Dunia akhir zaman semakin menakutkan. Ketika, para isteri cuba mempertahankan hak dan harapan bahagia dalam rumah tangga yang dibina. Ada isteri yang semakin berani menduakan suami, curang dengan lelaki lain.
Perkahwinan yang dibina bersama suami selama 7 tahun tak lagi dipandang indah oleh isteri ini. Tiga orang cahaya mata lahir dari perkahwinan mereka juga tak lagi menzahirkan bahagia di hati.
Inilah yang berlaku dalam rumah tangga pasangan muda berusia 32 dan 23 tahun, yang mana isteri ini telah ditangkap khalwat dengan lelaki lain oleh suaminya sendiri.
Sudahnya dalam Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, ibu anak tiga ini diceraikan dengan talak satu. Lafaz tersebut, dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakman Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
Berbalah Di Luar Mahkamah
Tidak cukup dengan itu, sebaik saja keluar dari mahkamah suasana kecoh terjadi antara pasangan tersebut. Sehingga terpaksa ditenangkan oleh pihak polis dan ahli keluarga.
Ads
Kata bapa yang mahu dikenal sebagai Atiq, 32, pada 25 Oktober lalu di sebuah hotel dekat utara tanah air dia telah menangkap isterinya yang sedang berkhalwat dengan lelaki lain.
Luluh hati suami ini apabila isterinya sanggup menduakan dirinya. Walhal mereka sudah ada tiga orang anak usia antara setahun hingga enam tahun.
Dalam Bilik Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain
Ketika di hotel tempat isterinya ditangkap, suami ini bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel tersebut. Rakannya memaklumkan yang kereta miliknya ada di hadapan hotel berkenaan.
Sebaik saja masuk ke sebuah bilik, dia lihat isterinya bersama lelaki lain.
Ads
Dia bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.
Jelasnya, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, dia melihat isterinya bersama dengan lelaki lain.
Akhirnya Kesabaran Teruji..
Memikirkan anak-anak, lelaki yang bekerja di Ipoh, Perak ini cuba bertahan dengan perkahwinannya.
Ads
Namun, perbuatan kecurangan isteri membuatkan dia membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai. Tidak sanggup dia melihat kecurangan itu terus-terusan berlaku.
Luahnya di luar Mahkamah Syariah di Tunjang, Kota Bharu.
Seharusnya sebagai isteri, seandainya berlaku apa-apa konflik dalam rumahtangga, janganlah jalan ‘curang’ jadi pilihan. Masih banyak cara lain yang boleh dipilih untuk pulihkan keretakan yang jadi.
Kerana, jika berita kecurangan sebegini terjadi, akhirnya isteri juga yang akan kehilangan haknya sebagai ibu pada anak-anaknya. Alangkah sayangnya.
Sumber/Foto : Berita Harian, Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki pengantin baru!. Itulah yang boleh digambarkan kejayaan aktres popular, Siti Saleha apabila penghargaan menerima Brand Personality Award 2025 anjuran BrandLaureate yang berlangsung di Swissotel, The Stamford, Singapura, semalam.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkongsi momen indah tersebut di laman Instagram miliknya sambil menitipkan penghargaan yang diterima adalah lambang kerja keras ditampilkan sepanjang bergelar anak seni.
“Dengan rendah diri saya amat bersyukur menerima pengiktirafan berprestij daripada BrandLaureate atas sumbangan saya sebagai pelakon Malaysia”-Siti Saleha.
“Anugerah ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi peringatan mengenai semangat, kerja keras dan sokongan daripada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan saya,” ujarnya memetik perkongsian di Instagram miliknya.
Usai menerima penghargaan itu, Siti Saleha memasang azam mahu terus meningkatkan usaha dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Terima kasih kerana menghargai usaha saya, anugerah ini sangat bermakna buat saya.Saya berharap dapat terus melangkaui batas, mewakili Malaysia ke tahap lebih tinggi dan terus memberi inspirasi melalui karya,” katanya yang kini muncul dalam drama Dia Imamku di Astro yang memegang watak sebaga Cempaka Humairah.
Bukan Anugerah Pertama
Untuk rekod Siti Saleha pernah meraih trofi Bintang Asia Terbaik, Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 menerusi lakonan hebatnya dalam drama SeOfis.Malah Siti Saleha juga pernah membawa pulang tiga trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 27, 33 dan 34.
Kunjungan ke Singapura kali ini lebih bermakna apabila aktres berusia 34 tahun ini ditemani oleh suami tersayang, Joshua Fitton. Pasangan ini sah bergelar suami isteri 14 Februari lalu di mana majlis pernikahan secara tertutup telah diadakan di Janda Baik, Pahang.
Sebulan lamanya bayi lelaki bernama Jebat Jayden memenuhi ruang kasih sayang antara pasangan suami isteri terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Noornabila. Tentunya rutin ibu bapa ini berubah dan tak sama seperti sebelumnya.
Sharnaaz pun nampaknya semakin terserlah sifat kebapaan dalam dirinya. Ucapan sayang dan terima kasih baik pada isteri mahupun si comelnya sentiasa disematkan untuk kekasih hatinya ini.
Sebenarnya Isteri Saya Yang Jaga Jebat..
Jadi tak hairanlah jika Sharnaaz atau nama sebenarnya, Basir Ahmad, 33 begitu menghargai pengorbanan isterinya yang tak kenal erti penat sepanjang menjaga Jebat ketika dalam berpantang.
Bila mana ada yang mengatakan dia yang nampak penat menjaga Jebat, Sharnaaz menyangkalnya. Kerana hakikatnya adalah sebaliknya.
“Ramai kata saya penat jaga Jebat.. sebenarnya isteri saya yang jaga jebat all the time. Saya patut berterima kasih pada dia.”
Memang Patut Syurga Itu Di Bawah Kaki Ibu
Sambungnya Sharnaaz lagi, “Memang patut syurga itu di bawah kaki ibu, dan pengorbanan sang ibu itu tiada tolok bandingnya.”
Sebagai menghargai jasa isteri yang tak berbalas dengan wang ringgit itu, Sharnaaz sambung lagi dengan kata-kata manis ini.
“Terima kasih sayang, Noornabila. Habis pantang kita pi holiday k sayang.” Bahagia rasa bila dapat pasangan yang memahami susah payah isteri melahirkan dan menjaga bayi dalam pantang ini.
Sememangnya bawa isteri berjalan-jalan itu boleh mengubah mood isteri dan tenangkan kembali rasa penat yang dialami.
Suami Penyayang, Buat Jiwa Isteri Tenang
Haa.. jangan tak percaya ya, orang lelaki yang ‘sekeras’ Sharnaaz ini pun boleh lembut hati bila berdepan dengan isteri dan anak tercinta.
Jadi wahai suami di luar sana, rendahkanlah sedikit ego itu. Dan belajarlah menghargai pasangan anda. Bahagiakanlah mereka sepanjang mengandungkan zuriatmu dan tenangkanlah jiwa mereka sepanjang melalui proses 44 hari berpantang bersama bayi anda itu.
Sebab sokongan tak berbelah bagi dari suami inilah yang buatkan isteri jadi makin kuat makin sihat dan mahu kembali berseri untuk suaminya.
Sejuk perut Datuk Ziela Jalilyang melahirkan puteri sulungnya, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid. Bukan saja cemerlang dalam pelajaran, anak sulungnya itu juga dididik dengan ilmu akhirat yang cukup baik.
Selepas arwah suami Datuk Ziela meninggal dunia pada tahun 2008, beliau membesarkan dua orang anak, Puteri Julia dan Megat Jufri Nasrullah sendirian, sebelum mengambil anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah. Perit yang dilalui akhirnya terbalas juga di wajah masa depan anak-anaknya.
ibu kental ini ketika umur puteri sulungnya 12 tahun, dia sudah pun khatam 3 kali membaca Al-Quran. Lebih istimewa, Dr Julia menyempurnakan lagi bacaan khatam Al Quran sewaktu di Masjidil Haram, kota Makkah Al Mukarramah.
Sewaktu berkongsi video khatam Al Quran anaknya ketika umur 12 tahun inilah, penerbit terkenal ini berkongsi rasa hati. “Video ketika Julia Junid berumur 12 tahun. Ketika ini anak Mama dah 3 kali habis baca Quran.
“Dah ulang 3 kali baca barulah Mama bawa waktu Umrah. Ya (Julia) baca khatam Quran di dalam Masjidil Haram, dan kita ke rumah keluarga Abang Z. Ya (Julia) baca lagi di rumah Abang Zack di Makkah di depan mak Abang Zack, seorang Hafazan.
Abah Kata ‘Macamlah Abah Tak Dapat Tengok Ya Kahwin’
Sambung Datuk Ziela lagi sekembali daripada umrah itu dan tiba di Kuala Lumpur, beliau membuat satu majlis khatam Al Quran untuk anak sulungnya secara besar-besaran.
Abah kata, “Apalah Mama buat besar-besar. Macamlah nanti Abah tak dapat tengok Ya Kahwin.” Itulah tutur suaminya sewaktu arwah melihat pelamin khatam Al Quran untuk anak sulungnya pada tahun 2004.
Mama kata, “Sebab Ya (Julia) dah 3 kali habis baca Quran dan kita tak pernah buat apa-apa.” Nasib juga Mama buat macam itu. Sekurang-kurangnya abah tengok Ya (Julia) di atas pelamin.
“Mama abadikan dalam video khatam sempena majlis perkahwinan Ya agar kita dapat rasakan yang Abah turut ada bersama kita meraikannya.
Semoga Allahyarham Abah berbahagia di dalam syurga Firdaus Allah. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
Malah kata ibunya lagi sewaktu selesai khatam Al Quran baru-baru ini, Julia menitiskan air mata terkenangkan Abahnya.
“Baaarokalloohu Laka Wa Baaroka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakumaa Fiii Khoirin.” “Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”
“Saya kongsi kan dengan my dear followers video yang ditayangkan sewaktu majlis reception anak saya, agar kalian juga dapat berkongsi bersama dengan saya.” Luah Datuk Ziela Jalil di laman instagram miliknya.
Ternyata ramai di kalangan followers Datuk Ziela yang memuji kebijaksanaan ibu ini membesarkan anak-anaknya dengan didikan yang baik. Malah ada yang berasa kagum dan terpanggil untuk mencontohi wanita berjiwa kental ini.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...