaik untuk gembirakan hati sendiri demi masa depan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanyalah mana-mana isteri, apa yang dilakukan dan setiap pengorbanan adalah untuk keluarga. Dia sakit dan tak larat pun sanggup bergagah untuk memastikan keluarga dapat kesenangan dan mampu diuruskan dengan baik.
Bangun seawal pagi, menyiapkan sarapan, uruskan makan minum dan bersiap ke tempat kerja. Balik ke rumah, mula bersingsing lengan untuk sediakan makan malam, selesaikan kerja-kerja melipat baju, mengajar anak dan banyak lagilah.
Ini belum lagi termasuk alahan semasa mengandung, kesakitan melahirkan anak dan banyak lagilah. Rasanya mampu tak suami buat semua ini.
Inilah yang diperkatakan oleh Anis Afiqah tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu. Para suami kena hayati betul-betul yer.
Orang perempuan ni kalau nak berkira macam-macam dia boleh berkira.
Dialah yang menerima segala alahan ketika mengandung sampai lembik badannya. Dialah yang menerima berat badan yang meningkat semasa hamil. Dialah yang menerima tanda-tanda stretchmarks selepas bersalin.
Dialah yang menerima kesakitan ketika melahirkan. Berapa jam dia menahan sakit contractions? Tapi dia tahan. Dialah yang menerima kesakitan ketika dijahit hidup-hidup.
Dialah yang menerima sakit berpantang, sakit rengat dan pelbagai sakit lagi. Tak campur lagi anak menangis, berjaga malam dan sebagainya.
Dialah yang menjaga anak-anak, yang menyusu anak, dialah yang mandikan anak, yang menidurkan anak. Anak merap, dialah yang pujuk. Dialah memasak, dialah mengemas, dialah yang membasuh pakaian.
Suami bila balik dia tak rasa apa sebab semua telah diselesaikan sebelum dia balik.
Sebab tu saya cakap, perempuan kalau nak berkira macam² dia boleh berkira. Tapi dia tidak. Dia senyap dan buat kerjanya.
Apalah sangat pengorbanan isteri dengan masa yang kita (suami) korbankan untuk mereka?
MW: Itulah seorang isteri dan seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tersayang.
Tak sangka masih wujud manusia kanibal di dunia ini, yang ‘berselera’ makan daging manusia malah melibatkan pasangan suami isteri!
Sukar untuk dipercayai, begitulah ungkapan yang sesuai mengenai pasangan suami isteri kanibal yang didakwa membunuh 20 wanita untuk dijadikan sebagai santapan mereka.
Juan Carlos dan isterinya, Patricia masing-masing mengaku terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.
Lelaki itu dikatakan mempunyai perasaan benci yang melampau terhadap kaum wanita dan gemar menyeksa mereka secara seksual sehingga mati.Lebih teruk, mangsa yang dibunuh dengan tergamaknya mereka akan jadikan sebagai makanan anjing peliharaannya.
“Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka hidup dan bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya,” ujar Juan sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Hidap Masalah Mental Sejak Kecil
Juan turut mendedahkan dia dipaksa menonton aksi seks ibunya bersama beberapa lelaki dan diarahkan memakai pakaian wanita, suatu ketika dahulu.Penyiksaan itu dikatakan menjadi antara penyebab kenapa dia begitu membenci wanita sehingga sanggup membunuh mereka.
Selain Juan, isterinya, Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.Namun, pakar psikiatri mendakwa, pasangan itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah, sekali gus menolak pengecualian hukuman atas sebab kesihatan mental.
Menurut pegawai psikiatri, Juan turut mendedahkan yang dia akan berterusan membunuh wanita jika dia dibebaskan dari penjara.
Sementara ittu, Ketua Polis Mexico, Alejandro Gomez menyifatkan pembunuhan bersiri yang dilakukan pasangan itu sebagai sesuatu yang menakutkan. Dalam satu pendedahan berlainan, Patricia juga dikatakan pernah memberi arahan supaya Juan memotong kaki mangsa wanita untuk dijadikan sebagai hidangan stik yang dimakan oleh mereka berdua.
Macam-macam hal dan masalah ada di dunia ini. Cukup menakutkan. Semoga kita terhindar daripada segala musibah dan ancaman sebegini.
Sekarang ini, hand sanitizer seperti menjadi keperluan yang wajib di bawa ke mana-mana. Mesti kena ada dalam beg untuk kegunaan semasa di luar rumah. Begitu juga, bila anak dah mula persekolahan, memang kena bekalkan untuk mereka.
