Tak Perlu Bawa Dompet, Lelaki Pasang Implan Cip Kad Bank Di Tangan! Macam-macam cara untuk memudahkan urusan harian dalam membuat pembayaran. Malah tak perlu bawa dompet pun, guna tangan je.
Seorang lelaki menjadi individu pertama di Britain yang mendapatkan implan mikrocip beserta kad bank di bawah kulitnya supaya dia boleh membuat pembayaran menggunakan tangan, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Arnie Szoke, 40, membelanjakan £350 (RM1,877) untuk mendapatkan implan itu di Jerman.
Bayar Dengan Tangan
Szoke yang bekerja sebagai pembantu kesihatan bersama agensi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, juruwang dan pelanggan lain di kedai terkejut melihat cara dia membuat bayaran.
“Orang ramai bertanya bagaimana saya boleh membayar dengan tangan saya. Implan itu kelihatan hebat, tetapi isteri saya tidak mahu memilikinya,” katanya.
Ads
Guna Teknologi Kad Tanpa Sentuh
Mikrocip itu menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet yang memindahkan data kepada alat pengesan.
Pakar bedah membelah bahagian sisi tangan untuk meletakkan cip keselamatan bersaiz pin yang berukuran setebal setengah milimeter sebelum menjahitnya semula dalam masa lima minit.
Ads
“Cara menggunakan cip itu memerlukan sedikit pembelajaran. Ia seperti kad biasa tetapi anda perlu lebih tepat dengan kawasan yang perlu disentuh.
“Ini bermakna saya tidak perlu membawa dompet sepanjang masa. Kali terkahir saya menggunakan wang tunai, sebanyak £40 (RM214) telah hilang bersama pas kerja saya,” jelasnya.
Cip berharga £220 (RM1,179) itu dibina oleh syarikat British-Poland, Walletmor. Ia akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa dan Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (RM696) pada 2029.
Warga Emas Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik, Persediaan Banjir Musim Tengkujuh!Pelbagai persiapan awal boleh dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir, musim tengkujuh yang diramalkan bermula pertengahan November ini.
Seorang warga emas di Kampung Tebak, di sini menggunakan kreativiti sendiri membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan menghadapi banjir yang sering melanda kawasan tersebut setiap kali musim tengkujuh.
A Bakar Che Ahmad, 67, berkata, sebanyak 69 biji tong plastik digunakan sebagai pelampung bagi memastikan rumah yang mempunyai lima bilik tersebut terapung dan tidak ditenggelami air.
“Saban tahun, kawasan ini sentiasa banjir dengan kedalaman air melebihi empat meter, jadi saya ambil keputusan bina rumah terapung ini sebagai persediaan awal untuk sebarang kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Menurut A Bakar, kejayaannya membina sebuah reban ayam terapung bagi menyelamatkan 60 ekor ayam denak pada tahun 2018 dijadikan inspirasi untuk menyiapkan rumah baharu tersebut.
Bapa kepada tujuh anak itu berkata, rumah terapung berkenaan mula dibina pada Februari lalu dan siap sepenuhnya bulan lepas dengan kos keseluruhan berjumlah kira-kira RM47,000.
Walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan, A Bakar tetap berusaha menyiapkan rumah itu sendiri mengikut rekaan seperti yang digambarkan.
Katanya, dua tiang besi turut diletakkan di kiri dan kanan bagi membolehkan ia diikat pada rumah supaya kediaman terbabit kukuh serta tidak dihanyutkan arus banjir.
“Saya tinggal di sini bersama isteri dan dua anak, rumah lama dibina dua tingkat memang sering dinaiki air jadi saya buat rumah ini di sebelah.
“Rumah terapung ini masih di peringkat percubaan sebab baru siap, saya harap ia dapat terapung dengan baik ketika banjir nanti,” katanya.
Mingguan Wanita:Tahniah buat warga emas ini atas persediaan dan persiapan dalam menghadapi musim tengkujuh dan banjir yang bakal tiba. Berusaha sehabis baik, bersedia dalam menghadapi musim banjir nanti walaupun menghabiskan kos puluhan ribu.
Isteri Kemas Rumah Buang Baju Lama, Padah Suami Sorok Duit, RM45,417 Terbuang!. Perkara penting seperti bab simpan duit ni, tak perlulah nak disorokkan dan rahsiakan daripada isteri. Kelak diri sendiri juga yang rugi nanti.
Seorang lelaki di Singapura ‘berputih mata’ apabila koleksi berharga wang kertas bernilai SGD14,000 (RM45,417) yang disorok dalam poket baju lama apabila isterinya membuang pakaian tersebut semasa mengemas kediaman mereka, lapor portal berita Mothership semalam.
Lelaki dikenali sebagai Zhuo itu berkata, dia mengumpul koleksi wang kertas nominasi SGD1,000 (RM3,244) selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menghentikan pengeluarannya pada 2021.
“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah kepada koleksi saya.
“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya.
Tambah Zhuo, insiden itu berlaku apabila isterinya mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk, lama dan tidak dipakai atau digunakan.
“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas SGD1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” ujarnya.
Zhuo telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang kertasnya, namun sedar bahawa peluang untuk kembali menemuinya sangat tipis.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Sedih & kecewa bila anak muda Melayu Islam bertudung litup sambut pesta Halloween. Menerusi perkongsian di akaun Facebook, Ustazah Asma’ Harun lahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir umat Islam yang menyambut pesta Halloween.
Bersetuju dengan pandangan Ustazah Asma’ pesta Halloween yang disambut secara besar-besaran bagaikan tanda bencana umah akhir zaman.
Menjadi kerisauan kita sebagai orang Islam apabila pesta Halloween menjadi satu budaya yang dinormalisasikan.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Halloween adalah haram di sisi Islam kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.
Semoga penerangan dari Ustazah Asma’ ini bermanfaat buat semua terutama golongan muda.
“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah menjadi suatu budaya yang sedang dinormalisasikan.
“Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri, sudah mula tular di media sosial gambar-gambar anak muda Melayu Islam yang bertudung litup turut menyambut pesta ini. Allahuakbar.
“Mengapa pesta Halloween ini tidak boleh disambut oleh orang Islam?
🔸 Halloween adalah perayaan sebahagian daripada penganut Kristian yang dirayakan setiap kali tibanya 31 Oktober. Bagi mereka ia bertujuan untuk memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints) dan pejuang-pejuang agama (martyrs) dalam kalangan orang Kristian.
🔸 Halloween berasal daripada istilah All Hallow’s Eve iaitu malam sebelum all hallow yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.
🔸 Perayaan Halloween juga asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno, ia berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.
🔸 Hari ini, Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh pergi rumah ke rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram.
Di dalam Islam ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah Islam yang sebenar, bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Quran.
HUKUM MENYAMBUT HALLOWEEN
Hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. Rasulullah SAW juga telah melarang umat Islam menyerupai kaum kafir.
Daripada Rasulullah SAW Ibn Umar r.a.,berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah SAW: sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.
(HR Abu Daud, hadis hasan)
Berdasarkan hadis di atas, seorang Muslim itu dilarang untuk berkelakuan, meniru gaya atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Jemput klik artikel penuh daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan untuk pembacaan lanjut 👇🏻
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim)
*Dhob – biawak padang pasir
Sahabat semua,
Kita amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam. Dan yang cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama merayakannya. 😢
Pesta sebegini bukan sahaja dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang kafir, tetapi juga kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat yang tidak terkawal dalam kalangan mereka yang menyambutnya.
DUHAI PEMIMPIN ISLAM, LAKUKANLAH SESUATU
Tugas sebagai seorang pemimpin amat besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.
Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya MENYATAKAN BANTAHAN DAN KETIDAKSETUJUAN TERHADAP APA-APA JUA ACARA YANG MELIBATKAN MAKSIAT DAN HIBURAN MELAMPAU, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini.
Semoga Allah SWT sentiasa membimbing para pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman.
Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan. 🤲🏻