Sesiapa saja baik suami, ibu ayah sendiri malah mentua serta majikan, kenalah memahami betapa sukarnya seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecilnya. Lagi-lagi ketika ibu dalam keadaan berpantang, kesukaran itu akan jadi berganda.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Maisarah Ismail ini, beliau mengungkapkan terdapat 11 episod kesukaran yang pasti ibu menyusu akan lalui. Semoga dengan perkongsian ini akan memudahkan suami ataupun yang dekat dengan ibu menyusu jadi lebih memahami
Adakah Anda Sanggup Terima
1: Bangun setiap 2 jam setiap malam untuk menyusukan baby bermula dari hari pertama kelahiran yang penuh episod suka/duka sehingga infinity and beyond.
2: Tidur mengiring sebelah side 30 minit or lebih atau duduk di kerusi memangku anak menyusu selama 30 minit atau lebih? Lebih tragis perlu lakukan sendirian sebab suami tidur mati!
3: Anak nak mengempeng dengan anda. Anak tak boleh diletak kan dalam baby cot atau atas tilam? Paling best, anda perlu lakukan sendiri sebab baby tak mau dengan suami atau orang lain. Datang pula manusia lain dengan advice negative.
4: Menepati jadual pump setiap 3 jam berdurasi 15 ke 20 minit sekali di tempat kerja untuk memastikan demand sentiasa ada tanpa skip session? Atau power pumping yang menelan masa sejam satu session sekurangnya seminggu sekali?
Ads
5: Breast bengkak sebab oversupply? Sehingga anda demam tahap makan tak lalu, breast panas berdenyut sampai berhari-hari? Suami buat derk (padahal suami tak tahu apa nak kena buat).
6: Badan lesu, muka pucat gara-gara keletihan bekerja, menyusukan anak , dan menguruskan rumah tangga? Sometime datang sakit kepala macam migraine tapi hanya boleh telan paracetemol sahaja sebab kau bf mom!
7: Berkuntau setiap pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja dan menyiapkan anak-anak ke tempat asuhan? Paling win bila suami jenis outstation or suami keluar lebih awal dari isteri gara-gara nak elak traffic jam! duduk pulak rumah kongsi bertingkat, bag-bag berderet nak kena hangkut..pergi kerja balik kerja semua buat sorang-sorang heh!
8: Anda jenis pekak kan telinga bisukan mulut keraskan hati boleh menerima pandangan sinis dari orang sekeliling termasuk mertua, keluarga, sahabat dan netizen.
Ads
9: Anda selalu lapar, makan tak henti, badan tak turun-turun sejak anak lahir (ada cara pemakanan yang betul untuk bf mom, tolong cari orang yang arif bukan main hentam je).
10: Support equipment breastfeeding gila mahal..breastpump, storage bag, storage bottle, storage bag, ice pack, nursing cover,nursing bra, nursing wear eh-eh, masuk milkbooster sekali sebab susu kurang!
11: And the list goes on and on mommies!
Ads
Ini hanyalah diantara situasi yang anda alami sebagai bf mom yang normal. Belum campur kes anak jaundice dalam pantang, emosi semasa dalam pantang, karenah anak-anak yang lain (jika ada), karenah si suami (kes isteri yang mahu bf sebab trend, kena pula suami jenis ikut suka kaulah bini, kau nak ko lead/tanggunglah). Majikan yang tak support, colleagues yang mulut celupar.
Belum campur bab parenting lagi.
So, welcome to the breastfeeding world mommies!
Sebab tu la saya cakap breastfeeding ni COMMITMENT, bukan trend
Seteruk mana sekali pun pasangan mak ayah, jangan aibkan mereka di media sosial kerana tak semua akan bersimpati dengan nasib yang menimpa diri kita. Lebih parah, mungkin sesetengah orang gembira melihat kesusahan dan kesedihan mak,ayah.
Oleh itu sebelum bertindak sedemikian, fikir dahulu sedalam-dalamnya. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Ikuti perkongsian Fareiza Arianna ini dan hadam baik-baik iya:
Seteruk Mana Pasangan Jangan Sekali Aibkan Di Media Sosial
Di zaman yang serba-serbi semua hendak up dekat media sosial ini, membuka aib pasangan macam sudah jadi satu trend. Jangankan selebriti, orang biasa pun sama. Ada sesetengah itu siap tag lagi pasangan mereka. Sungguh tak faham.
Wahai kawan-kawan, seteruk mana pun pasangan kita, jangan pernah kita buka aib mereka. Janganlah buka pekung sendiri di media sosial. Sebabnya, tak semua orang yang baca post kita itu akan bersimpati dengan kita.
Tak Semua Akan Bersimpati
Percayalah, ada segolongan manusia yang akan seronok tengok kita bersedih, bertepuk tangan melihat kita tak bahagia, menunggu masa saja untuk me’padanmuka’kan kita, dan tak kurang juga ada yang menyampah tengok kita yang sibuk mencanang keburukan pasangan sebab nak perhatian dan simpati saja.
Jadi, sebelum hendak buat sesuatu itu fikirlah kesan dan akibatnya dulu. Gunakan anugerah akal yang Allah beri dengan sebaiknya. Fikirkan perasaan dan kesan pada pasangan, tambahan pula kalau yang ada anak.
Fikirkan Juga Anak-anak
Apa kesan bila anak-anak sudah besar nanti, ada kawan-kawan yang mengata atau mengejek mereka disebabkan mak, ayah satu ketika dulu suka canang semua benda dekat facebook…
Pernah terfikir tak? Nampak macam simple saja, benda post boleh delete tapi bak kata orang, kalau dah delete pun, the damage has been done.
Kalau tengah marah, elaklah diri daripada buka media sosial. Tenangkan diri. Apa saja perasaan yang datang masa itu tak kiralah marah ke sedih atau kecewa ke, luahkanlah pada Allah, kerana hanya DIA sebaik-baik pendengar.
Ada masalah dengan pasangan, berbincanglah elok-elok. Elakkan bercerita dengan orang sembarangan. Zaman sekarang ni, kawan pun makan kawan.
Nak cerita sekali pun, biarlah hanya pada ahli keluarga sahaja atau rujuklah pada mereka yang bertauliah seperti pejabat agama jika masalah yang dihadapi itu terlalu serius.
Face your problems, don’t FACEBOOK them. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa menjaga lisan, lidah dan tulisan kita dari membicarakan keaiban manusia.
Mingguan Wanita : Setiap kali berdepan dengan masalah, jangan jadikan media sosial sebagai tempat luahan perasaan. Sebaiknya, cuba dapatkan orang yang boleh dipercayai dan minta nasihat mereka.
Isteri ini dia bukan saja buat-buat lupa, cuma bila fikirannya dah terlalu penat. Kadang tu sampai boleh jadi pelupa. Ini realiti ya wahai suami.
Jadi, janganlah senang-senang herdik atau perlekehkan isteri yang pelupa ini. Sebab suami yang SWEET dia akan bertenang dan layankan saja, tak ambil hati pun dengan pelupa isteri itu. Lagipun dia tahu, isterinya dah bersusah payah untuknya seharian suntuk.
Lucu sebenarnya kisah yang dikongsikan Firda Ashaary ini. Hadamkanlah ya mak ayah. Momen-momen sweet ginilah yang eratkan kasih sayang suami isteri sebenarnya.
Geram Pulak Bila Suami Tak Percaya Cakap Isteri..
“Ehh, pi mana pulak status aku save semalam ni?” bebel aku sendirian.
Kalut je aku scroll up, scroll down. Tak jumpa jugak. Ahh sudah. Macam mana boleh takda ni. Aku ingat lagi, aku ada save semalam.
Selalu memang begitu, aku akan tulis siap-siap untuk status pertama keesokan harinya. Sebab aku tahu dari pagi hingga melepasi tengahari, aku memang super bizi. Tak sempat nak karang spontan.
“Hawat Yang, cari apa?”
Mungkin dia tak tahan tengok muka isterinya yang berkerut-kerut sambil sibuk scroll henfon tu. Mulut pula tak berhenti dok ngomel sendirian.
“I rasa semalam, I dah save status I tulis untuk hari ni tapi takdak pulak.”
“Bilanya u create kisah tu?”
“Semalam lah lepas balik dari hantaq mak.” jawap aku yakin.
“Betoi ka? U yakin U dah tulis dan save?” dia dah mula jadi inspektor shahab.
“Yelah, takkan I lupa pulak. Selalu memang hari-hari I buat macam tu. Tulis malam ni, post esok.” aku jeling dia.
Geram pulak aku. Ingat aku tipu ke.
Rupanya Sendiri Yang Lupa.. Suami Pula Kena ‘Serang’
“Ohhh, betul jugak kan? Tapi I rasa semalam lepas balik hantaq mak, U lena. U bangun masa nak pi amek Kakak balik tusyen ja. Bila masa U karang?”
Bercantum kening aku mendengar. Biar betul.
“Ehhh? I tidoq awai ehh semalam? Ohhh, okay.” aku terangguk-angguk kepala.
“Maknanya semalam I lupa taip lah ehh?” aku buat blur sambil tersengih-sengih.
Cover line lah kan sebab tadi kemain konfiden benar. Biasalah dah namanya perempuan tu, mana mau nya mengaku salah.
Aduhai. Macam mana aku boleh lupa.
Encik Suami aku dah tergeleng sambil ketawa besar melihat kelakuan isterinya. Bertabahlah ye Yang. Isteri U ni kan memang suwett sangat.
Auch!
#SuffianSuffiya #KisahAku
Simptom mak-mak yang makin berleluasa sejak akhir-akhir ni.
Gambar sekadar hiasan.
Up sebelah jer, sebab sebelah lagi lupa nak snap..
MW : Bertabahlah ya encik Suami. Pelupa.. pelupa isteri pun, dia tak pernah lupa urus makan pakai suami, malah anak-anak pun terjaga baik.
Setiap tahun, Malika dan suaminya akan ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bagi Malika, tiada tempat seindah Tanah Suci Mekah, biar pun saban tahun ke sana, kerinduan tetap bertandang. Namun kali ini, mereka akan membawa sekali anak sulungnya, Firdaus yang merupakan anak “istimewa” iaitu masalah pembelajaran.
Tekad Bawa Anak
Selama ini, Malika dan suami selesa pergi berdua tanpa anak kerana bimbang akan keselamatannya anaknya yang sukar dikawal. Tetapi melihat kesungguhan Firdaus untuk ke sana, membuatkan naluri keibuannya tercuit, apatah lagi mereka berkemampuan. Atas nasihat seorang ustaz, mereka memberanikan diri dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Malika dan suami sedari awal mengikut pakej umrah, bagi mereka lebih senang bergerak dalam kumpulan kecil untuk ke mana-mana. Sebelum bertolak, Malika dan suaminya, Amran menceritakan keadaan sebenar Firdaus kepada pegawai pengiring agar mereka sentiasa peka dengan keadaan anak mereka.
Usai segala urusan, maka berangkatlah keluarga ini ke Tanah Suci. Suasana di Tanah Suci amat meriah, kali ini Malika dan ahli rombongan yang lain dapat menginap di hotel berdekatan dengan Masjidil Haram. Jadi, mereka tidak memerlukan banyak masa apabila tiba waktunya ketika ingin menunaikan solat.
Sejak kecil Firdaus memang jenis banyak bercakap, namun sejak tiba di Mekah dia jadi kurang bercakap. Kadang-kadang puas Malika dan Amran bertanya itu dan ini, Firdaus hanya selesa mengangguk dan menggeleng. Seolah-olah seperti ada seketul emas di dalam mulut hingga menyukarkan dia untuk bersuara.
Segalanya Dipermudahkan
Kebimbangan di hati Malika menjadi kurang apabila Amran menjelaskan anak mereka senang diuruskan sepanjang berada di Mekah. Maklumlah mereka tinggal di bilik berasingan, jadi Malika risau akan keadaan anaknya. Jelas Amran, Firdaus tidak perlu dikejutkan untuk bangun untuk solat Subuh. Tetapi Firdaus tidak mahu memegang tangannya ketika berjalan.
Hinggalah satu hari, usai solat isyak, Firdaus hilang dari pandangan mata. Jantung Malika hampir luruh apabila suaminya memberitahu yang Firdaus hilang. Berjujuran air mata Malika dan tidak terbendung perasaannya. Dalam kerisauan hatinya, dia memohon kepada Allah agar menyelamatkan anaknya.
Puas dicari, kelibat Firdaus langsung tiada. Setelah penat dan malam makin larut, pegawai pengiring menyarankan kami pulang ke hotel. Sebaik tiba di hotel, kelihatan Firdaus sedang menunggu Malika dan Amran di lobi hotel. Wajahnya tenang sekali. Rupa-rupanya setelah melihat bapanya seakan khusyuk berdoa, Firdaus ambil keputusan untuk pulang sendiri kerana dia terasa ingin ke tandas.
Ternyata kerisauan Malika terubat, biar pun anaknya cukup istimewa tetapi Allah terangkan hatinya untuk mengingati jalan pulang ke hotel. Jika selama ini Malika merasakan anaknya yang telah berusia 15 tahun tidak mampu berdikari, ternyata jangkaannya meleset.
Firdaus membuktikan dirinya mampu menguruskan diri dan Allah sentiasa ada untuk menjaga anaknya walau di mana berada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Che Ta pilih rahsiakan identiti bakal menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy, selamat bertunang dalam majlis sederhana yang penuh bermakna. Pelakon jelita itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah tunang anaknya demi menjaga privasi keluarga.