Biasanya, mak-mak akan berikan hand sanitizer jenis spray dan tak kurang juga yang lebih suka dengan jenis gel pada anak-anak untuk jaga kebersihan. Malah, guru pun turut menyarankan untuk bawa ke sekolah. Penting untuk jaga kebersihan diri.
Namun, kegunaan hand sanitizer ini bukan untuk anak-anak ambil perluang bermain-main mahu pun dijadikan alat untuk bergurau. Lebih-lebih lagi hand sanitizer jenis spray. Bagi anak-anak, dianggap itu tidak bahaya dan seronok bergurau dengan kawan-kawan.
Hakikatnya, kita tak tahu apa kesan kalau tertelan atau termasuk dalam mulut. Inilah yang berlaku pada Amamr Harraz, 7 tahun, anak sulung Siti Zubaidah Mahamad yang dikongsikan dalam Facebooknya. Boleh dijadikan pengajaran.
Walaupun, doktor mengatakan ia berpunyai daripada keracunana makanan tapi, ‘instinct’ ibu tetap mengatakan puncanya daripada hand sanitizer, daripada apa yang diceritakan oleh anaknya.
Lebih kurang jam 1.00 pagi, Abang Harraz mula muntah-muntah dan tak berhenti. Bila mama sapukan minyak angin pada perut, dia mengadu sakit.
“Setiap selang 5 minit, dia muntah sehingga satu tahap, dia muntah keluar angin sahaja. Jam 2.30 pagi, kami ambil keputusan untuk bawa ke hospital sebab dia kelihatan cukup penat. Pada jam 3.30 pagi, terus di bawa ke pusat Kecemasan HUKM dan dia muntah tak berhenti-henti, walaupun sudah diberi air garam.Jadi, doktor ambil keputusan untuk on drip.
“Bila ambil ujian darah, dapati sel darah putih agak tinggi dan doktor suspek anak ada jangkitan kuman. Anak kena buat x ray pula untuk tengok keadaan paru-paru dia. Selepas jam 6 pagi, barulah dimasukkan ke dalam wad.
“Apa yang doktor beritahu, kemungkinan Harraz keracunan makanan dan doktor bagi cadangan supaya anak bawa bekal ke sekolah. Tapi, sebenarnya tak pasti Harraz makan apa yang boleh menjadi punca keracunan makanan.
Cerita Susulan….
Semasa di hospital, Harraz menangis nak balik. Jadi, mama ajak borak-borak tentang perkara yang paling dia suka masa di sekolah.
“Jadi, dia cerita perasaan seronok ke sekolah sehinggalah saya rasa inilah penyebab ‘keracunan’ dan bukannya keracunan makanan. Bukan FOOD POISONING tapi the REAL penyebab POISONING..
“Nak tau apa? Sanitizer jenis spray!!
“Dia cerita kawan dia main spray-spray sanitizer dekat muka. Bukan sekali tapi banyak kali. Jadi dia tutup mata dengan tangan tapi mulut terbuka dan dia TELAN cecair sanitizer tu masuk mulut. Mama speechless dan ras mungkin inilah punca dia muntah-muntah.
“Betul! Kanak-kanak memang tidak tahu bahaya sanitizer ini. Dia rasa semua benda boleh dibut main. Kalau dia tak bercerita tentang ini, sampai sudah saya ingat dia food poisoning..
“Saya turut bercerita dengna doktor pakar kanak-kanak, doktor pun geleng kepala dan beritahu kemungkinan inilah punca dia muntah-muntah dan cirtit birit.
Jadi, pengajaran di sini mak dan ayah kena ajar bahaya sanitizer pada anak-anak. Jadikan kisah ini sebagai amaran dan pengajaran buat kita.
Walaupun doktor tidak beritahu dan pastikan yang hand sanitizer ini menjadi puna utama Harraz muntah dan cirit tapi kita sebagai mak ayah boleh ambil langkah awal untuk berhati-hati dan sebagai langkah keselamatan anak kita.
Doktor ada bagitau, banyak kemungkinan, boleh jadi keracunan makanan atau keracunan disebabkan hand ssanitizer. Jika bukan sebab hand sanitizer pun, saya tetap rasa ia sangat bahaya.
MW: Kadang-kadang anak ni tak tahu bahaya atau tidak dan ingat boleh dibuat main-main. Jadi, mak ayah kena ajar dan beritahu anak.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...