Sumber Foto: Instagram Mila Jirin

Di sebalik kejayaan wanita bertubuh genit, Mila Jirin ini sebenarnya banyak kesukaran yang terpaksa dilalui. Bergelar usahawan wanita bukanlah perkara mudah apatah lagi sebagai ketua tanggungjawab yang digalas cukup besar.

Tabahnya Mila Akui Tak Ada Pilihan Lain, Terpaksa Hutang Bank Bayar Gaji Pekerja

Tabahnya Mila Akui Tak Ada Pilihan Lain, Terpaksa Hutang Bank Bayar Gaji Pekerja

Menerusi perkongsian menerusi FB LIVE MINGGUAN WANITA, BANGKIT WANITA: KISAH INSPIRASI & SUKSES yang bersiaran setiap Isnin, jam 3 petang yang membincangkan Sanggup Tak Bergaji, Asalkan Pekerja Dapat Makan bersama Pengasas Bizmulla, Mila Jirin semalam, wanita yang juga mula dikenali sebagai anak seni ini meluahkan pelbagai pengalaman mengendalikan perniagaan sepanjang Pandemik Covid-19.

Mila Jirin Pernah Panik & Stres

Ibu kepada seorang anak ini juga mulai bicara ketika pengalaman pertama kali PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.

“Sewaktu awal PKP 1.0 tahun lalu, pertama kali kerajaan umum full lockdown, saya panik seperti mana orang lain. Malah saya merupakan antara yang stres dan panik kerana saya terlalu memikirkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Ketika itu juga saya sangat kelam kabut, saya jadi stress dan salahkan orang, pertikaikan itu ini.

Mula Reda & Pasrah

Tabahnya Mila Akui Tak Ada Pilihan Lain, Terpaksa Hutang Bank Bayar Gaji Pekerja

“Selepas itu banyak yang saya belajar dan ketika itu juga saya sudah mula reda dan pasrah. Kemudian saya muhasabah diri saya, seperti ada suara kecil berbisik pada diri saya ketika itu dan berkata sebenarnya saya sedang marah siapa? Covid-19 ni siapa yang wujudkan? Bukan pihak kerajaan, bukan manusia dan sebagainya. Ini ujian yang Allah turunkan kepada kita. Saya terus Istighfar dan muhasabah diri.

“Saya kena pasrah dan berusaha kerana tak boleh salahkan sesiapa. Cari jalan penyelesaian dan Allah pasti bantu kita Insyaalllah,” kongsi Mila yang begitu bersemangat waja dalam mempertahankan perniagaan yang dibina.

Terpaksa Gunakan Medium Media Sosial Untuk Bersuara

Perantara MW juga turut bertanya kepada Mila, di mana sewaktu awal pelaksanaan PKP 1.0 dahulu dan kemudian perniagaan Mila diuji lagi dengan pelaksanaan PKP 2.0 dan terkini 3,0. Diri usahawan wanita hebat ini dilihat antara selebriti yang lantang bersuara dan merungut di media sosial. Sebenarnya apa yang menjadi punca kepada Mila bertindak sedemikian?

“Perniagaan yang saya ceburi, sektor yang sangat terjejas iaitu sektor sosial, perkahwinan, katering dan pelancongan. Bila berlaku pandemik kebanyakan rakan-rakan dalam sektor ini tak ada hala tuju, input yang banyak saya terima dan ramai penguasaha seperti saya DM saya dan luakan permasalahan mereka.

“Saya terpaksa gunakan medium media sosial bukan saja untuk diri saya tetapi kepada mereka yang DM saya yang mempunyai masalah yang sama iaitu perniagaan mereka terjejas. Saya agak lantang bersuara pada waktu itu juga saya dikritik teruk, tetapi saya mahu membantu sahabat dalam industri, lupakan persaingan lebih kepada kita bersatu untuk sama-sama dapat bantu membantu.

IKLAN

“Ketika itu saya tak ada niat nak buat kecoh atau merungut, lebih kepada nak memberitahu keadaan yang berlaku pada waktu itu. Namun kini semuanya telah reda kerana sekarang ada banyak persatuan yang diwujudkan dan suara mereka boleh disalurkan menerima persatuan,” jawab Mila.

Tak Pernah Terfikir, Terpaksa Berhutang Bayar Gaji Pekerja

Dalam kemelut Pandemik Covid-19 ini, Mila akui banyak perkara yang tidak terlintas berlaku dalam dirinya. Antaranya dia terpaksa membuat pinjaman bank untuk membayar gaji pekerja.

“Kekuatan saya semestinya komitmen yang saya galas, menjadi ketua yang mempunyai ramai pekerja. Tak boleh fikir tentang diri kita. Boleh ambil keputusan drastik, boleh je shut down perniagaan.

“Tapi bila saya fikir dan renungkan ramai belakang saya. Pekerja nak berikan yang terbaik kepada majikan, apa yang saya sentiasa cakap pada diri saya, pertahankan bukan saja pada diri tapi pada mereka yang ada di belakang saya.

“Sebagai ketua tak boleh patah semangat. Kena sentiasa positif, agar pekerja smua bersemangat. Aura positif sangat bagus untuk kita bergerak. Macam di Bizmilla terpaksa buat pemotongan gaji, terpaksa, sebab selepas setahun lebih bagi memastikan semua orang dapat gaji dan bertahan. Ini fasa yang sangat getir saya sebagai seorang majikan.

“Malah perkara yang tak pernah lakukan, saya buat pinjaman bank untuk bayar gaji pekerja. Sebelum ini jika syarikat tak mampu bayar gaji, kita tak ambil ramai orang bekerja, Saya tak ada pilihan lain terpaksa berhutang untuk membayar gaji pekerja. Terpaksa lakukan ini, untuk memastikan semuanya mampu bertahan. Saya yakin Allah akan beri bantuan dalam pelbagai cara. InsyaAllah,” ungkap Mila sambil menahan sebak.

Tabahnya Mila Akui Tak Ada Pilihan Lain, Terpaksa Hutang Bank Bayar Gaji Pekerja

Sentiasa Ingat Pesan Suami

Ditanya antara pesanan orang tersayang yang paling diingati, ujar Mila, “Wanita di luar sana, orang perempuan ni cepat panik suka fikir itu ini, suami saya pesan satu perkara, jangan risau Allah dah aturkan yang terbaik buat kita. Ini ialah fasa yang Allah dah aturkan buat kita. Kita lalui dan ambil tindak, Doa tawakal dan usaha. Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita,” kata Mila yang sememangnya menjadi wanita inspirasi terbaik buat wanita-wanita lain.

IKLAN

#kisahinspirasisuksesmingguanwanita

Mingguan Wanita : Jangan lupa saksikan FB Mingguan Wanita Live Bangkit Wanita: Kisah Inspirasi & Sukses setiap Isnin pukul 3 petang.

 

 

Baca Disini Juga:

KIS Dedah Kisah Hidup Wanita Hati Kental, Hapuskan Air Mata Dan Terus Jalan

8 Amalan Dekati Dan Jiwai Al-Quran, Buatkan Rezeki Bisnes Wanita Ini Tidak Pernah Putus

IKLAN

Mila Jirin Jual Kek, Inisiatif Pastikan Pekerja Tak Hilang Punca Pendapatan

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Tabahnya Mila Akui Tak Ada Pilihan Lain, Terpaksa Hutang Bank Bayar Gaji Pekerja

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Tabahnya Mila Akui Tak Ada Pilihan Lain, Terpaksa Hutang Bank Bayar Gaji Pekerja

 

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI