Ada waktu ketika badan rasa cukup letih dan lesu terutama bila perjalanan jauh. Mak-mak boleh cuba amalkan buat Sup Kaki atau Ayam Kurma Merah dan Goji Berries. Khasiatnya sangat banyak dan dipercayai mampu mengembalikan tenaga yang hilang.
Berikut perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar sebagai rujukan;
Pagi ni dengan sup kaki ayam dan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries. Cuma dalam gambar tak nampak.
Biasanya bila balik travelling saya memang akan buat sup ayam red dates ni. Atau buat sup kaki red dates. Nak kembalikan energi.
Travelling memenatkan. Kawan kawan selalu komplen penat bila travel. Penat sebab kita tidak ambil makanan sesuai untuk kembalikan tenaga.
Bayangkan duduk menunggu pesawat 2-3 jam. Lepas tu duduk berjam jam dalam pesawat. Terpaksa pula hirup udara recycle dalam kabin pesawat. Walaupun hanya duduk ia tetap memenatkan.
Kenapa red dates dan goji berries?
Banyak khasiatnya res dates ini. Dalam buku perubatan Cina Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.
Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting. Cantikkan kulit semula.
Biasanya travel sebabkan kulit kusam. Kulit jadi kering duduk dalam air cond lama lama. Memang tak sempat nak pergi belek muka dan jaga kulit.
Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam macam nama pula tu. Contohnya nama saintifiknya ialah Lycium barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.
Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan oenyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.
Boleh cuba lepas ni.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan bolehlah dijadikan amalan terutama bila keletihan.
Sumber: DrRizal Abu Bakar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI