Kalau ditinjau dapur mak-mak, memang penuh dengan alat perkakasan dapur. Macam-macam corak, bentuk dan jenis, ini belum lagi aneka kuali, periuk dan sebagainya. Sudip kayu, rasanya mesti setiap dapur mak-mak ada dengan alat ini.

Bukan setakat sudip kayu, ada juga mak-mak suka gunakan jenis besi, silikon dan warna yang pelbagai dan tentunya mak-mak gunakan mengikut kesesuaian dengan periuk memasak. Betul tak?

Malah, tak hairanlah ada mak-mak yang suka guna sudip satu jenis sahaja, baik memasak atau menggoreng sampaikan ada yang dah tak nampak ‘rupa’. Sebab sayang dan ‘sedap’ guna sudip ini.

Tak kisahlah apa bentuk jenis, corak atau warna senduk atau sudip pun. Tapi yang ingin ditekankan di sini adalah tentang sudip kayu yang biasa mak-mak gunakan. Hati-hati tiap kali mak gunakan. Boleh bahaya kan diri, malah bimbang kita sahaja turut terkesan kalau terjadi pada ahli keluarga kita.

Perkongsian daripada Nur Iffahain ini boelh dijadikan panduan buat mak-mak teutamanya yang suka menggunakan sudip kayu. Inilah yang dialami sendiri oleh dirinya. Malah, dia bersyukur kerana tidak berlaku pada anak-anaknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit

Rendam Semalaman Gel Pewangi Yang Kering, Esoknya Jadi Kembang, Masih Wangi

Info Lebih Menarik DI SINI

Bahaya Sudip Kayu

Selumbar dari sudip kayu. Sangat-sangat bahaya. Bagaimana rasa sakitnya yang bernyut-denyut.

Kejadian yang berlaku pada waktu petang. Ketika itu, dia tidak perasan selumbar yang sudah pecah dan terkeluar dam masuk dalam sambal yang dimasaknya.

Apabila makan hidangan tersebut, dia mula terasa sakit sebab selumbar telah tersangkut dalam tekak.

Malamnya tidak dapat tidur dan makin berdenyut-denyut. Memandangkan sakit yang tidak mampu ditahan-tahan, dia pergi ke hospital di bahagian kecemasan. Daripada pemeriksaan, doktor telah menjolok dalam tekak untuk melihat apa yang menyebabkan rasa sakit itu. Hasilnya tidak nampak apa-apa.

Oleh kerana masa pemeriksaan itu sudah lewat malam, doktor hanya memberi ubat tahan sakit dan meminta dia merujuk ke Klinik ENT keeseokkan harinya.

Keesokkan paginya, dia terus ke Klinik ENT dan berjaya membuang selumbar (masuk kamera) yang melekat pada tekak.

‘Tak Boleh Bayangkan Kalau Anak Yang Kena…’, Hati-Hati Guna Sudip Kayu

‘Tak Boleh Bayangkan Kalau Anak Yang Kena…’, Hati-Hati Guna Sudip Kayu

‘Tak Boleh Bayangkan Kalau Anak Yang Kena…’, Hati-Hati Guna Sudip Kayu

‘Tak Boleh Bayangkan Kalau Anak Yang Kena…’, Hati-Hati Guna Sudip Kayu

‘Tak Boleh Bayangkan Kalau Anak Yang Kena…’, Hati-Hati Guna Sudip Kayu

Pesanan

Hati-hati dengan sudip kayu. Dia bersyukur kerana dirinya yang kena bukan anak. Maklum sahaja, sudip inilah yang selalu dia gunakan untuk memasak menu kesukaan anak-anak.

Jadi, pesanan untuk mak-mak di luar sana:

1. Tak perlulah guna sudip kayu yang dibeli dengan harga murah sebab jelas ia memang tidak berkualiti.
2. Kalau dah lama guna, baik buang sahaja. jangan sayang nak buang.
3. Kalau nak memasak makanan untuk anak, tak perlulah guna sudip ini. Tak dapat bayangkan kalau anak yang kena nanti.
4. Alhamdulillah, semuanya dah selamat.

MW: Pesanan untuk diri sendiri juga. Kalau dah lama guna, buang sahaja, gantikan yang baru. Tak perlulah sayang nak buang. Kena fikir kesihatan dan kesihatan siri serta keluarga.

Sumber: Nur Iffahain

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI