Suatu ketika dahulu, mungkin mak, ayah hanya dapat melihat rumah besar dan berduit sahaja mampu memasang perincian “wainscotting” kerana rata-rata menggunakan material kayu yang agak mahal harganya.
Tetapi sekarang banyak pilihan material wainscoting antaranya pvc dan harganya jauh lebih murah jika mak,ayah ingin memasang perincian “wainscoting” di dinding rumah masing-masing.
Sudahlah murah, “wainscoting” menggunakan pvc ini lebih mudah dipasang. Bagi mak ayah yang ingin mengisi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mula menghias atau mendekorasi untuk hari raya nanti dengan menggunakan wainscoting pvc.
Ikuti perkongsian Puan Syarul Nadia Hamdan ini:
Saja Mengisi Masa Ketika PKP
Sebenarnya, setelah saya mencuba sendiri hias dinding menggunakan wainscoting PVC, saya ada berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas make over di facebook. Tak sangka ramai juga kawan-kawan berminat dan ingin mencubanya.
Selepas siap dipasang wainscoting pvc. Cantik bukan?
Pada mulanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak panjang, jadi saya dan suami terfikir untuk menghias dinding rumah. Seperti orang lain, kami pernah cuba mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman untuk memasang “wainscotting”.
Khidmat Pereka Dalaman Mahal Terfikir Cuba Sendiri
Tetapi harganya agak mahal serta mencecah ribuan ringgit walaupun hanya satu dinding kosong tidak termasuk cat. Setelah ada orang lain mencuba memasang sendiri wainscotting PVC dan cantik, saya dan suami terfikir untuk mencubanya sendiri.
Bayangkan kos yang kami keluarkan tidak sampai RM 300. Memang jimat. Selain murah harganya, kami juga dapat mengisi lapang dan membuat persiapan dekorasi untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Maklumlah mungkin kita akan beraya di rumah sahaja kerana virus Covid-19, jadi apa salahnya kita menghias rumah untuk membangkitkan suasana raya. Untuk pengetahuan semua barang atau bahan yang digunakan dibeli secara online tanpa perlu ke kedai.
Ads
Bahan-bahan:
Silicone + white silicone Pembaris Cutter Masking tape Grinder mata potong @ gergaji Wall putty filler Wainscotting (pvc) Penimbang air Wall paper (sticker)
Langkah-langkah:
1. Kenal pasti dinding dan ukur lebar untuk memudahkan proses membuat design wainscoting yang dikehendaki.
2. Ukur wainscoting pvc mengikut panjang yang dikehendaki dan buat garisan sudut di bahagian hujungnya.
Ads
3. Potong menggunakan grinder mengikut garisan sudut yg telah dibuat.
4. Letakkan white silicone pada wainscoting pvc dan tampalkan pada dinding.
5. Gunakan penimbang air untuk memastikan wainscotting betul-betul sama aras.
6. Lekatkan masking tape supaya lebih kukuh. Masking tape ditanggalkan selepas silicon benar-benar kering (biarkan semalaman).
Ads
7. Tampal wall paper di bahagian dalam petak wainscoting dan sapu rata supaya kemas.
8. Menggunakan instant putty filler untuk menutup ruang antara cantuman wainscoting.
**Pesanan** Kerja mesti dilakukan dengan cermat dan kemas supaya tidak memerlukan dinding dicat semula. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan bajet untuk mengecat lagi.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak, ayah mendekorasi rumah. Paling penting kita dapat berjimat apatah lagi di waktu-waktu kecemasan seperti sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan mainan anak macam-macam kat rumah. Dari dia kecil sampailah besar, boleh kira berapa banyak mainan yang dia ada. Itu kalau anak seorang. Bayangkan kalau anak berderet-deret. Dah tentu mainan pun banyaklah.
Hinggakan terlalu banyak mainan, mak-mak tak tahu nak simpan kat mana. Aling tidak, buang atau bagi sahaja pada orang lain. Maklum sahaja terlalu banyak. Penuh bilik.
Satu lagi masalah, bila terlalu banyak tak tahu macam mana nak simpan mainan itu. Tersalah simpan, menangis si kecil sebab tak jumpa cari mainan kesayangan. Nak beli tempat atau bekas mainan memang lah agak mahal juga harganya.
Jadi, kalau nak jimat belanja, kena usahalah sedikit dengan cara buat sendiri rak bakul mainan anak. Cantik dan jimat. Nak cari dan susun barang mainan pun senang.
Ikuti perkongsian daripada Nurul Ain Anises yang berusaha menyiapkan sendiri rak mainan anaknya. Dengan hanya bermodalkan RM29.90 sahaja.
“Akhirnya siap. Kos untuk buat rak mainan ini Cuma RM29.90 sahaja. Saya tengok kat online, harganya pun paling murah RM99. Jadi, saya beli sahaja bakul itu di kedai eco dan kayu pula beli di kedai hardware. Kayu tu, nak cat atau spray pun boleh. Baru nampak cantik dan kemas.
9 baskets RM18.90
3 batang kayu RM11
“Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Anak pun suka.. Lepas ni dah boleh ajar anak siman sendiri mainan leoas main dan wajib letak di tempat asal.. Mainan anak pun taklah berselerak lagi.. betul tak?
Pilih bakul yang warna warni.
.
MW: Kreatif betul, tiru sebiji macam kat online, baru puas hati. Jimat belanja.
Sumber : Nurul Ain Anises
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inai, memang cukup popular buat bakal pengantin. Maklum sahaja, ia mungkin dijadikan penyeri untuk raja sehari. Sebab itulah, sehari sebelum akad nikah mesti diadakan majlis berinai dan waktu inilah bakal pengantin akan memakai indah dan dimeriahkan lagi dengan ahli keluarga dan tetamu.
Walau bagaimanapun, inai mungkin hanya dipakai sebelum majlis kahwin dan ada yang tak berapa gemar memakainya sebab ia nampak comot, bila terkena sisa inai.
Itu jika pakai inai yang dibuat sendiri. Namun, sekarang ini, pakai inai sudah mudah, kadang-kadang dengan tepek dan memang ada yang dah ‘ready made’. Siap untuk dipakai. Senang.
Bagi mak-mak yang ada pokok inai, tentu sayang kalau tidak digunakan. Tak semestinya pakai untuk bakal pengantin tetapi boleh sahaja pakai bila ras keinginan. Nampak cantik dengan warna merah di tangan.
Cuma masalahnya, daun ini perlu ditumbuk atau dikisar dan perlu masukkan arang, nasi atau limau nipis bagi nak pastikan ia nampak merah selepas memakainya. Perkongsian daripada Eyang Puteri Bulusari agak menarik. Tidak perlu tumbuk adan hanya tepek sahaja.
Jika bilik air kecil dan mempunyai ruang yang terhad, sebolehnya kurangkan penggunaan rak mahupun barangan yang ada agar tidak nampak terlalu serabut. Barang-barang mandian seperti sabun, syampu, ubat gigi pula boleh sahaja susun di atas sinki bagi menjimatkan ruang. Namun masalah yang berlaku pula, barangan tersebut mudah jatuh dan bertaburan di lantai mahupun dalam sinki.
Menarik idea yang dikongsikan oleh Suebrie Msyini. Boleh cuba buat sendiri di bilik air dan barulah botol-botol dan barangan mandian tersebut tak jatuh.
Siapa yang ada singki kecil dalam bilik air tu dan buat letak botol-botol sabun,shampoo & sebagainya mesti jatuhkan masa picit. Saya tak guna rak sangkut, bilik air kecil je.
Bahan-Bahannya:
Cap Penutup PVC 15mm 2 unit
Elbow 15mm 2 unit
Paip PVC saiz 15mm standard rumah, panjang ikut citarasa
Pili paip saya tukar beli kat mr.diy tinggi 7inci
Cara Membuat:
1. Tebuk Cap penutup paip pvc dan skru.
2. Tebuk guna skru driver.
3. Tebuk lubang masukkan wallplug plastic kat dalam lubang untuk masuk skru (betoi ka orang panggil wallplug) hentam saja.
4. Masukkan skru dan ketatkan.
5. Sambung buat ukuran lebih kurang singki kecil ni.Tambah 2 elbow.Selesai masalah botol jatuh huhhu.
6. Cap yang saya tebuk tadi.
Info Ekstra!
Satgi ada pulak kata boleh roboh kalau letak banyak, tak kot botol sabun tak berat mana, singki tu pun dah berat. Besi penahan dia pastikan elok tak berkarat di bawah tu.
MW: Kreatif dan menarik juga idea ini. Jadi kalau ruang terhad di bilik air dan tiada rak, hanya singki kecil boleh buat macam ni. Barulah botol-botol dan barang-barang mandian tak mudah jatuh.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.