Maafkan jangan berdendam dengan mak ayah dan adik beradik.

Dari kecil sampai besar, tak habis-habis bergaduh. Kalau setakat gaduh sekejap tak pe, ni sampai bertahun tak bertegur. Malah ada yang jauh hati dan berdendam dengan adik beradik. Kadang puncanya sikit je tapi bila dah layan sangat hati yang sedih tu, benda jadi besar.

Perkara ni bukan rekaan tapi betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Kadang punca gaduh tu isu harta pusaka. Betullah kata orang tua, bab duit ringgit boleh bermasam muka, adik beradik pun boleh putus hubungan. Liciknya syaitan memperdaya kita dengan harta dunia, walhal hakikatnya bila meninggal dunia kita hanya bawa kain kapan . Semua harta dunia kita tinggalkan yang ada cuma amalan kita je. Jadi berbaloi ke kita nak bergaduh adik beradik hanya kerana rebutkan harta?

Bergaduh Jangan Sampai Berdendam

Ada juga adik beradik yang berjauh hati dengan mak ayah. Tak dinafikan memang ada mak ayah yang pilih kasih. So anak-anak yang bukan favourite ni bawa hati. Mula-mula sebulan dua tak balik kampung tapi hati masih sedih, so sedar tak sedar rupanya bertahun membawa diri.

Betullah seperti kata PU Azman dalam IG Live bersama Mingguan Wanita, mak ayah bukan sempurna. Mereka pun manusia biasa yang ada kekurangan. Jadi janganlah kita harapkan kesempurnaan.

IKLAN

“Biasalah anak-anak merajuk dengan mak ayah tapi janganlah sampai berpanjangan. Pujuklah hati untuk saling memaafkan. Itu yang terbaik untuk keluarga kita.,”ujarnya.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/kalau-nak-beraya-jangan-main-terjah-bimbang-tuan-rumah-tak-ready-terima-tetamu/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Berbaiklah Sebelum Mak Ayah Menutup Mata

Fikirkan tentang mak ayah kita, umur mereka pun dah lanjut. Yang tinggal hanya baki hidup, entah berapa lama lagi kita dapat tatap wajah mereka dan bergurau senda. Banyak mak ayah yang menyimpan sedih dan luka dalam hati.

IKLAN

Kadang lidah mereka kelu nak berkata-kata, hanya air mata berbicara. Sebagai anak, buanglah jauh-jauh ego tu. Ingat ye, kita pun akan tua. Kita pun ada anak, jangan sampai nanti anak-anak kita pula melakukan perkara yang sama. Penat sebenarnya menjeruk rasa, pujuklah hati untuk berdamai. Pujuklah hati untuk berbaik dengan mak ayah dan adik beradik, barang kali itulah hadiah paling bermakna sebelum mereka menutup mata.

Memaafkan bukan ja dapat eratkan hubungan kekeluargaan tapi sebenarnya sebuah kemaafan memberi ketenangan pada hati. Hidup ni singkat, jangan mendera perasaaan, jangan bebankan fikiran. Maafkan lah semua kerana kita pun bukan insan sempurna…

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI