Cukur rambut bayi yang baru lahir. Inilah antara salah satu sunnah yang perlu mak ayah yang baru menimang cahaya mata lakukan. Mungkinada yang siap lakukan majlis cukur jambul dan akikah sekaligus.
Kebiasaan cukur rambut bayi dilakukan pada hari ke 7 dan ada sesetengah keluarga yang tunggu sehingga habis pantang. Bergantung kepada keadaan keluarga itu sendiri.
Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah mak ayah yang tidak pernah buat cukur rambut bayi. Rambut disimpan sehingga panjang dan hanya gunting biasa sahaja.
Sebenarnya, cukur rambut bayi ini sunnah dan kalau kita lakukan dapat keberkatan dan pahala. Tak nak buat pun tak apa, bergantung kepada kemampuan keluarga itu sendiri.
Ada sesetengah pula, bila ada kelahiran, mereka akan cukur rambut bayi, rambut itu ditimbang dan dinilai mengikut harga emas atau perak. Memang ia sunnah dan tidaklah dikatakan wajib tapi seperti kita tahu banyak kelebihan bila kita lakukan.
Dalam perkongsian ini, turut memberitahu tentang cara nak cukur rambut bayi, ditimbang dan dinilai berdasarkan kepada kemampuan keluarga tersebut. Moga ia memberi manfaat buat mak ayah yang bakal menimbang cahaya mata.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7.
Cukur sampai botak. Tak kira bayi lelaki atau bayi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Ads
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan.
Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Ads
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur yang ada. Pastikan yang baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul ang pau.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang sendiri kalau ada penimbang emas
Ini pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Mingguan Wanita : Sunnah cukur rambut bayi baru lagi. Moga ia bermanfaat untuk semua.
Sumber : Halimatulssaadiah Wan Jusoh
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Ads
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Dalam hidup ini, perlulah bersederhana. Kita jangan terlalu merasakan diri kita sempurna dan orang lain tidak baik di mata kita. Sebab itu, kita jangan terlalu takbur dengan apa yang kita ada dan merasakan orang lain tidak ada apa yang kita ada.
Sebenarnya, berbalik pada hati masing-masing. Kalau kita merasakan diri kita sempurna, memang tak akan ke mana pun. Pujian hanyalah di depan tapi di belakang kita tidak tahu kejian atau kutukan daripada orang lain.
Sedih dan kesian dengan orang seperti ini. Jadi, kita janganlah sesekali seperti ini. Bersederhanalah dan bersyukurlah dengn apa yang kita ada. Bak kata Rohana Saad dalam perkongsiannya.
Cerita tentang keburukan orang, tak menjadikan kita orang yang lebih baik. Malah hati itu menjadi lebih kotor. Berpesan-pesanlah kita di dunia kerana di akhirat nanti kita sudah tak saling mempeduli. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri, takut akan azab ALLAH yang bakal menanti.
Realitinya kita lebih mencela orangnya berbanding kesalahannya, pantang lihat kesalahan orang lain terus kita menghentam, mengata, mencela. Barangkali kita saja yang ada perasaan, orang lain tiada agaknya?. Marilah kita belajar menghitung kebaikan orang dan bukan menghitung keburukan, kerana tiada manusia yang sempurna.
Belajar berlapang dada dengan kelemahan dan kekurangan orang lain. Jangan suka bercakap tentang keburukan orang. Orang yang baik tidak akan bercakap perkara yang buruk tentang orang lain. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. Orang baik akan sentiasa melihat kebaikan.
Jika kita mencari-cari keburukan, sekuman kebaikan tidak kita ketemukan. Jika memandang dengan kebencian, hanya kejahatan yang kelihatan. Satu jari menuding kesalahan, empat jari lagi mencela kejahatan. Menggali-gali keburukan insan, sia-sia dan dosa kita dapatkan.
Terima Seadanya
Sebelum mengharap ALLAH menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Jangan hanya mengharapkan orang lain sempurna sedangkan diri sendiripun tidak sempurna. Belajar untuk menerima orang seadanya sebagaimana kita mengharapkan orang menerima kita seadanya.
Waspadalah hati yang keras (qoswah)! Yakni kerasnya hati dan membeku sehingga nasihat pun tidak berpengaruh. Jika kematian disebut, ia tak merasa takut atau ngeri. Begitu pula jika mendengar janji-janji ALLAH dan ancaman tentang keadaan Akhirat.
MW: Moga kita dapat manfaat dan panduan daripada apa yang dikatakan itu. Belajar menerima orang dan mengharapkan orang dapat menerima kita seadanya. Aamiin
Dalam sehari-hari pelbagai kerja yang kita lakukan. Tanpa kita sedar juga, ada perkara yang yang boleh membuatkan ada ‘benda’ menumpang sehingga berlaku gangguan yang kita sendiri tidak sedar.
Mungkin ramai yang menyangkal tentang gangguan makhluk halus, jin atau syaitan. Sebabnya, ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Malah, dengan dunia yang serba moden ini. Mungkin ada yang tidak percaya dengan perkara ghaib.
Sebenarnya, gangguan ini boleh berlaku di dalam rumah dan cara untuk jauhinya dengan melakukan petua dan amalan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Inilah cara terbaik untuk kita elak gangguan jin atau syaitan.
Ada banyak perkara yang boleh kita jadikan amalan untuk elak gangguan ini. Disenaraikan amalan untuk panduan kita bersama. Moga ia bermanfaat.
1. Jangan sidai baju dalam bilik air. Syaitan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik. Nanti ia akan ikut masuk dalam rumah. Angkat sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/syaitan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Syaitan/jin akan masuk melalui ruang-ruang yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit termasuk penyakit hati, hasad dengki.
6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak syaitan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri. 10. Tutup kepala bila buang air besar. Syaitan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah. Kalau tutup penuh lagi bagus. Syaitan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama sebab dah jadi makanan jin/syaitan.
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat, sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf. Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak, jin suka makan darah.
20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa-apa boleh digunakan.
23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
24. Masuk rumah bagi salam, A’uzubillah, Bismillah hissami’il ‘alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak masa tidur dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pagi dan petang.
34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi-wangian.
35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
37. Amalan zikir Asma Ul Husna.
38. Makan kurma 1 hari 1 biji
39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
40. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
41. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
42. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi…terlindung dari santau.
43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil daun pada waktu malam.
44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
45. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia…berdoa setiap pagi waktu subuh.
Mingguan Wanita : Moga ia bermanfaat untuk semua. Jadikan amalan, moga sentiasa diberi kesejahteraan dalam kehidupan kita.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Biasa kita dengar, kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Tapi tanpa kita sedar, jalan takdir kita bermula pada usia 23 tahun. Inilah permulaan jalan yang kita lalui sama ada lurus atau ada halangannya.
Usia 23 tahun, waktu yang sudah cukup untuk kuita mulakan kehidupan pada kerjaya dan jodoh. Lambang kita semakin dewasa dan pandai untuk membuat keputusan baik atau buruk.
Bagi mak ayah, tentu ada rasa debaran saat anak mula meningkat dewasa dan di ambang usia begini. Cara anak-anak untuk mencorak kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.
Percayalah inilah pelajaran setiap orang pada usia 23 tahun. Moga ia memberi manfaat untuk semua terutamanya mak ayah yang mempunyai anak.
Bukan lagi mendahulukan emosi ketika memutuskan, tapi mempertimbangkan banyak hal. Kamu tahu baik buruknya dan boleh buat keputusan apa yang akan berlaku di depan nanti.
Pelajaran pada kehidupan sebelumnya jika emosimu melebihi akal, maka setiap keputusan pasti berakhir dengan sesalan.
2. Lebih Selektif Dalam Memilih Jodoh
Bukan lagi tentang siapa yang paling tampan & kaya raya. Tapi siapa yang sanggup menjadi imam, menerima dirimu dengan baik & bertanggung jawab sepenuhnya.
3. Tidak Perlukan Banyak Teman
Sedikit tapi sangat dekat & selalu ada di kala suka & duka jauh lebih berharga daripada memiliki ribuan kawan tapi menghilang di saat kita memerlukan.
4. Tidak Lagi Memikirkan Kebahagiaan Diri
Kita mula menyadari bahawa waktu dengan keluargamu sangat penting sebelum menginjak kehidupan berumah tangga. Belum tentu setelah berkahwin, waktumu akan lebih banyak untuk mereka
5. Kegagalan Dalam Cinta Kerap Mengganggu Hidup
Kamu merasa sulit untuk bangkit kembali. Ada sesetengah orang yang pernah gagal dalam masalah cinta, mereka terkadang merasa terlanjur menikmati kehidupan sendirian hingga malas untuk mencari pasangan.
Walau bagaimanapun, itulah jalan takdirmu. Cubalah ambil pelajaran di setiap perjalanan, berikhtiar lagi dengan lebih baik, berdoa sentiasa, bersedekah tanpa berkira. Insya Allah ada banyak nikmat yang menanti di akhir perjuangan.
Di usia 23 tahun ke atas adalah masa untuk mempersiapkan diri dengan baik dalam hal apa pun. Kewangan, jodoh, kerejaya dan sebagainya.
Mingguan Wanita : Usia inilah bermulanya sebuah kehidupan dan alam dewasa.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.