
Kalau anda jenis tak suka bela kucing di rumah pun, belum tentu kawasan rumah tak ada najis kucing. Tambah pula kalau hidup berjiran, itu biasa. Baru cuci hari ini, esok ada lagi!
Haaa… tak kan nak biar kalau dah sampai najis kucing itu melekat pada tayar kereta tiap kali nak keluar dari rumah.
OK, mungkin anda dah cuba banyak cara tetapi kucing-kucing tetap buat hal. Jadi kali ini anda boleh terus settle masalah bau ‘wanginya’ kawasan rumah anda dengan tip yang dikongsikan oleh saudara Osman Affan …
Masalah Najis Kucing
Sejak 7 tahun lepas, saya dan Puan Isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing-kucing liar suka benar melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah tu.
Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing… macam-macam caralah!
Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.
Pelik tapi Alhamdulillah, sudah 4 hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.
Bahan itu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.
Harga sebungkus pula cuma lebih kurang RM6. Kalau ada mana-mana sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zuhud Jadual Harian Disusun Ustaz Ismail Kamus, Perginya Seawal Pagi JUMAAT

Awal pagi Jumaat ini, bersamaan 15 Ramadan negara kehilangan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun.
Allahyarham meninggal dunia jam 12.30 pagi Jumaat di kediamannya di Ampang.
Beberapa insan hebat ini juga bertemuNya pada penghulu hari iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.
Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ustazah Asma Harun, “Mereka dipilih Allah untuk kematian yang begitu indah kerana saat hidup mereka memilih berjuang kerana Allah dan Agama Allah, mengatur jadual hidup dengan mengutamakan temujanji dengan Allah, akhirnya kembali dan bertemu Allah dengan cara terindah.. Allahu Akbar..”
20 Jadual Harian Allahyarham Datuk Ustaz Ismail Kamus
Jadual harian yang disusun Allahyarham Tuan Guru Dato Ustaz ISMAIL KAMUS.
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
- Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas
18. Solat Isya’
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.” – Ustaz Ismail Kamus

Apabila Allah Tak Perlukan Kita Sebagai HambaNya..
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
√ Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
√ Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
√ Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
√ Allah akan sibukkan kita dengan harta.
√ Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
√ Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
√ Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
√ Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
√ Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
√ Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
√ Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
√ Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Tazkirah hati
C&P
#Share ilmu ini untuk peringatan semua.
#UAHSahabatDuniaAkhirat
#SahabatICarePrihatin
Baca sini : Datuk Ismail Kamus meninggal dunia, dijemput Ilahi pada 15 Ramadan
MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Datuk Ustaz Ismail Kamus ditempatkan di taman-taman syurga di sisi hambaNya yang soleh.
Sumber/Foto : Ustazah Asma Harun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tabung Bunian’, Tip Kumpul RM200 Dalam 20 Hari, Ikhtiar Tukar Gram Emas

Tip kumpul duit mungkin dianggap agak susah, maklum sahaja, bila kumpul ada saja duit yang nak digunakan. Kiranya tak istiqamah dalam simpan duti tabung, mesti ada yang ‘bocor’.
Namun, kalau kita memang niat untuk dapatkan sesuatu, sudah mestinya kita akan lakukan bersungguh-sungguh dalam tip kumpul duit tabung. Nak dapatkan duit secara serentak mungkin boleh menyebabkan kita pula ‘sesak’ pada tengah-tengah bulan
Jadi, Mohd Azrin Roslan, ada beri tip untuk semua dalam mencukupkan duit tabung sebanyak RM200 dalam masa 20 hari. Paling penting, kena buat jadual menabung supaya kita tidak culas.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Susah Nak Menabung, Belilah EMAS, Pelaburan Jangka Panjang Bukan Ikut Trend
Nak Beli Emas Gunalah Wang Lebihan Bukan Duit Komitmen Bulanan, Kena Tahu, Faham
Info Lebih Menarik DI SINI
Tip Kumpul Duit Tabung
Kita boleh guna teknik old skool yang masih lagi boleh diterima pakai sehingga hari ini.
Carilah tabung untuk menabung. Buatkan jadual menabung untuk 20 hari.
Saya buat jadual 20 hari bekerja kerana tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.
Setiap hari saya akan simpan duit not merah RM10 atau asing duit sebanyak RM10 ke dalam tabung.
Tanda pada jadual menabung setiap hari dan setiap kali masukkan duit ke dalam tabung.
Kenapa perlu tanda untuk membina momentum menabung. Setiap kali kita melihat progress menabung pada jadual menabung, kita akan rasa lebih bersemangat nak capai jumlah terkumpul RM200 dalam masa 20 hari.
Insya Allah, ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk memaksa diri menabung.
Kena Ada Pantang Larang Menabung
Anggaplah tabung ini sebagai ‘Forgotten Saving’ atau ‘Tabung Bunian’.
Pantang larang menabung. Setiap kali menabung jangan sekali-kali teringin nak intai-intai jumlah terkumpul.
Kalau tidak duit yang terkumpul akan lesap. Ingat tau.
Sekarang ini ramai yang Work From Home (WFH) semasa pelakasanaan PKP.
Duit yang belanja minyak, tol, parking dan makan tak dibelanjakan semasa WFH tentu boleh dimasukkan ke tabung ini.
Bagi yang berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Boleh asingkan duit keuntungan ke dalam tabung ini.
Tak banyak pun asingkan. RM10 saja.
Dalam masa 12 bulan akan terkumpul sebanyak RM2, 400. Inilah hasil usaha menabung secara konsisten.
Semoga kalian dapat menabung dengan jayanya.
Sekarang tak mustahil nak tukar duit tabung yang dikumpul ke dalam bentuk gram emas.
MW: Pantang larang yang patut diamalkan, jangan sesekali intai atau kira duit tabung. Mahunya, bila sekali ambil, akan jadi berkali-kali nanti.
Sumber: Mohd Azrin Roslan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anggota Tentera Hilang Di Royal Belum Ditemui Meninggal, Doa Ibu Anak Selamat Pulang Ke Pangkuan Berakhir Tragedi

Anggota tentera hilang di Royal Belum ditemui meninggal, doa ibu anak selamat pulang ke pangkuan berakhir tragedi. Kerisauan seorang ibu menerima berita ketika anaknya mengikuti operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, Jumaat lalu berakhir dengan tragedi.
Semalam, Fadzilah Jaafar yang juga Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena menulis di facebooknya memohon doa kepada Allah azzawajalla untuk keselamatan anaknya, Kopral Mohamamad Nasri Mohd Nasib, 33 tahun ditemui selamat.
Tulisnya, Ya Allah selamatkanlah anakku dan Engkau kembalikan lah dia kepangkuanku semula..aamiin.
Anggota Tentera Hilang Di Royal Belum Ditemui Meninggal
Hari ini, di penghujung 10 Ramadan, ibu ini menerima berita menyedihkan apabila anaknya itu ditemui sudah tidak lagi bernyawa.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Tragedi Sehari Sebelum Ramadan, Amsyar ‘Bermandikan’ Air Panas Dari Kuali
Tragedi Selepas Berbuka, 4 Beradik Berusia 3-8 Tahun Meninggal Dalam Kebakaran Di Rumah
“Memang Rasa Tak Sedap Hati.” Ibu Ingat Kemalangan Biasa, Rupanya Anak Terkorban
Tragedi 1 Ramadan Berdarah, 3 Beradik Maut & 4 Parah Ditetak Lelaki Dipercayai Kurang Siuman

Doa Ibu Anak Selamat Pulang Ke Pangkuan Berakhir Tragedi
Hal ini dikongsikan oleh bekas Menteri KPKT, Datuk Reezal Merican Naina yang mengucapkan takziah buat Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena di atas ujian dilaluinya.
Berdukacita dengan berita kematian Koperal Mohamamad Nasri Mohd Nasib, salah seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang di Hutan Simpan Royal Belum.
Takziah diucapkan kepada Pn Fadzilah Bakar, Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena dan keluarga di atas pemergian anakanda tercinta.
Urusan membawa pulang jenazah sedang diuruskan oleh pihak tentera. Jenezah akan disolat dan dikebumi di Pulau Mertajam.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Dalam pada itu, dilaporkan dalam kejadian berlaku Jumaat lalu pada pukul 5 petang, Kopral Mohammamad dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika anggota tersebut bersama lima rakan lain sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan.
“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),”katanya pihak polis. Hinggalah mayatnya ditemui hari ini.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Datin Lisa Surihani Takut Dipuji Orang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI