Buat mak-mak yang sering menggunakan bedak talkum baik untuk diri sendiri ataupun dipakaikan pada anak-anak, mohon lebih berhati-hati.

Menerusi laporan terbaru, Syarikat farmasi gergasi Amerika Syarikat (AS) Johnson & Johnson diperintah membayar pampasan berjumlah AS$4.69 billion atau RM18.98 billion kepada 22 wanita dan keluarga mereka yang mendakwa bedak talkum bayi syarikat berkenaan mengandungi asbestos penyebab kanser.

Ini merupakan perkembangan terkini dalam keputusan kes itu yang menyaksikan ribuan saman difailkan ke atas syarikat farmasi gergasi Amerika Syarikat itu.

Menurut peguam mangsa, Mark Lanier, barisan juri yang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita di St Louis, Missouri, berpihak kepada mangsa selepas melalui proses perbicaraan selama enam minggu.Perbincangan pihak juri yang membawa kepada keputusan itu pada Khamis, memakan masa selama lapan jam.

IKLAN

Penyebab Kanser Ovari

Bayaran AS$4.69 bilion itu termasuk pampasan bernilai AS$550 juta serta lebih AS$4.1 bilion ganti rugi punitif.Plaintif menyatakan, bedak talkum yang digunakan untuk kebersihan diri menjadi penyebab kepada kanser ovari.

Semasa perbicaraan, wanita-wanita itu dan keluarga mereka berkata, mereka mendapat kanser ovari selepas menggunakan bedak bayi dan produk talkum lain syarikat itu selama beberapa dekad.Daripada 22 wanita yang diwakili dalam kes ini, enam telah meninggal dunia akibat kanser ovari.

Peguam mereka mendakwa, syarikat itu tahu talkum itu dicemari asbestos sejak 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risikonya.

IKLAN
Bedak Talkum Johnson & Johnson Ada Asbestos, 22 Wanita Terima Ganti Rugi Dakwa Sebabkan Kanser Ovari!
Salah seorang plaintif, Gail Ingham (hadapan), bersama para peguam termasuk Mark Lanier (kanan) di luar mahkamah di St. Louis, 12 Julai, 2018. (Foto AP)

Tutup Bukti Kehadiran Asbestos 40 Tahun

Dalam satu lagi kenyataan, Lanier berkata, Johnson & Johnson telah menutup bukti kehadiran asbestos dalam produk mereka selama lebih 40 tahun.Beliau turut menggesa agar bedak talkum itu ditarik daripada pasaran.

Bagi pihak Johnson & Johnson pula, syarikat itu amat kecewa dengan keputusan mahkamah berkenaan. Dalam kenyataannya, ia menyifatkan perbicaraan dijalankan melalui proses yang pada asasnya tidak adil. Ini kerana, dakwa Johnson & Johnson, ia membolehkan plaintif diwakili kumpulan 22 wanita, kebanyakannya tiada kaitan dengan Missouri, dalam satu kes tunggal yang mendakwa kesemua mereka mendapat kanser ovari.

IKLAN

Justeru syarikat berkenaan akan mengemukakan rayuan memandangkan mereka yakin bahawa bedak talkum keluarannya tidak mengandungi asbestos atau penyebab kanser ovari.

Semoga mak ayah lebih berhati-hati dalam memilih produk penjagaan dan kebersihan diri baik untuk diri sendiri mahupun anak-anak.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI