Macam mana baik pun suami, tapi bila sampai tergamak berkasar dengan isteri, tetap ianya satu kesalahan yang susah untuk dimaafkan. Hari ini, suami YouTuber masakan terkenal berusia 29 tahun, ditahan reman selama tiga hari oleh Makmahah Majistret Ipoh.
Dikatakan bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya berusia 28 tahun mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Suami isteri itu dikatakan bertengkar di perkarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh semalam.
Suami YouTuber Bawa Senjata Sabit
Suspek dalam keadaan marah malah mabuk, membawa senjata sabit. Dia mencari isteri dan adik iparnya. Bagaimana pun, dia tak dapat bertemu adik iparnya itu. Ia menyebabkan suami YouTuber itu memukul isterinya.
Ads
Kejadian yang berlaku jam 5.54 petang itu juga dilihat oleh seorang jururawat yang ternampak lelaki mabuk dengan memegang sabit cuba masuk ke salah satu wad hospital berkenaan.
Dipercayai, pasangan itu bergaduh disebabkan masalah keluarga. Berpunca selepas mangsa tak menyebut nama suaminya dalam satu anugerah baru-baru ini.
Pergaduhan berlarutan sampai keesokan hari (semalam), dan itu yang membawa nya ke hospital mencari adik isterinya.
Ads
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Dan masih menjalankan siasatan lanjut ke atas kes yang berpunca dari perselisihan faham ahli keluarga ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
MW :Sungguhlah! arak itu memang boleh buat orang hilang kewarasan diri, dan tergamak buat macam-macam benda tak baik dekat orang yang dia sayang.
Nampak muslimah tapi di sebalik tudung itu ada sikap yang boleh buatkan kita mengucap panjang. Semua ni kerana pengaruh dan masalah dalam diri sendiri.
Tak mustahil, ada pelajar IPT yang sememangnya bijak pandai tapi dari segi sosial tidak begitu ‘pandai’. Sanggup pertaruhkan maruah kerana wang ringgi dan kebebasan.
Mak ayah di kampung yang menaruh kepercayaan pada anak-anak, kelak dapat membantu keluarga. Tapi, dek kerana hawa nafsu di bandar membuatkan perempuan yang nampak muslimah ini terjerumus.
Nikmati hidup dan tak mendapat kasih sayang daripada keluarga menjadi penyebab mereka sanggup lakukan seperti ini, hingga sanggup ambil jalan singkat untuk kaya dengan cepat.
Inilah antara perkongsian daripada Iqbal Hakim ketika bertemu dengan beberapa orang pelajar perempuan IPT yang nampak muslimah bila balik ke rumah orang tua tapi rupanya dijaga oleh ‘sugar daddy’.
Ini kisah pelajar IPT di Lembah Klang, Melayu Islam. Baru 2 hari lepas.
Mereka ini satu geng seramai 6 orang. Bersembang dengan orang yang pertama, namanya Syaya (bukan nama sebenar).
Saya pun tanya soalan pertama, “umur berapa?”
Syasya jawab, “baru 20 tahun”.
Saya terus cakap, “oh muda lagi, lebih kurang lepasan SPM”.
Saya tanya lagi, “solat jaga tak?”
Syaya respon, “sejak kecil memang tak pernah solat. Mak ayah ada je suruh, tapi bila masuk bilik tak solat, rasa malas”.
Sembang punya sembang, Syaya pun cerita yang dia ada akaun DS twitter dan channel telegram untuk post benda 18*+ tu. Katanya boleh buat duit, orang bayar untuk dapat akses.
Dalam hidup dah lebih 100 kali buat s+ks, dengan pakwe yang bertukar-tukar. Sejak umur 13 tahun bergiat dengan benda ni. Banyak stok pil cegah mengandung.
Pernah termengandung 2 bulan, terus makan pil untuk gugurkan.
Bila dia cerita, saya pun terkaku jap, jarang dengar pengakuan dari mulut tuan badan sendiri.
Syasya sambung lagi. “Sekarang ada sugar daddy, sekali keluar dapat RM150 tu paling minimum. Kalau rajin lagi, sebulan boleh kumpul lebih RM5000. Tak buat apa pun, keluar teman lelaki bekerjaya minum-minum je”.
Kalau nak kata pergi clubbing dan minum arak tu dah biasa sangat, seminggu 4-5 kali pergi. Bila ditanyakan kenapa rasa nak pergi, katanya “You Only Live Once, masa muda ni nak nikmati hidup”.
Keluarga Tidak Hargai
Saya tanya lagi, “mak ayah tak tahu ke buat benda macamni”.
Syasya jawab, “oh mereka tak tahu. Sekarang je pakaian teruk macam ni, balik rumah jadi muslimah sejati. Kalau mereka tahu i dah jadi anak angkat dah sekarang”.
Macam-macam lagi dia cerita, saya mula tanya sebab buat semua tu.
Syaya bagitahu, “mak ayah selalu tak appreciate. Dulu i dapat 4A 4B dalam SPM, tapi parents bebel yang B je, yang A tak hargai.”
“Parents sibuk kerja, tak membesar sangat dengan mereka. Banyak duduk dengan kawan-kawan.”
“IPT kami pun lebih 80% students perangai macam kami, so biasa je benda ni, ramai buat benda yang sama. Sebab kawan-kawan tu ada lah juga sikit.”
Awalnya sembang di kedai makan, kemudian mereka bawa ke rumah mereka untuk perkenalkan rakan-rakan yang lain. Ini baru kisah Syaya, ada 5 orang lagi kisah kawan-kawannya yang lebih gelap.
Jangan Remehkan Kasih Sayang Anak
Mak ayah jangan ambil remeh dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. Fitrah manusia perlukan kasih sayang. Jika tak dapat melalui mak ayah, dia akan cari orang lain. Mak ayah kena mula periksa aktiviti anak-anak, cuba lah tanya kawan sekelas dan sebilik.
Paling penting, pilihlah circle yang ada biah solehah. Kawan-kawan di universiti ni banyak memberi pengaruh kepada sikap dan tindakan seseorang tu. Jangan tersilap masuk lubang biawak, nanti susah cari jalan keluar.
Ini tanggungjawab kita bersama untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja. Dakwah tak sampai kepada mereka ni, banyak lagi lubang yang perlu kita gali.
Moga kita, anak-anak dan kawan-kawan kita dijauhkan daripada perbuatan sebegini.
Mingguan Wanita : Tak semua pelajar IPT berperangai begini. Mungkin sesetengahnya lakukan begitu atas sebab tertentu. Moga anak kita dijauhkan.
Kecoh bau harum bunga, wanita kongsi teori sebab fenomena terjadi. Tiada langsung unsur mistik.
Fenomena bau harum bunga yang berlaku di beberapa negeri khususnya Negeri Sembilan mencetuskan tanda tanya dan kekecohan di media sosial. Manakan tidak rata-rata mengakui bau yang sangat harum seperti melur dan khususnya bau bunga kemboja yang banyak ditanam di tanah perkuburan.
Kecoh Bau Harum Bunga, Wanita Kongsi Teori Sebab Fenomena Terjadi.
Bila dikaitkan dengan hal perkuburan, mulalah unsur-unsur mistik dikaitkan. Kasihan Cik Ponti, kerana namanya dikaitkan pada hal-hal ini.
Dalam ramai-ramai mengutarakan pertanyaan, ternyata pendapat dikongsi oleh seorang wanita, Zaifie Zainal dilihat sangat logik kerana menurutnya, tiada unsur misteri apa pun. Fenomena ini adalah disebabkan bunga berkembang mekar dan menyebarkan debunganya.
Kenapa bau kuat? Sebab bunga-bunga ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers.
Baca pandangannya. Lepas nie jangan fikir yang mistik sudah.
Ramai mengaitkan dengan unsur mistik dan minta agar negara dijauhi dari sebarang maha bahaya.
Tiada Langsung Unsur Mistik
Betapa berjauhannya kita dengan alam sampaikan bau bunga pun kita syak makhluk halus
Kawan-kawan, sekarang ni tengah fenomena full moon. Waktu macam ni, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’. Terutama sekali pada waktu malam.
Waktu mcm ni lah bunga-bunga ni akan keluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan sesetengah kita cakap “ada roh balik rumah la tu”. Tak pun ada kak ponti tengah follow… serammmm ooo…
Fenomena ni juga ada kaitan dengan sistem biologi badan kita terutama sekali sistem reproduction perempuan. Kalau badan kita pun ada tindak balas full moon, macam tu jugak la bunga-bunga. Waktu macam ni la diorang kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya.
Kenapa bau kuat? Sebab bunga-bunga ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers.
Kelopaknya tertutup siang dan terbuka waktu malam. Dia keluarkan bau yang kuat tengah malam untuk tarik kelawar dan serangga yang bantu pendebungaan.
Wakt-waktu macam ni la yang sesuai untuk ‘perfumer’ atau perfume expert mengkaji bau bunga dan mencari bunga-bunga yang sesuai untuk perfume. Sebab baunya tengah ‘peak’.
Contoh paling senang nampak sekarang ni, bunga durian tengah meriah. Bunga-bunga kemboja kat perkuburan tu tengah mekar. Tapi kenapa bau bila malam je? Dah nama full moon. Ada ke dia sebut full sun?
Dah tu… tak payah nak saspen sangat kalau ada bau harum. Kelam kabut laa baca segala ayat. Ingat kak ponti singgah. Kesian dia orang kena tuduh. Langsuir pun boleh kemurungan asyik kena fitnah.
Asbab Belanja Isteri & Anak-Anak RM800, Rezeki Khai Dapat Cek RM80,000! Rezeki datang dalam pelbagai cara. Salah satu asbab suami dimurahkan rezeki apabila tidak berkira dengan keluarga dan ikhlas gembirakan isteri serta anak-anak.
Pasangan selebriti yang lahir dari program realiti Akedemi Fantasia musim pertama (AF1) pada 2003, Khairul Nizam Mohamad Wahi,44 atau Khai dan Rosmayati Sidik,38 atau lebih dikenali Rosma telah 15 tahun mendirikan rumahtangga.
Perkenalan daripada program realiti tersebut membawa pasangan ini hingga ke jenjang pelamin pada 2008 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Amzar Danish,12, Nur Amani Damia,7 dan Dhania 4.
Usahawan Berjaya
Pasangan ini kini merupakan usahawan berjaya dan cukup aktif mengusahakan perniagaan kesihatan serta produk inai rambut sebagai sumber pendapatan.
Baru-baru ini, bapa kepada 3 orang anak ini berkongsi cerita asbab menggembirakan hati isteri dan anak-anak, serta berkat doa mustajab isterinya dia sekeluarga diberikan rezeki yang melimpah ruah.Jumlah berganda dari nilai yang dibelanjakan buat keluarga.
Berikut perkongsian tersebut;
Gembirakan hati isteri atau pasangan dengan ikhlas dan kedua-duanya bersyukur, InsyaAllah… Allah akan luaskan lagi pintu rezeki tanpa sedar. Kaya hati dan tenang jiwa. Belanja isteri bukan asbab nak balasan tapi ikhlas tapi dengan berkat doa isteri rezeki melimpah ruah.
Saya belanja isteri dan anak-anak total dalam RM800, isteri terus doa depan-depan.
“Ya Allah Engkau bukakanlah pintu rezeki suamiku ini dengan rezeki tanpa disangka”
Kuasa Doa Isteri
Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tapi niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dengan ikhlas kerana Allah untuk buat mereka happy dan itu rezeki mereka.
Isteri akan tahu sendiri doa untuk kita juga. Tapi anak-anak perlu diingat, seblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji untuk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lepas tu suruh anak-anak baca doa makan pun OK.
Doa perlu jelas. Ini cerita betul, depan saya isteri saya doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yang saya tahu lah sebab tu saya terkejut betul-betul cek dapat berjumlah RM80,000. MasyaAllah…
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang tak rugi gembirakan anak isteri. Berkat doa isteri semakin dimurahkan rezeki melimpah ruah. Semoga menjadi contoh dan inspirasi buat para suami yang lain juga, supaya tidak berkira untuk bahagiakan anak isteri.
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...