Setiap pasangan berkahwin pastinya inginkan kehadiran anak sebagai pengikat kebahagiaan dalam rumahtangga dan penyambung keturunan. Namun, bukan semua pasangan ‘bertuah’ mudah nak dapat anak selepas kahwin. Ada suami isteri yang dah usaha bertahun-tahun, dengan pelbagai teknik dan cara namun rezeki untuk dapat cahayamata sendiri masih belum tiba.

Pasangan sukar mendapat anak adalah disebabkan pelbagai faktor dan ramai yang anggap bila sukar dapat anak, penyelesaiannya ialah KENA buat IVF. Hakikatnya, ia kurang tepat. Sukar dapat anak tak semestinya kena buat In-vitro fertilization (IVF), tak perlu takut dan segan, paling PENTING berjumpa dengan Pakar Fertiliti dahulu untuk mendapatkan nasihat dan melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti keadaan kesihatan.

Ini kerana, setiap masalah kesuburan individu adalah berbeza. Ada pasangan yang berjaya dapat anak, hanya memerlukan ubat-ubatan, rawatan hormon, teknik, tahu waktu ‘subur’ yang tepat dan sebagainya atas nasihat doktor. Tak perlu teruskan proses IVF pun.

Segera Lakukan Pemeriksaan & Dapatkan Rawatan

Dr Norazlin Rosli, Pengarah Perubatan, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan SOPHEA menjelaskan pasangan berkahwin tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Jangka tempoh ‘menunggu’ satu tahun selepas berkahwin untuk mendapat anak secara semulajadi tidak berjaya, sudah boleh berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya.

“Sebenarnya masalah kesuburan boleh ditakrifkan bila dah satu tahun berkahwin, kerap melakukan hubungan suami isteri dan cuba mendapatkan anak namun tak berjaya, dah boleh dapatkan rawatan kesuburan. Tak kiralah umur berapa pun.”

“Sila datang berjumpa doktor. Kita akan lakukan pemeriksaan dahulu, lihat masalahnya berpunca dari siapa, sama ada isteri atau suami. Namun majoriti berpunca daripada kedua-duanya,” ujar Dr Norazlin.

Susah Dapat Anak Tak Semestinya Kena Buat IVF, PENTING Jumpa Pakar Fertiliti Dulu!
Dr Norazlin Rosli, Pengarah Perubatan, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan SOPHEA

Keperluan Lakukan IVF

Hakikatnya perlu tahu bukan semua orang perlukan IVF, ia bergantung pada masalah yang dialami seperti tiub fallopio tersumbat berpunca daripada jangkitan kuman, sperma tak aktif dan sebagainya barulah memerlukan prosedur ini.

“Perlu tahu tak semua orang perlu melakukan IVF. Ada treatment yang isteri tak ovulasi (mengeluarkan telur setiap bulan) jadi kita bagi ubat je, jadi tak perlukan IVF. Ada juga yang sperma tak aktif (kurang berenang) jadi perlukan rawatan IUI je.”

“Kaedah IVF diperlukan apabila masalah tiub fallopio tersumbat, sperma kurang dan tidak aktif yang memerlukan suntikan ke dalam telur (ICSI) , tanpa mengira peringkat usia. Tiub fallopio tersumbat biasanya berpunca daripada jangkitan kuman dan ‘silent’ iaitu tiada simptom. Kita tak tahu pun puncanya. Pembedahan lama mahupun apa-apa pembedahan yang masuk dalam perut dan akan berlaku radang iaitu proses penyembuhan akan ada parut dan ia juga boleh sebabkan tiub bermasalah dan selalunya jangkitan,” jelas Dr Norazlin.

Faktor Umur Pengaruhi Potensi Hamil IVF

Tambah Dr Azlin lagi, hampir semua wanita sesuai untuk melakukan IVF namun peringkat umur mempengaruhi pengeluaran dan kualiti telur yang dihasilkan. Mendapatkan rawatan pada usia lebih muda, potensi untuk berjaya hamil lebih besar.

IKLAN

“Hampir semua wanita sesuai buat IVF, kecuali wanita yang umurnya sangat lanjut, selalunya selepas umur 45 tahun. Kekangan dan masalah yang paling utama adalah kekurangan kuantiti dan kualiti telur, kerana ia terhad.”

“Setiap bulan wanita akan berovulasi, mengeluarkan telur. Wanita pada usia selepas 35 tahun, kualiti dan kuantiti telurnya akan turun mendadak. Pada usia 35 hingga 40 tahun masih boleh buat IVF namun masuk usia 44 tahun peluang untuk hamil tu turun mendadak, telur pun dah tua dan biasanya susah sangat nak berjaya. Kurang dari 10 peratus.”

“Selalunya pesakit saya yang datang selepas usia 44, saya tak galakkan untuk buat IVF.“

“Telur perempuan adalah terhad dan kualitinya berkurangan mengikut umur.Lagi cepat tampil buat rawatan dan pemeriksaan adalah lebih baik dan berpeluang lebih besar untuk dapat anak,” ujar Dr Norazlin.

Tempoh Melakukan IVF

Ramai yang menganggap tempoh waktu melakukan IVF lama dan memakan masa berbulan-bulan. Hakikatnya, jika segalanya berjalan lancar ia hanya memerlukan tempoh 4 minggu iaitu satu kitaran haid untuk disahkan berjaya hamil. Namun demikian, buat IVF ada cabarannya tersendiri, ada pelbagai ‘halangan’ dan bergantung masalah yang perlu dilalui individu sepanjang tempoh tersebut yang menentukan proses kehamilan berjaya atau tidak.

“Buat IVF tak lama, bermula daripada jumpa doktor pada hari kedua atau ketiga ‘period’ dan memulakan proses stimulasi. Iaitu melakukan injection setiap hari. Biasanya pada hari ke 12 setelah stimulasi, kita dah kutip telur. Namun ia bergantung juga pada keadaan saiz telur tersebut sebelum dikeluarkan “

IKLAN

“Pesakit perlu datang untuk scan saiz telur telur tersebut, sebagai refleksi telur tersebut benarbenar matang atau tidak untuk disenyawakan pada hari yang sama didalam makmal. Kita akan lihat berapa banyak telur dikutip dan berapa banyak embrio yang ada. Kadang-kadang ada yang kita transfer 3 atau 5 hari ke dalam rahim selepas telur dikutip” terang Dr Salleha Khalid pula.

Jelasnya lagi, selepas melakukan prosedur ini, wanita tak perlu baring atau ‘bed rest sahaja. Perlu pergerakan untuk memastikan perjalanan darah berjalan lancar. Namun demikian perlu berpada-pada dalam melakukan pelbagai aktiviti.

Dari segi pemakanan pula, pastikan makan makanan yang sihat dan seimbang, suplemen seperti asid folik, vitamin dan sebagainya kecuali jamu yang tidak diketahui kandungan bahannya.

Susah Dapat Anak Tak Semestinya Kena Buat IVF, PENTING Jumpa Pakar Fertiliti Dulu!
Dr Salleha Khalid , Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan SOPHEA

Persediaan Melakukan IVF

Sebelum melakukan IVF, kena bersedia dari segi pemakanan seimbang, gaya hidup sihat, melakukan senaman pada masa yang sama mental, fizikal, emosi, sokongan dari suami dan spiritual sangat penting.

“Pada masa yang sama, berat badan juga memainkan peranan yang sangat besar. Kalau terlalu kurus, badan akan rasa tak berapa sihat untuk hamil dan mengganggu kesuburan. Kalau terlalu berat, bila inject ubat ia akan menyerap pada lemak sahaja dan tak sampai ke saluran darah dan ovari. Suami isteri bila mempunyai berat badan berlebihan, kesuburannya akan menurun,” tambah Dr Norazlin.

Bandingkan Harga Keseluruhan Dan Rawatan

Pesanan buat pesakit juga, sebelum memilih tempat untuk melakukan prosedur IVF, sebaiknya bandingkan harga, servis rawatan, keselesaan, pengalaman doktor, kredibiliti makmal yang ditawarkan. Pastikan ia berbaloi tanpa kos yang tersembunyi.

IKLAN

“Ramai pasangan yang bila nak buat IVF, mereka akan ‘survey’ dahulu harga dan bandingkan dengan beberapa tempat yang lain. Sebenarnya selain harga, penting juga kena tahu dan bandingkan apa yang kita dapat dengan harga tersebut. Adakah berbaloi? Kena bandingkan pakej ini dan itu, kenapa yang ini murah? Kenapa pakej yang itu mahal?” jelas Dr Salleha.

“Sebagai contoh ramai yang tak tahu apa yang berlaku didalam makmal. Ada yang menawarkan harga murah namun tidak mendapat certified International body dan tidak mengikut prosedur standard antarabangsa. Atau ada harga-harga tersembunyi yang tidak dinyatakan memerlukan tambahan kos kemudian. Yang mana akhirnya, harganya sama atau lebih mahal. Seharusnya tengok pada kos keseluruhan, makmal dan berapa kes yang telah dibuat.” tambah Dr Norazlin pula.

Susah Dapat Anak Tak Semestinya Kena Buat IVF, PENTING Jumpa Pakar Fertiliti Dulu!
Dr Salleha dan Dr Norazlin sedia menerima konsultasi berkaitan masalah kesuburan bagi pasangan suami isteri.

Paling penting jika ada masalah sukar dapat anak, berjumpa dengan Pakar Fertiliti & Sakit Puan dahulu. Lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor. Tak rugi pun berjumpa doktor, berbanding terus ‘menunggu’ dan ‘menanti’ bertahun-tahun untuk hamil, TANPA sebarang usaha dan tak diketahui punca dari segi kesihatan.

Boleh buat temu janji dan berjumpa Pakar Fertiliti & Sakit Puan dahulu. Pilihlah pusat pakar rawatan kesuburan bertaraf antarabangsa yang serba lengkap, dapat melakukan prosedur dalam keadaan selesa, serta mengikut garis panduan Islam seperti Pusat Kesuburan SOPHEA ini.

Untuk melakukan Intra-uterine Insemination (IUI) hanya RM2,200 manakala jika memerlukan prosedur rawatan IVF pula, harga pakej yang ditawarkan bermula RM16,800 (Dari stimulasi sehingga proses hamil).

Susah Dapat Anak Tak Semestinya Kena Buat IVF, PENTING Jumpa Pakar Fertiliti Dulu!
Satu pasukan kesuburan yang terdiri dari kaum WANITA demi keselesaan pesakit.

Keistimewaan Pusat Kesuburan SOPHEA

  • Pusat Kesuburan SOPHEA merupakan sebuah pusat pakar kesuburan lengkap yang memberikan servis daripada semua jenis pemeriksaan kehamilan kepada semua jenis rawatan kesuburan yang diperlukan.
  • Menariknya, ia dikendalikan oleh satu pasukan kesuburan yang terdiri dari kaum WANITA supaya pesakit merasa selesa dan tak rasa segan untuk melalui proses-proses ujian dan rawatan yang diperlukan.
  • Segala prosedur di sini dilakukan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak, mengikut “Maqasid Syariah” serta berlandaskan prinsip dan rukun Islami tanpa perlu ragu-ragu.
  • Mempunyai kepakaran yang bertaraf antarabangsa, SOPHEA menggunakan teknik-teknik dan teknologi terkini sejajar dengan perkembangan pesat di dalam bidang fertiliti.

Pusat Kesuburan SOPHEA
106 Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Careline: +6016 739 5006
Tel: +603 7622 8622
Email: info@sopheafertility.com

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 7:30am – 5:00pm
Sabtu: 7.30am – 1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari;

Website Pusat Kesuburan SOPHEA https://www.sopheafertility.com/
Facebook Sophea Fertility https://www.facebook.com/sopheafertility/
Instagram sophea_fertility https://www.instagram.com/sophea_fertility/?hl=en

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI