Syamsul & Puteri Sarah setuju bercerai cara baik & aman, lafaz talak pada 18 April ini. Selepas menghadapi episod demi episod, pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan Puteri Sarah setuju untuk bercerai secara aman pada 18 hb April ini.
Pagi ini, di Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah akan disebut pada 18 April ini.
Syamsul & Puteri Sarah Setuju Bercerai Cara Aman & Aman
Memetik laporan Sinar Harian, ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
“Lisa harap yang mereka tak rasa kepayahan untuk istiqamah tu tidak diambil kira sebab istiqamah itu adalah satu ibadah” kata Datin Lisa Surihani. Tutur caranya yang tidak lekang menyebut alhamdulillah membuatkan min cair..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rohana Jalil kritikal di ICU, anak mohon doa kesembuhan buat ibu di penghujung Ramadan. Kesihatannya baik sebelum ini bahkan minggu lalu masih aktif membuat persembahan pentas bersama rakan sealiran.
Namun sejak semalam, penyanyi Rohana Jalil dilaporkan kritikal dan kini berada bernafas menggunakan bantuan oksigen.
Memetik laporan Berita Harian, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit, sejak semalam.
Mengesahkan berita duka itu kepada BH Online, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini.
Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.
Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.
“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya kepada BH Online.
Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.
“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” katanya.
Mengulas fizikal Rohana yang semakin kurus, Salwa berkata, dia tidak mengetahui jika Rohana mempunyai penyakit, memandangkan aktif dan sentiasa cergas.
“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan.
“Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus.
“Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.
Terdahulu, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.
Sebelum itu, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu memulakan kerjayanya sebagai gadis kilang sekitar 1970-an, sebelum menukar kerjaya nyanyian apabila ditawarkan menyertai band D’ Suria dengan mengadakan persembahan di ekspo dan fun fair.
Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, Rohana mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya apabila kecundang.
Namun, Rohana tidak berputus asa dan mencuba sekali lagi nasib dalam Bintang RTM, empat tahun kemudian.
Akhirnya, Rohana dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Rohana muncul dengan album pertama, Rintik-Rintik Hujan, tetapi album itu tidak mendapat sambutan. Kemunculan album kedua, Masih Dalam Ingatan juga mengecewakan.
Namun, kejayaan ibu kepada tiga cahaya mata mendapat tempat ketiga Persembahan Terbaik dalam Juara Lagu TV3, mengambil alih tempat Datuk Jamal Abdillah (menerusi lagu Cinta Yang Terbiar) berjaya membawa banyak pembaharuan.
Kemunculan Rohana bersama album Rayuanku terbitan A Ali membawa tuah apabila mendapat sambutan hangat.
Selain itu, lagu sentimental duet Rohana dan To’ki, Naluri Cinta juga melonjakkan populariti Rohana pada era 1990-an.
Pecah ‘Tradisi’ Susur Galur Keluarga, Akhirnya Dapat Waris Perempuan Selepas 138 Tahun Menanti. Sebenarnya tak kiralah anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah amanah dan anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga.
Namun siapa sangka, setelah berderet melahirkan anak lelaki, penantian untuk mendapat waris anak perempuan diperkenankan hanya selepas 138 tahun menanti.
Sepasang suami isteri di negeri Michigan, Amerika Syarikat memecahkan ‘tradisi’ susur galur keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun, lapor laman berita Indian Express kelmarin.
Pasangan tersebut, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu.
Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.
Bercakap kepada program bual bicara Good Morning America, Carolyn berkata:
“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”
Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.
Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.
Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.
Mingguan Wanita: Siapa sangka, rezeki dapat waris perempuan dalam keluarga besar selepas 138 tahun menanti. Pasti bayi comel ini dilayan istimewa dalam keluarga.
Isteri Bakal Lahirkan Anak Bongsu 14 April. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah memberitahu isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin akan melahirkan anak keempat mereka pada 14 April ini secara pembedahan.
Malah pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini turut memberitahu mereka sekeluarga teruja dek kerana sambutan Aidilfitri ini akan diserikan dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Jamal dan isteri telah menimang tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17
Menurut Jamal lagi isterinya bakal melahirkan bayi perempuan.
“Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata bongsu saya.
“Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Kalau saya dan isteri merancang untuk bayi kami dilahirkan pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan.
“Tapi, doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya dengan nada teruja.
Memberitahu lanjut seperti mana dilaporkan mStar, Jamal turut menyatakan doktor menasihati isterinya supaya tidak hamil lagi kerana sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi.
“Alhamdulillah, dah ada empat orang anak cukuplah.
“Doktor pun nasihatkan dan tidak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apa-apa pun, saya bersyukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri sekarang berada dalam keadaan baik,” sambungnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berat badan anak Amyza Aznan makin susut, banyak bergerak buat kaki rasa sakit. Anak kedua kepada pelakon itu, Adrian Adam reda dengan ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang.