Selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami. S
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3-4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:
Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami/lelaki ketaatannya pada ibu.
Ads
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Ads
Mingguan Wanita : Jangan sedih, anak lelaki atau perempuan, masing-masing ada rezeki dan keberkatannya. Paling penting, mak ayah kena jaga amanah yang diberikan.
Tiba-tiba, boleh timbul rasa cemburu lihat orang kaya yang banyak dikongsikan dalam media massa. Mulalah hati kecil tertanya-tanya bagaimana mereka peroleh kekayaan sedemikian.
Jauh di sudut hati cemburu lihat orang kaya dan kejayaan mereka dengan mempunyai kereta mewah, rumah besar dan pakaian yang cantik. Tapi kita tak tahu kehidupan sebenar yang ada pada mereka.
Sebab itu, tak perlu nak ukur orang yang kaya dan berjaya melalui gambaran di media sosial. Kita tak tahu. Cara mereka menunjuk ini, sebenarnya jiwa dan hatinya kosong.
Jadilah kita sebagai orang yang berjaya, kaya dan bahagia dunia akhirat. Seperti yang dikongsikan oleh Amalina Nudin ini. Tak perlu pun nak cemburu lihat orang kaya, tayang kemewahan, seksi dan sebagainya. Sebab mereka ini belum lagi berjaya sebenarnya.
Sayang, apabila orang melihat definisi berjaya baginya adalah HANYA dengan…
Naik kereta besar, kereta mewah. Pakai baju cantik-cantik.
Boleh pergi melancong dan pergi jalan-jalan ke luar negara sentiasa.
Ada duit berkepuk-kepuk dalam bank.
Bagi saya, berjaya itu simple.
Apabila kita menjadi manusia bermanfaat pada orang lain.
Mempunyai keluarga yang di dalamnya ada sakinah mawaddah di sana.
Hidup tenang dan tak bergaduh sini sana.
Tak apa tak mewah, asalkan sudah merasa cukup dan menikmati apa yang Allah beri.
Dan yakin akan sentiasa ada rezeki nanti dan nanti, selagi mana kita taat perintah Allah, jauhi larangannya.
Tak Semua Nikmat Orang Dapat
Entah, selalu didik diri agar tidak cemburu melihat kelebihan orang lain dari segi material dan keduniaan, kerana itu belum tentu berjaya sebenar. Kita hidup pun di dunia tipu-tipu. Boleh lah untuk sebagai motivasi sekali sekala.
Latih untuk ‘cemburu’ apabila melihat orang lain berjaya dan bahagia, apabila urusan akhiratnya terjaga dan hidup penuh tenang, walau hartanya taklah banyak mana untuk ditayangkan. Cukup-cukup makan sahaja.
Kadang, orang tunjuk ini dan itu, hanya untuk menutup kekosongan hati dan jiwa.
Ada yang, terpaksa tunjuk dia berjaya, sebagai marketing semata. Kita pula, tercemburu dengan marketing dia.
Kita tanya pada diri, seberapa banyak terujanya kita, apabila melihat orang lain berpakaian serba mahal dan berfesyen, berkereta baru dan berjenama, berumah cantik ala moden…
Adakah sama teruja dan terinspirasi,
Apabila melihat ‘kaya’nya sebuah keluarga, dengan tenang dan soleh solehahnya ibu bapa, dengan anak anak menghormati dan berhibur sesama mereka, di sini sekolah agama, yang sana tahfiz, menantu pula elok soleh solehah ya amat…
Atau, ‘berjaya’ yang sebegini, kita hanya nampak sebelah mata?
Tenang & Bahagia
Sebenarnya, jika kita ada tenang, kita dah ada segalanya. Itulah kunci untuk bahagia.
Nampak dia pakai Vellfire, Alphard, Merc, Audi, terus kita rasa dia sudah berjaya. Pakai beg Gucci, Coach, terus mata teruja kita lihat dia.
Definisi berjaya atau bahagia seseorang itu, kita boleh ‘tukar’ dengan menukar cara mata kita melihatnya. Kita yang DECIDE siapa yang kita rasa, dialah berjaya di mata kita.
Of course, berjaya sebenar adalah, apabila kita dapat mencapai mati husnul khotimah, masuk Syurga Allah, melihat wajah Allah, menggapai Redha Allah. Ini adalah ULTIMATE
GOAL untuk kita kata kita dah cukup berjaya, apabila sudah dapat ia.
Keterangan Gambar :
Ini keluarga kakak ipar saya, ini antara keluarga yang saya suka dan terinspirasi dengannya.
10 Tahun lepas mengenali keluarga ini, saya kata, ini keluarga yang saya perlu contohi. Adik beradik kakak ipar, semuanya bekerjaya, kemudian soleh solehah semuanya. Baik hati.
Kesemua masuk universiti, ada yang 3 sampai Mesir sana. Kini jadi pensyarah, ustazah, Audit, Pegawai Bank dan cikgu. Dan semuanya menjaga solat dan aurat.
Kemudian dapat menantu yang baik-baik. Kerana selalu ada pesanan agama di dalamnya. Selalu tumpang solat berjemaah kalau ke rumah mereka. Disantuni sebagai tetamu sentiasa.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak tunjuk sekadar untuk marketing atau nak bagi orang cemburu atau kagum. Kayalah cara kita.
Kebaikan Allahyarham Adibah wajar dicontohi, bersifat pemurah, tak lokek memberi dan bersedekah. Pemergian Adibah Noor mengejutkan ramai di antara kita. Penyanyi, pelakon, pengacara, pengisi suara dan bakat iklan itu sudah terlalu sebati dengan masyarakat kita.
Malah pemergian Allahyarham juga bagaikan hilangnya sebutir mutiara seni yang pasti dirindui. Malah ramai yang berkongsi tentang kebaikan arwah Adibah yang pastinya akan terus mengalir dan menginspirasi kita semua.
Berkongsi sisi Allahyarham, rupanya ramai yang berkongsi kebaikan. Malah menerusi perkongsian di Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah juga telah merumuskan tujuh kebaikan arwah yang boleh dicontohi.
allahyarham adibah buat dengan sukarela dan ikhlas.
“Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.
“Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya,” begitulah luahan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Menerusi komen ramai yang menitipkan doa agar roh Allahyarham Adibah Noor ditempatkan di kalangan orang beriman. Malah arwah juga merupakan seorang yang terlalu istimewa.
Mingguan Wanita : Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.
‘Pasangan OKU meninggal dirempuh pemandu mabuk.’ Anak sedih hilang mak ayah serentak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hilang dua insan tersayang serentak merupakan perkara yang sukar ditelan.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan diharap keluarga ini kuat menerima takdir ini.
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21.
Dia adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka.
Menurut Munirah, ketika kejadian dia bersama empat lagi adik-beradiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.
Tambah Munirah, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak ini terus kuat menghadapi hari mendatang tanpa ibu dan ayah. Al-Fatihah.
Masalah milia seed sekitar mata, 3 cara ini boleh singkirkan terus dari wajah. Ya, jangan sesekali pandang remeh kalau ada biji kecil di bawah mata, anda kena rawat!