Bila badan berisi ni, macam-macam orang ‘gelar’ kat kita kan. Lebih teruk orang panggil makcik, sedangkan kalau nak dikira usia kita mungkin lebih muda daripada dia. Kadang-kadang kita hanya mampu pekak telinga sahaja walaupun dalam hati tak seorang pun tahu.

Memanglah kalau tengok badan berisi nampak comel ajekan terutamanya anak kecil. Tapi, kalau dah berusia, faham-faham sendirilah. Kadang-kadang tu, siapa ada gelaran lagi. Sedihkan.

Sebenarnya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau nak kurus, kenalah mulakan dari sekarang dan paling penting istiqamah.

Jangan hanya buat sekerat jalan, itu pun masa awal-awal bila orang panggil makcik. Sentap sekejap lepas tu, makan tak ingat dunia.

Perkongsian daripada Nur Salsabiila Mohammad Sofian, 30 tahun, boleh menyuntik semangat buat pembaca di luar sana. Dia hanya mengambil masa selama 6 bulan untuk ‘berhijrah’ dengan menerapkan pemakanan sihat untuk turunkan berat badan. Hasilnya, lihatlah sendiri. Macam pelajar sekolah pun ada.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dietitian Ini Syorkan Kuantiti Protein Boleh Diambil Tanpa Bahayakan Kesihatan Badan

Overnight Oats TAK PERLU Letak Banyak Jenis Buah. Itulah Jadi Pemusnah Diet

Info Lebih Menarik DI SINI

Tak Lagi Orang Panggil Makcik 

“Saya memulakan ‘hijrah’ untuk turunkan berat badan pada 1/6/2020. Kalau dikira, sudah lebih 190 hari saya berhijrah. Malah, tiada yang lebih menggembirakan saya , inilah hadiah yang terbaik sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 30 tahun.

GENAP 30 TAHUN
Setelah sekian lama berfikir-fikir, apakah hadiah yang terbaik untuk dijadikan hadiah kepada diri sendiri.

Setelah berkira-kira apakah hadiah paling istimewa untuk dihadiahkan kepada diri sendiri sempena ulang tahun ke 30.

Akhirnya, dapat jawapan.

1. Nak hadiahkan diri badan yang tak ada orang panggil makcik.
2. Hadiahkan diri badan yang bebas obesiti setelah sekian lama jadi obese.
3. Nak hadiahkan diri kehidupan yang baru dan bermakna.
4. Bagi hadiahkan diri perasaan yakin dan rasa diri presentable.
5. Malah, nak hadiahkan diri perasaan gembira bila beli baju terus cantik selesa dipakai.

Alhamdullillah, hari ini, dapat hadiahkan diri hadiah-hadiah ini.

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Inilah hadiah yang orang lain takkan mampu bagi. Hadiah yang hanya diri sendiri sahaja yang mampu bagi. Tiada jalan mudah mahu pun jalan pintas atau produk cair lemak.

IKLAN

TIADA.

Hanya yang ada ialah bekalan ilmu, semangat dan motivasi dari yang telah berjaya, keazaman dan kesungguhan sendiri.

Sepanjang jalan, pelbagai ujian yang datang. Jatuh, tergolek, tersadung, bangkitlah semula.

Hanyut, lemas, karam itu biasa. Koyak, patah, rabak itulah fitrahnya.Tarik nafas, bangun semula dan berenang semula.

Tiada siapa yang mampu menyelamatkan diri kita melainkan diri kita sendiri. Kerana ini adalah hijrah, ini adalah jihad, jadi pastinya ia tak mudah.

Andai mudah, 100% rakyat Malaysia kurus, halus, runcing, ramping, langsing semuanya.

Ingatlah, kita tak berlumba dengan sesiapa. Kita hanya berlumba dengan diri kita sendiri untuk jadi diri kita yang lebih baik, sihat dan lebih cantik.

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Berisi Bukan Tanda Gembira

“Sebenarnya, berat badan berlebihan bukan tanda gembira. Boroi bukan tanda bahagia. Berat badan berlebihan dan boroi adalah tanda obesiti yang boleh mengundang pelbagai penyakit kronik.

IKLAN

“Saya bermula dengan berat 74.5 kg dengan BMI 33. Saya tak timbang berat terkini sebab berat saya dah statik hampir dua bulan.

“Bagi mengelakkan diri saya dari down, saya memilih untuk tidak mengetahui berat terkini. Saya dah lama tak timbang dan tidak menjadikan angka di penimbang sebagai target hijrah saya.

“Saya lebih selesa dengan mengukur penurunan berat menggunakan baju-baju yang ketat tiba-tiba dah muat. Ingin saya kongsikan di sini, usah terlalu taksub dengan angka di penimbang. Lebih baik untuk jadikan baju yang dulu dikatakan mengecut tiba-tiba dah muat sebagai ukuran.

Alhamdullillah, terlalu banyak perubahan yang positif yang saya rasakan. Antara perubahan ketara ialah apabila badan lebih ringan, rasa lebih mudah bergerak. Rasa lebih rajin nak bangun, nak berjalan, main dengan anak. Hidup lebih aktif. Lebih gemar bersukan dan bersenam. Kalau sebelum ini rasa berat dan lemau je. Tidak dinafikan, bila kita berjaya turunkan berat, kita akan rasa lebih yakin dengan diri kita.

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Faham Ilmu Pemakanan

“Saya mengambil masa beberapa minggu untuk membaca dan memahami tentang ilmu pemakanan. Ramai yang ke laut bila ilmu tak mantap. Kena baca dulu dan buat kajian dulu. Baca pengalaman orang yang dah berjaya.

Faham dulu. Bila dah baca, tak faham, baru bertanya. Ramai yang tak suka membaca. Tapi nak kurus. Kalau membaca pun dah malas. Nak kurus lagi lah malas sebab lagi susah.

Di samping itu, perlu rajin untuk baca label makanan juga. Setiap yang tercatat di label makanan ada sebabnya. Bagi menjalani kehidupan yang sihat, kita perlukan maklumat setiap makanan yang masuk ke mulut kita. Kita kena menjadi lebih teliti dan berkira tentang apa yang akan kita masukkan ke dalam badan kita. Eat like you love your body.

“Saya sendiri sangat suka pencuci mulut seperti brownies, creampuffs, kek Pandan Gula Melaka. Boleh kata semua pencuci mulut adalah makanan kegemaran saya. Dahulu saya boleh habiskan sekotak brownies 9×9 seorang diri. Sangat suka brownies.

IKLAN

“Alhamdullillah, hari ini, dapat rasa sepotong dua dah cukup untuk melepaskan teringin. Sejujurnya amat sukar untuk mendidik nafsu ini. Hingga hari ini saya masih berjuang menjinakkan nafsu makan kerana saya memang suka masak, suka makan dan sangat menghargai makanan. Sangat terkilan dengan pembaziran.

“Sebelum ini, saya selalu jadi penghabis makanan. Makanan tak habis semua diberi kepada saya. Sekarang saya hanya masak cukup-cukup, kalau beli pun beli cukup-cukup sahaja. Bagi mengelakkan keterpaksaan untuk habiskan makanan yang berlebihan.

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Tip Daripada Salsabiila

1. Saya bukan berdiet tetapi saya hijrah keseluruhan gaya hidup saya. Cara masak, makan, fikir dan cara membeli bahan dapur. Hijrah keseluruhan. In kerana diet biasanya bermusim. Habis diet nanti membelon semula.
2. Untuk hijrah ni kita sangat perlu doa Allah hidayahkan kita ilmu dan kekuatan untuk hijrah. Semua orang tahu apa yang sihat dan tidak. Tetapi tak semua mampu untuk memilih yang sihat dan meninggalkan yang tidak sihat.
3. Hijrah ini adalah demi menjaga dan mensyukuri nikmat kesihatan yang dikurnia Allah.
4. Pesanan ikhlas untuk wanita Muslimah yang selama ini obese dan sekarang dah dapat pinggang kerengga, jagalah aurat. Allah dah bagi badan baru yang sihat, bukanlah untuk ditayang. Aurat tetap wajib dipelihara. Usah menagih likes dan komen melambung ke angkasa dari manusia. Kerana kita semua akan kembali kepada Pencipta. Lagi kurus lagi kena tutup aurat sebab kita hanya perlu cantik di mata Allah dan suami.
5. Semoga statistik obesiti di Malaysia dapat diturunkan dan rakyat Malaysia semuanya sihat walafiat

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

Selain itu, senaman selain Tabata, swimming, treadmill dan skipping, saya buat exercise yang saya cipta sendiri iaitu KATADA. Kejar Anak, Tangkap Anak, Dukung Anak.

Tiada tip rahsia, makan pun semua sedap-sedap.
Nasi Lemak atau nasi tomato, mahu pun nasi Minyak dan steak.

Makin makan makin kurus.

Saya tak makan apa-apa ubat kurus atau mengambil supplement.

Ramai jugak yang tanya berat berapa kan?

Berat awal 74.5kg.

Saya masih berjuang untuk BMI ideal. Masih jauh lagi perjalanan perjuangan ini.

Tak Mahu Lagi Orang Panggil ‘Makcik’, Inilah Hadiah Paling Istimewa Untuk Diri Sendiri

MW: Moga menjadi panduan buat wanita yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Menarik pesanannya, bagi yang sudah berjaya, bila dah kurus kena jaga aurat. Ingat tu!

Sumber: Nur Salsabiila

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI