kurus

Kebanyakan perempuan kalau boleh memang nak kurus tetapi dia tak sedar yang mata lelaki tak sama dengan apa yang dirasa.

Ada lelaki suka tengok perempuan chubby sikit, dan ada juga yang suka slim macam model. Hah, apa lagi… diet lah macam kehendak encik abang sayang!

Agak-agak tak boleh tahan nak makan nasi, mak-mak boleh kira kalori macam Puan Norafiza Mahmud atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Oya ni…

Macam mana berat boleh naik? Kira la kalori sendiri.

Dari malam tadi pung pang pung pang berperang dengan periuk. Nak makan pun tak Selera.

Kesudah cik oya tak makan pun.

Now dah cergas balik ke sarang sendiri. Hakikatnya bila dah penat terus takda selera Nak makan, lagi best dapat bantal. Konon nak makan

IKLAN

Laksa = 330 kalori
1 gelas Air gas = 450 kalori x 3
Lemang = 100 kalori
Ketupat = 215 kalori
Rendang = 500 – 800 kalori

Haus memang tak boleh tahan la tenguk air tetamu yang sedap sedap tu. Apa nak buat. Terpaksa juga minum. Terpaksa la juga debab.

Boleh kalau nak elak.

Pagi pagi gajah tu. Kau orang potong buah Secukupnya. Untuk tekak yang meronta ronta Nak ais kau orang buh je la air kosong dan ais. Yang penting takda gula dalam air tu.

Janji tak menyesal.

IKLAN

Mak cik oya tak kecik hati ke kalau tak makan makanan kenduri?

Mak cik oya pun tak marah kalau tak makan. Sangat supportive bila tahu anak dia nak buat perubahan. Ini untuk kesihatan, cantik dan kebahagiaan.

Lauk tu semua memang berminyak dan muak. Sedap pun 5 minit. Lain hari pun boleh makan.

Ikut la kehendak masing masing. Ada yang suka isteri debab sikit. Ada yang suka isteri kurus tinggal tulang. Mana satu la ikut suami masing masing.

IKLAN

Ini adalah 3 biji kiwi yang sedia di makan. Cik oya bawa bekal. Biasa 3biji ni cukup untuk menjadi kudap kudap selepas 1jam makan tengah hari.

Kadang ibu ini juga amal jus epal bersama peria katak. Sukatannya epal sebiji atau dua biji dan ¼ peria katak.

Amalkan jus ini untuk kurus dan kulit wajah yang licin. In shaa Allah bebas jerawat dan jeragat.

Bab Jaga Kulit

Rutin penjagaan kulit cik oya senang. Bangun pagi-pagi seawal pagi dan pergi joging atau senaman.

Selepas Itu,
Wap muka dengan air panas bersama lemon. Rutin wap muka selama 15 minit saja amal 2 minggu sekali.

Kemudian tonyoh muka bersama ais untuk memberi ketegangan dan mengecilkan pori-pori sebelum kau orang mulakan solekan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI