“Kami tak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya hanya titipkan doa setiap kali dalam solat,” itu kata-kata terzahir dari bibir Datuk Yusof Haslam yang tidak pernah menyimpan dendam atau enggan memaafkan kesilapan anak lelakinya, Syamsul Yusof selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.
Memetik Harian Metro, Yusof berkata, dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga.
“Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun.
“Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan.
Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story miliknya.
Ads
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis.
Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof. Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah.
Ads
Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan.
Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.
Desas desus keretakan rumahtangga Fazura dan Fattah Amin nampaknya sudah terungkai apabila Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Memetik Berita Harian, sumber yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya kepada media.
Desas desus isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Ada netizen dilihat mempertahankan pasangan selebriti itu dengan menyatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan dalam gelanggang media sosial.
Ketika ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini, pada 22 Julai lalu, Fazura bagaimanapun menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.
Fazura dilapor menjelaskan, dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah andaian semata-mata. Fazura dilapor berkata, dia dan Fattah sepakat tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.
“Bukan setakat gambar bersama Fattah, malah gambar bersama anak, Fatima pun saya fikir panjang sebelum kongsi dalam media sosial.
“Jadi, kalau ada spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah, itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okay sahaja,” katanya.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Golongan wanita begitu aktif di dalam setiap lapangan termasuklah perniagaan. Mereka yang bergelar usahawan wanita terkenal dengan sikap yang gigih dan kental dalam merebut limpahan peluang perniagaan yang wujud pada hari ini.
Dalam menguruskan permintaan produk daripada pelanggan, usahawan wanita terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu memikirkan banyak aspek terutamanya dalam mengedarkan barangan mereka kepada pelanggan.
Usahawan wanita juga perlu fikirkan servis penghantaran yang bersesuaian agar pelanggan dapat menerima barangan dengan selamat dan tepat pada masa yang ditetapkan. Apatah lagi penghantaran barang juga perlu dihantar dengan pantas, lebih-lebih lagi untuk penghantaran jarak jauh. Malah, kos penghantaran pada kadar berpatutan juga amat dititikberatkan oleh usahawan supaya pelanggan tidak rasa terbeban dengan pecahan kos penghantaran dalam harga produk yang ditawarkan.
Setiap daripada usahawan wanita sebenarnya wajib mempunyai akaun perniagaan penghantaran khas daripada platform penghantaran yang efisien dan dipercayai seperti Lalamove agar dapat memudahkan proses menguruskan pesanan pelanggan.
Penghantaran akan menjadi lebih mudah kerana Lalamove juga menyediakan sokongan penghantaran pelbagai hentian untuk memenuhi jumlah penghantaran yang tinggi dalam masa yang singkat.
Bagi setiap wanita yang mengendalikan perniagaan PKS pastinya akan runsing bila perlu mengedarkan barangan berat dan pukal. Bagi melancarkan perjalanan perniagan, pemilik PKS perlu melabur dalam perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.
Lalamove juga menyediakan penghantaran pantas bagi menghantar barang kecil dan besar menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda, van, lori 10 kaki juga lori 20 kaki .
Berbeza daripada perkhidmatan kurier dan logistik yang tradisional, Lalamove tidak meletakkan syarat kontrak untuk mendapatkan perkhidmatan penghantarannya.
Ini kerana perniagaan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Lalamove hanya akan dicaj untuk setiap penghantaran berdasarkan jenis kenderaan, jarak dan penggunaan perkhidmatan tambahan, jika ada. Sememangnya harga yang ditawarkan juga mampu milik. Perkhidmatan yang ditawarkan juga bukan sekadar pada peniaga PKS namun juga untuk menghantar barangan peribadi.
Buat kawan wanita di luar sana, jangan risau jika anda punya komitmen dalam menjaga keluarga terutama mereka yang sudah bergelar isteri dan ibu. Ini kerana dengan menjadi rakan pemandu anda boleh menguruskan masa dan menjadi bos anda sendiri!
Banyak kelebihan yang ditawarkan sebagai rakan pemandu Lalamove. Antaranya anda mempunyai masa yang fleksibel dan boleh memperolehi pendapatan yang lumayan. Dalam keadaan ekonomi hari ini yang sangat mencabar sudah pasti golongan wanita mahu meningkatkan pendapatan keluarga. Dengan menjadi rakan pemandu Lalamove anda mampu menambah duit poket secara sambilan atau sepenuh masa.
Sememangnya rugi tidak ambil peluang ini! Menerusi Lalamove anda boleh mengambil kerja penghantaran pada bila-bila masa, tak kira hari.
-Warganegara Malaysia, berumur lebih 18 tahun, memiliki kenderaan
-Waktu kerja fleksibel, tiada kerja yang dipaksa
-Insurans kemalangan peribadi percuma untuk pemandu
-Mudah untuk mencari pendapatan tambahan
Bukan sukar untuk menjadi rakan pemandu. Daftarlah sebagai rakan pemandu Lalamove RAKAN PEMANDU LALAMOVE dan mula menjana pendapatan hari ini.
Pemilik PKS boleh muat turun aplikasi Lalamove serta mendaftar untuk akaun perniagaan dan buat pesanan hari ini. Anda juga boleh muat turun aplikasi Lalamove Driver dan menjadi rakan pemandu untuk menambah pendapatan. Untuk maklumat lanjut sila layari website LALAMOVE atau anda juga boleh ke FACEBOOK LALAMOVE atau INSTAGRAM LALAMOVE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis dihempap kayu balak, “rasa seperti mati hidup semula disaat organ dalaman saya hampir rosak. Diberi peluang kedua. Inilah perasaan dapat dikongsikan oleh seorang mangsa yang dihempap kayu balak ketika berhenti di satu persimpangan Persimpangan Bendahara, Gua Musang dalam kejadian 9 Julai lalu.
Di luar pemikiran akal, tragedi ditimpa kayu balak ketika berhenti di persimpangan adalah kejadian yang sangat ngeri buat dirinya. Alhamdulillah,Allah memberinya peluang kedua untuk menikmati kehidupan biarpun dalam tragedi ini organ dalamannya hampir rosak selain patah tulang rusuk.
Jelas Siti Norelyana Kamarulzaman, dirinya telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan.
Gadis berusia 21 tahun ini berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.
Memetik laporan Sinar Harian, dirinya sedar ramai menyangka dirinya sudah meninggal ketika tragedi ngeri itu berlaku.
“Bayangkan pada hari kejadian sehingga 7 Ogos lalu saya keluar dari HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ramai yang menyangka sudah meninggal dunia.
“Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, semua rakyat Malaysia serta tunang, ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah keluarganya di Paloh 3 di sini pada Isnin.
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mengimbau kembali kejadian tersebut katanya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan berhenti di lampu isyarat sebelum terdengar bunyi yang sangat kuat.
Ujarnya, dia melihat bagaimana kayu balak bergolek menerpa ke arahnya sehinggalah merasa kesakitan yang amat sangat namun masih sedarkan diri.
“Saya sedar apa yang berlaku walaupun tidak respon kepada orang sekeliling.
Saya hanya mampu menahan sakit dan mendengar orang sekeliling bercakap sehinggalah dibawa ke hospital.
“Sepanjang menerima rawatan juga saya sedar apa yang diborakkan oleh ahli keluarga serta doktor dan jururawat tetapi hanya mampu memberi tindak balas dengan menggerakkan anggota badan.
Siti Norelyana memberitahu, sehingga ke hari ini dia masih tidak percaya dapat berjalan serta pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama ahli keluarga seperti sebelumnya.
Dia sangat bersyukur malah berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang menerima rawatan di HRPZII.
Menurutnya, tunang, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, sanggup menunggu di hospital setiap hari walaupun dia dalam keadaan ditidurkan.
“Kami sepatutnya disatukan pada Disember ini, namun melihat keadaan saya begini ia mungkin terpaksa ditanggungkan ke tahun hadapan.
“Ini kerana sehingga sekarang saya masih berada dalam keadaan trauma terutama bila melihat lori balak, mendengar bunyi yang kuat serta masih bermimpi tentang kejadian tersebut.
Disebabkan itulah saya terpaksa tinggal di rumah kakak di sini (Paloh 3) kerana rumah ibu di Simpang Aring, Ciku 4 terletak di tepi jalan raya,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Miskalsom Domea, 59, memberitahu, bersyukur sehingga sukar untuk digambarkan keajaiban yang ALLAH berikan kepada anak perempuannya itu.
“Setiap hari hanya perkataan ‘kritikal’ yang keluar dari mulut doktor, sebagai ibu hanya doa yang mampu saya panjatkan lebih-lebih lagi ramai yang menyangka umur Siti Norelyana tidak panjang.
Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.
Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, trauma melihat anaknya dimasukkan lima pek darah dalam sejam serta ditidurkan masih tidak dapat dilupakan.
Namun katanya, fokus sekarang adalah meneruskan rawatan di HRPZII dua kali sebulan dan sama-sama berusaha menghilangkan trauma mereka sekeluarga.
Sinar Harian pada 9 Julai lalu melaporkan seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian mangsa, Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Gua Musang.
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.