Ternyata sudah berkahwin, jangan harapkan mak, ayah tanggung, cubalah hidup berdikari walaupun susah. Cuba rasa hidup susah, biasalah semua pasangan bermula dengan hidup susah.
Biarlah duduk rumah serba kekurangan daripada hidup senang mengharapkan bantuan daripada keluarga. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami penjelasannya:
Sudah Berkahwin, Jangan Harapkan Mak, Ayah Tanggung
“Sudah kahwin, sudah ada isteri, tak akan nak duduk bawah ketiak mak lagi…”
Bawa isteri keluar, hidup berdikari, belajar buat itu dan ini sendiri… Orang lama kalau nasihat, dia punya deep itu sampai ke tulang… tidak berlapik, dia straight…
Tapi betul lah apa yang dia cakap, bila sudah berkahwin, sudah ada keluarga sendiri, tak akan harapkan bapa tanggung lagi? Nak makan pun tak akan nak cari mak lagi?
Cubalah Hidup Berdikari Walaupun Susah
Bila nak cuba hidup atas kaki sendiri…?
Kalau kesihatan orang tua kita itu baik, mereka pun masih kuat dan boleh manage urusan harian sendiri, keluarlah dari rumah itu untuk bina kehidupan sendiri…
Tanpa bantuan bapa, tanpa pertolongan mak…
Ads
Ada masalah, fikir sendiri… Tak cukup duit, cari sendiri…dalam rumah tak ada apa-apa, kumpul duit, beli…
Nikmat Hidup Belajar Susah
Semua ini nikmat sebenarnya… Nikmat awal-awal kahwin hidup susah tanpa apa-apa dan berusaha dengan sendirinya untuk bagi ada seadanya… Bila kita buat sendiri, bila kita usaha sendiri, kita akan jadi lebih bertanggungjawab…
Ada orang dia selesa bila tinggal dengan orang tua…
Maka dia kurang jadi bertanggungjawab… Dia boleh keluar bebas ke sana sini tinggalkan isteri dia dekat rumah orang tua dia…
Mak, ayah tak halang, tak akan isteri boleh halang… Apa yang ada dekat dapur, dia tak ambil tahu sebab pak dia yang beli dan top upkan…
Dia hanya jaga diri dia…
Isteri dia pun mak dengan pak dia yang sara dan jaga… Orang macam ini kalau kita suruh hidup asing, hidup sendiri, mahu melompat dan melenting…
Dia akan kata benda itu susah…
Ads
Lepas Kahwin, Cuba Tinggal Asing
Sebab dia sudah terlampau senang… Orang lelaki ini kena cabar diri sendiri, kalau orang tua kita kesihatan mereka itu baik, maka selepas kahwin, cuba cari harta sendiri, ada kehidupan sendiri dengan tinggal berasingan…
Barulah kita ada sesuatu untuk dibanggakan…nanti kalau sudah kena balik dan tinggal sekali dengan orang tua, masa itu kita bukanlah tin kosong yang tak ada apa-apa dan semuanya mengharapkan orang tua…
Kita pun sudah berjaya dalam kehidupan sendiri dengan berdikari di atas kaki sendiri…
MW: Bila hidup sendiri lebih mudah, pasangan pun selesa. Sama-sama bina hidup baru dalam serba kekurangan, itulah nikmat sebenar perkahwinan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Bila dirinya diisahkan positif Covid-19, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Suhaili binti Mohd Noor (https://www.facebook.com/suhaili.noor)telah dimasukkan ke wad bermula 31 Mac hingga 14 April lalu. Terlebih dahulu suaminya, Herwin bin Bachtiar, telah dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke ICU di HKL.
Suami Tak Sihat
Menurut Suhaili, suaminya yang bekerja sebagai pemandu bas Rapid telah mengalami demam selama dua minggu sebelum kembali bekerja pada hari ke-15. Mungkin sistem imunisasi badannya masih lemah kerana baru pulih daripada demam, iadi dia mudah dijangkiti. Waktu itu juga belum dikuatkuasakan pemakaian face mask dan sanitizer.
“ Pada mulanya memang tak terfikir langsung suami akan dijangkiti Covid-19 dan anggap hanya pneumonia kerana kami tidak ada sejarah perjalanan ke luar negara atau menghadiri apa-apa perhimpunan. Kami juga tiada close contact dengan mana-mana pesakit. Memandangkan kami menjalankan bisnes dari rumah, kami juga jarang keluar kecuali hendak membeli barang di pasar raya. Memang tak sangka langsung.
“ Tapi suami ada beritahu, pada hari dia masuk kerja selepas cuti sakit, dia bertugas untuk perjalanan dari Puchong ke KL Sentral. Waktu itu terdapat dua orang pelancong dari China menaiki bas yang dipandunya. Mereka ingin bergegas balik kerana kerajaan Malaysia baru umumkan untuk menutup pintu negara. Suami syak mungkin jangkitan itu daripada mereka memandangkan berada dalam ruang kecil yang sama, berpenghawa dingin dan untuk tempoh agak lama. Balik kerja, esoknya dia demam tinggi dan batuk. Selepas menjalani ujian di sebuah hospital swasta, suami disahkan positif.” Cerita Suhaili mengimbau kejadian yang mungkin menjadi punca suaminya dijangkiti. Selepas itu mereka sekeluarga telah menjalani saringan.
Rasa Panik
Menurut Suhaili, dia seakan tak percaya bila turut disahkan positif memandangkan terpaksa meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil di rumah.
“ Selepas disahkan positif Covid-19, Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa. Memang rasa panik dan rasa seolah-olah dah tak ada peluang untuk jumpa anak-anak; Sofea Elisa Binti Herwin 12 tahun, Heidi Haikal 10 tahun dan Hadi Haidar 7 tahun. Alhamdulillah mereka negatif. Namun saya selalu ingatkan diri bahawa diri saya sihat dan pasti akan dapat jumpa mereka semula.
“ Sepatutnya saya ditempatkan di Hospital Sungai Buloh namun meminta untuk ke HKL kerana suami ditempatkan di sana. Memang rasa serabut dan tertekan kerana fikirkan anak-anak dan suami pula di ICU tapi saya positifkan diri. Ketika mengemas barang untuk dibawa ke hospital, perkara utama yang saya ingat adalah bawa al-Quran bersama.” Tambah Suhaili.
Bila Kita Ingat Tuhan…Rasa Tenang!
Berkongsi keadaan ketika berada di wad, Suhaili memberitahu, al-Quran adalah peneman setianya.
“ Selain melakukan solat hajat, saya banyak membaca al-Quran yang memberikan saya ketenangan. Saya juga amalkan surah Al-Waqiah, zikir dan doa tertentu. Kena lawan apa juga perasaan negatif yang singgah dalam diri. Bukan saya saja, malah semua pesakit muslim yang lain turut melakukan hal yang sama. Malah kami saling mengingatkan untuk solat dan mengaji. Bila baca al-Quran, kita akan ingat Allah sentiasa. Memang semua orang akan mati tapi selagi belum tiba ajal, kita kena berusaha
“Rutin saya di dalam wad; saya akan bersenam, selepas solat subuh saya mengaji hingga jam 10 pagi. Setelah lawatan doctor dan jururawat, saya solat dhuha. Sebelah petang, saya akan mengaji lagi sebelum maghrib.
“ Untuk pesakit dengan mild sympthom memang tak ada ubat diberikan. Terpulang kepada sistem imunisasi masing-masing untuk lawan. Tapi kami diberikan minum lemon panas, banyak makan sayur, susu dan buah-buahan serta sentiasa bersihkan tekak dengan cecair kumur.
“ Alhamdulillajh, selepas ujian kali keempat barulah saya negatif dan dibenarkan pulang ke rumah. Walau pun lega dapat kembali bersama anak-anak, hati masih risau keadaan suami yang lebih teruk keadaannya. Namun syukur, kini suami pun semakin pulih dan sedang menjalani fisioterapi supaya dia boleh berjalan dengan seimbang kerana terlalu lama di ICU. “ Jelas Suhaili lagi.
Bila Masyarakat Tak Ambil Berat!
Nasihatnya untuk orang ramai, Covid-19 ini bukan virus yang boleh diambil remeh.
“ Tolonglah, jangan pandang mudah tentang virus ini. Ia sejenis virus yang ‘jahat’ dan sedaya upaya nak masuk ke dalam paru-paru kita. Dengar dan ikutlah apa kerajaan sarankan. Tolong pakai mask dan cuci tangan. Orang yang suka keluar ni mungkin tak faham sangat tentang virus ini. Tak boleh berkumpul terlalu ramai dalam dsatu masa terutama dalam bilik yang berpenghawa dingin. Jaga jarak dan pakai face mask.
“ Bila dah balik rumah sekarang ni, nak keluar pun rasa fobia dan takut sebab ia sesuatu yang kita tak nampak. Sangat bahaya untuk orang yang sistem imunisasi badannya lemak seperti orang tua dan pesakit kronik. Keadaan suami pula, Alhamdulillah sudah makin stabil. Sekarang dah masuk hari ke 56 (ketika artikel ini ditulis) dia di hospital.
” Paru-paru suami ada ‘parut’ kesan daripada Covid-19. Jantung juga lemah kerana paru-paru tak boleh mengembang, menyebabkan oksigen terhalang ke jantung. Buah pinggang suami juga 30% saja ok tapi doktor kata akan pulih nanti. Selepas keluar, suami kena mengadakan pemeriksaan setiap minggu. Tolong doakan suami saya akan dibenarkan balik sehari dua lagi.” Ujarnya pemnuh harapan.
Anak-Anak Rindu Ayah
Sebagai ibu, memang sedih bila anak-anak menangis rindukan ayah mereka. Tapi saya selalu beritaju mereka, kita keluarga terpilih untuk Allah uji sebab Allah sayang. Bila rindu, mereka akan peluk kain pelekat dan topi ayah mereka.
” Bulan puasa ini, rutin harian Suhaili untuk solat berjemaah dan mengaji bersama anak-anak. Setiap malam kami tak tinggal solat hajat dan baca yasin. Ia beri ketenangan pada anak-anak juga. Saya terima ujian ini dengan reda walau pun sukar nak terima..” Akhiri Suhaili.
Hati ibu mulai remuk bila anak berani membentak dan anak tak dengar cakap. Bermacam kata-kata kurang enak ibu tuturkan sebab panas hati dengan sikap anak. Andai ini yang ibu sering alami, lihat kembali di mana Allah di hati ibu.
Ikuti perkongsian yang begitu bermanfaat daripada Puan Ainizal Abdul Latif. Bagaimana beliau muhasabah diri setiap kali berhadapan dengan anak-anaknya.
Ini Perkongsiannya
Sering saya merungut-rungut sekiranya anak mengulang kesilapan yang sama setiap hari. Seiring itu, ketika anak memohon maaf, saya akan susuli dengan bebelan yang panjang, kenapa masih ulang lagi kesilapan yang sama?
Penat.
Tiba-tiba terfikir, bagaimanalah jika Allah juga ‘penat’ dengan dosa yang kita lakukan setiap hari?
Kita sendiri sering mengulang-ulang dosa kepada Allah, khilaf, lalai dan bertaubat. Namun yang Allah janjikan ialah keampunan dan kasih sayangNya yang tidak bertepi.
Maka, adakah patut kita marah kepada anak yang mengulang-ulang kesalahan dan mohon ampun maafnya kepada kita, kita balas dengan bebelan yang panjang.
Insaf.
Marahlah, untuk mendidik. Bukan kerana mahu melepaskan nafsu dek kerana perasaan penat itu tadi.
Kalaulah mendidik anak, semudah hari ni ajar, esok dah pandai. Hari ni marah esok dah jeran nak buat salah. Hari ni di tegur, terus ingat sampai bila-bila. Tidaklah Allah merakamkan kisah dan ujian kesusahan nabi mendidik umat di dalam Al Quran.
Betapa manusia ni seperti fitrahnya seorang anak, sentiasa dalam keadaan khilaf, tidak tahu, mengulang-ulang kesalahan dan taubat.
Anak ini refleksi hubungan engkau dengan tuhan. Betapa engkau ingin di dengari kata-katamu oleh anak, dahulu kan lah dengan mengikut apa yang di suruh Allah.
Degil anak kepada kita, culas nya anak dengan Al Quran, seringnya anak melakukan kesilapan, cermin lah juga betapa degilnya kita kepada tuhan, betapa culasnya kita dengan Al Quran, dan betapa seringnya kita juga mengulangi kesilapan.
Tuhan, moga kami tidak pernah penat bertaubat sebagaimana seringnya kami melakukan khilaf.
Agak-agak berapa jumlah nafkah yang suami beri pada isteri setiap bulan? Ratus, ribu atau tidak beri langsung sebabnya isteri sendiri bekerja dan mempunyai pendapatan lebih banyak daripada suami.
Itu bagi isteri yang bekerja. Bagaimana pula dengan isteri yang tidak bekerja dan mengharapkan gaji suami semata-mata. Berapa yang suami bayar untuk isteri yang hanya suri rumah sepenuh masa.
Baik isteri bekerja atau suri rumah, suami kena faham dan tidak boleh anggap isteri duduk di rumah hanya goyang kaki dan tidak buat apa-apa. Cuba kalau suami ambil alih tempat isteri, cukuplah sehari. Mahunya suami akan surrender sebab tak mampu kan!
Perkongsian daripada iamam Muda Hassan Adli ini, boleh membuka mata suami tentang supaya kira berapa nilai yang boleh dia beri pada isteri bila buat kerja di rumah. Barulah dia tahu kan!
Bukan Goyang Kaki
Sebahagian suami menyangka isteri yang menjadi suri rumah goyang kaki di rumah, makan tidur tak buat apa-apa.
Bila suami balik rumah, dimarahnya isteri sebab rumah bersepah, baju tak berlipat. “Awak ni dok rumah buat apa?” Muka suami punyalah ketat, dipandangnya isteri macam harimau kelaparan.
Akhirnya suami keluar rumah lepak dengan kawan-kawan. Dikatanya “aku stress kat rumah, balik rumah pun serabut. Aku kerja cari duit, duit rumah aku bayar, kereta aku bayar, dia dok rumah kemas rumah pun tak boleh buat”.
Isteri di rumah melayan perasaan, pendam seorang diri. Duhai malang nasib si isteri.
Wahai para suami mithali, pernah tak kita mengira berapa nilai kerja isteri kita di rumah?
Jom kita kira sama-sama:
1. Kalau panggil part time maid untuk kemas rumah 2 jam RM60. Isteri mengemas rumah lebih dari 2 jam sehari. Kita anggarkan sehari RM100 untuk upah mengemas rumah. Sebulan RM3000 suami perlu bayar pada isteri.
2. Upah memasak untuk tukang masak di restoran, gajinya sebulan paling kurang RM2000. Kita anggarkan RM1000 sebulan cukuplah untuk upah isteri masak untuk kita dan anak-anak.
4. Upah jaga anak sebulan RM400 seorang anak. Kalo 3 orang anak RM1200 sebulan suami perlu bayar pada isteri.
5. Upah iron baju anggaran sehari RM10. Sebulan RM300.
Itu tak termasuk upah picit badan suami, urut kepala suami sebab pening, dan lain-lain lagi.
Bukan Tidak Penat
Walaupun isteri kita suri rumah sepenuh masa, jangan kita menyangka yang dia tak penat menguruskan rumah tangga. Nampak macam mudah, tapi cubalah suami ambil alih tugas isteri sehari pun cukuplah, kita akan rasa kepenatan yang teramat sangat macam penat seminggu bekerja.
Isteri buat semua tu kerana sayangkan suami, dia tak minta pun upah itu ini, cukuplah kasih sayang daripada suaminya.
Kalau suami balik rumah tengok rumah bersepah, kain tak berlipat, jangan terus kita bersangka buruk dengan isteri. Bukan dia tak nak lipat baju, tapi dia tak sempat nak lipat sebab banyak kerja rumah yang dia buat sebelum tu.
Apa kata kita ikut cara Nabi SAW bila balik rumah, Baginda tak banyak komplen dan tidak bersangka buruk terhadap isterinya, bahkan Baginda akan bantu kerja isteri tanpa diminta.
Bersyukurlah Suami
Apapun, syukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan pada kita, dapat isteri sebagai teman hidup pun satu rahmat. Apa-apa kekurangan pada isteri anggaplah ianya sebagai suatu keunikan yang menambah seri dalam rumah tangga.
Pointnya, hargailah penat lelah isteri walaupun mereka bergelar surirumah sepenuh masa. Bukanlah mesti membayar sejumlah wang sebagai upah kerja isteri, nafkah zahir ikutlah kemampuan suami.
Hassan Adli
Perbaiki Diri
MW: Kalau suami berkira sangat, boleh tunjukkan nilai kiraan ini ye isteri-isteri sekalian.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...