Suki Low seronok, bahagia menguruskan anak-anak, begitulah luahan Suki Low yang pernah menjadi perhatian ramai selepas menjuarai program realiti TV, One In A Million (OIAM) musim pertama pada usia 16 tahun.
Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Jeremy Chong, pada 2012 dan seterusnya bergelar ibu dua tahun kemudian, Suki, 31, seakan hilang daripada radar dunia hiburan.
Seronok, Bahagia Menguruskan Anak-Anak
Ditanya tentang dirinya yang kelihatan menyepi dalam dunia hiburan, Suki yang juga ibu kepada tiga anak mengakui bahagia dengan kehidupannya kini.
Biarpun sibuk dengan rutin menguruskan tiga permata hatinya iaitu Ethan, 7, Eli, 7, dan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 11 bulan, beliau gembira dengan apa yang dimiliki.
Tidak pernah menyesal mengetepikan seketika kerjaya nyanyian demi keluarga, ibu muda itu percaya pilihan tersebut berbaloi untuk menjadikan kehidupannya lebih seimbang.
“Selepas bergelar ibu, saya memilih untuk memberikan lebih tumpuan kepada keluarga berbanding perkara lain. Bukan kerana permintaan suami, sebaliknya ia adalah kemahuan saya sendiri.
“Saya tidak mahu terlepas melihat proses pembesaran anak-anak yang saya kira cukup pantas dan sayang untuk dilepaskan.
“Jadi saya sentiasa berasa seronok dan bahagia menguruskan anak-anak, terutama ketika pandemik di mana sepanjang masa saya serta suami meluangkan masa bersama mereka di rumah,” katanya sewaktu ditemui di sidang media Gegar Vaganza (GV) musim kelapan.
Ads
Tidak Seaktif Dulu
Namun kini nama Suki Low bakal menjadi sebutan semula menerusi penglibatannya dalam program nyanyian popular, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan yang akan bermula pada 21 November ini.
“Ramai yang fikir saya sudah mengundurkan diri dalam dunia seni setelah lama tidak nampak di kaca televisyen atau mengadakan persembahan secara terbuka.
“Hakikatnya saya masih lagi menyanyi, cuma tidak seaktif dahulu kerana terikat dengan komitmen kepada rumah tangga, terutama setelah bergelar ibu.
“Selain menyanyi untuk persembahan yang diadakan secara tertutup, saya turut terlibat dengan projek-projek khas di TV seperti program Hari Kemerdekaan, melakukan voice over dan sebagainya.
Menyentuh tentang penglibatan sebagai salah seorang peserta GV8, Suki menganggap program terbabit sebagai platform terbaik untuk kembali.
“Saya tidak anggap penglibatan dalam GV8 sebagai comeback kerana saya sendiri tidak pernah meinggalkan kerjaya nyanyian.
“Apa yang pasti saya sangat teruja diberikan peluang menyertai program ini kerana ia adalah platform terbaik untuk mencabar diri keluar daripada zon selesa dan mencuba sesuatu yang baharu,” sambungnya.
Sumber Foto : Instagram Suki Low
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Esok anak-anak tingkatan lima, atau calon SPM 2020 Batch 03 bakal menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga dengan anak pelakon Norman Hakim bernama Danish Hakim ini. Terharu dengan permintaan anak, ayah ini usaha menenangkan dan memberi kata-kata semangat.
Dalam kiriman pesanan untuk si ayah, Danish memohon agar ayahnya mendoakan kejayaannya untuk score 7A dalam subjek yang diambil. Pada masa yang sama Norman juga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat calon peperiksaan yang lain.
Doakan Abang Seluas Rezeki.. – Danish Hakim
Tulis Danish, “Salam Tahajud Papa. Doakan abang luas rezeki, kaya berjaya dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan mendapat score straight A’s untuk 7 subjects paper yang bakal abang hadapi mulai esok, insyaAllah.
“Abang minta maaf banyak buat salah kat papa. Terima kasih besarkan dan sayang abang. Abang sayang Papa.”
Dan ayah ini membalas dengan tenang, memberi kekuatan semangat buat anaknya.
“Waalaikumsalam, abang sayang. Doa Papa buat abang tak pernah putus sejak hari pertama papa azankan abang kat telinga kanan dan iqamah kat telinga kiri abang pada 24/3/2003. Abang pernah berdepan dengan cabaran lagi besar sebelum ini masa nak syahadah hafazan 30 juzuk Al-Quran kat Turki 3 tahun lepas.
Masa tu kitaorang semua jauh dan Alhamdulillah dengan bantuan Allah, abang berjaya sempurnakan. Kali ni in shaa Allah abang dah berusaha yang terbaik untuk berdepan dengan SPM.”
Hubungi Para Guru, Mohon Maaf & Minta Halalkan Ilmu
Malah, Norman Hakim turut menasihati anaknya itu agar menghubungi para gurunya untuk memohon maaf dan mohon keberkatan ilmu daripada mereka.
“Jangan putus berdoa dan minta bantuan Allah s.w.t dan para malaikat di sekeliling. Sekejap lagi call@whatsapp semua guru-guru subjek yang 7 tu dan semua guru-guru yang pernah mengajar abang sebelum ini.
Minta maaf dengan diaorang jugak dan paling penting mohon diaorang halalkan segala ilmu yang pernah di’ijazah’kan pada abang. I love u so much. Put Allah s.w.t first, in shaa Allah, u’ll never be last.
Selagi letak Allah no.1, in shaa Allah abang tak perlu risau dan takut dengan apa jugak dalam dunia ini. Abang akan terus berjaya dunia akhirat selagi letak Allah s.w.t, cara hidup Rasulullah s.w.w & Al-Quran dalam HATI.”
Akui Norman lagi, paparan nasihat untuk anaknya itu adalah sekadar berkongsi dan berpesan-pesan dari hati buat batch 03 yang bakal menduduki SPM bermula esok, termasuk anaknya sendiri, @danishhakimofficial
“Mohon satu Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan buat mereka semua.”
Dekat 13 hari, pengacara Yatt Hamzah menanti detik kelahiran bayinya yang sudah melewati tarikh bersalin. Akhirnya, tanggal 30 Disember 2019 melahirkan anak perempuan keempatnya kira-kira jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.
Berita gembira ini dikongsikan Yatt sendiri di instagramnya. Sebelum ini Yatt sendiri berteka-teki sama ada bayinya itu akan dilahirkan tahun ini atau pada tahun baru.
Kongsi Yatt,
.
13 Hari Yatt Hamzah Menanti..
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pd 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam. Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaa), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur @PUSRAWIOFFICIAL
Terima kasih atas doa-doa yang baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers.
Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah..
Suami Tangguh Ke Misi Bantuan Demi Isteri
Terima kasih tak terhingga kepada pihak Hospital Pusrawi di atas servis dan layanan yang amat baik, terutamanya en Adib & team, Dr Asmah Yun, Dr Habibah dan semua staff jururawat yang banyak membantu Bonda dari proses check up hinggalah melahirkan.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yang sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya untuk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur.
MW : Tahniah Yatt dan famili. Semoga kehadiran bayi keempat ini akan menambah seri bahagia keluarga Yatt.
Ibu mengidam cari makanan jam 3 pagi, anak sempat hubungi sebelum rentung. Takdir yang tertulis tidak mungkin boleh diubah terutama melibatkan kematian. Ia sudah tertulis di luh mahfuz dan janji kematian ini tidak tercepat sesaat atau terlewat seminit.
Dan sudah tertulis dua anak kecil, Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya Muhammad Al-Qayyum, 7 yang rentung dalam kebakaran rumah semalam adalah penghuni syurga kerana meninggal di usia kecil mereka.
Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya Muhammad Al-Qayyum, 7 cuba lari ke bilik air namun keduanya ditemui di ruang utama bilik dalam keadaan rentungRumah sewaan ini rentung dengan dua beradik terperangkap di dalamnya
Dan pastinya kejadian yang menimpa dua kanak-kanak yang ditemui rentung ketika cubaan melarikan diri di awal kebakaran walau diajar lari ke bilik air tidak menjadi kenyataan apabila lemas di bilik utama akibat terhidu asap tebal sebelum rentung dalam api marak membakar.
Akhbar Utusan melaporkan, hati seorang ibu hiba apabila mendengar panggilan sayu daripada anak perempuannya yang meminta pertolongan memaklumkan rumah terbakar di mana dirinya dan adik terperangkap dalam kebakaran rumah mereka yang terletak di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut di sini semalam.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menziarahi ahli keluarga dua beradik yang rentung dan mangsa kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak, malam tadi. Foto :- BERNAMA
Akhbar turut melaporkan pasangan suami isteri ini keluar mencari makanan pada jam 3 pagi kerana isteri yang sarat mengandung lapan bulan mengidam namun akhirnya perasaan mengidam bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua anaknya terperangkap dalam rumah dikunci jerigi saat keduanya keluar mencari makanan.
Dan kedua ibu bapa ini pastinya sama sekali tidak menyangka perkara buruk akan terjadi saat keduanya keluar meninggalkan kawasan rumah sewaan mereka di keheningan pagi itu.
Berikutan kes ini, ia mendapat perhatian dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
KPWKK menunggu laporan pihak berkuasa kerana ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Jelasnya, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian berdasarkan laporan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak.
“Jiran tetangga serta komuniti setempat juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Sumber:- Sinar Harian / Utusan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.