Macam-macam perkara berlaku dalam dunia sekarang. Manusia semakin kejam dan sanggup melakukan perkara di luar kewarasan fikiran. Tempoh 40 tahun berkahwin bukan jangka masa yang sekejap. Seharusnya sudah cukup ‘masak’ dengan setiap perangai dan tingkah laku pasangan.Namun tidak bagi pasangan suami isteri dari Makassar, Indonesia ini.
Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis.
Tolak Lakukan Hubungan Intim
Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berumur 60 tahun yang baru dirujuk kira-kira dua bulan selepas bercerai hanya kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.
“Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa,” kata jurucakap polis, Abdul Rahim.
Ads
Ujian Kesihatan Mental
Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai Andi Soto.
Dia telah didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Ads
Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.
Ads
“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik,” kata Andi Asrul.
MW: Individu yang memiliki masalah mental dan sering berhalusinasi perlu dipantau selalu dan diberikan rawatan sebaiknya. Jika dibiarkan sahaja memang boleh membahayakan orang sekeliling.
Sebenarnya tak perlu pergi spa nak dapatkan urutan batu panas ini. Buat sendiri dekat rumah pun boleh. Asalkan tahu cara betul nak membuatnya.
Trainer di World SPA Theraphy & Consultancy, Sarifa Redzuan II berkongsi manfaat urutan batu panas. Antaranya dapat legakan badan penat sekaligus cara membuat terapi urutan batu panas ini.
“Okay , sebelum nak buat kat rumah, awak perlu cari batu. Jangan pula kutip batu tepi jalan.”
“Cikgu sarankan awak pergi kedai pokok, pergi beli batu sungai yang untuk landskap tu yang berwarna hitam. Beli saiz yang agak besar dan leper supaya senang utuk diletakkan di badan.
“Ambil dalam lebih kurang 20 biji batu. Cikgu larang awak kutip batu di sungai bawa balik.”
Panaskan batu di dalam periuk dengan meletakkan air. (Jangan guna periuk ini untuk masak makanan). Maksudnya beli la satu periuk elektrik yang murah murah tu khas untuk buat terapi ini.
Pastikan pasangan meniarap dengan selesa . Dan lapikkan towel di atas badan pasangan.
Angkat batu dalam periuk dengan penyepit dan susun batu di atas badan pasangan di antara tulang belakang (rujuk gambar batu disusun ). Dan susun di bahagian kaki. Habiskan 20 biji batu. Biarkan 10 minit.
Angkat kesemua batu dan buka towel serta susun kembali batu tadi di atas badan pasangan. maksudnya batu direct ke kulit (rujuk gambar batu disusun) Biarkan selama 10-15 minit.
Setelah 15 minit angkat ke semua batu dan sapukan di badan dengan minyak zaitun yang dipanaskan dengan burner (Boleh dibeli di Hinode shop dengan harga RM6). Kemudian urut perlahan lahan menggunakan tapak tangan.
Kombinasi urutan tangan dengan batu panas mampu melegakan otot yang tegang dan memberi kepuasan yang maksima . (rujuk rajah urutan back rubs) . Ulang beberapa kali.
Batu masak herba special!
Kehangatan batu yang dimasak bersama rempah dan herba terpilih dilalukan di badan yang kepenatan.
Haba yang di pindahkan dari batu ke badan membuatkan bahu yang ketat tadinya menjadi kendur dan sangat selesa.
Rupanya ada 5 tempat istimewa yang akan buat isteri anda bahagia dan tenang hatinya. Nanti wajah isteri boleh jadi berseri-seri macam bari balik dari melancong.
Tak percaya? Cuba hadam perkongsian Dr Taufiq Razif ini. Salah satu yang paling buat suami ini musykil bila mana balik kerja pun isteri boleh rasa bahagia sungguh. Haa.. rupanya ada sebabnya.
Saya duk perhati lama dah isteri saya ni. Kalau balik je daripada 5 tempat ni mesti wajah dia berseri seri macam baru balik melancong :
1. Kedai 2 ringgit
2. Kedai jual tudung
3. Masjid atau tempat usrah
4. Guardian
5. Balik dari tempat kerja
Yang no 1 hingga no 4 tu saya faham lagi la. Yela, Me Time dia la kan. Cuma yang no 5 tu saya pelik. Isteri saya ni doktor kat Klinik Kesihatan. Kerja bertimbun. Pesakit ramai. Beban kerja pun boleh tahan banyak.
SELALU JE MENGELUH PENAT tapi kadang-kadang tu dia balik dengan wajah ceria macam baru balik honeymoon.
Haisshhh! tak boleh jadi ni. Curiga la jugak kan.
“Baik sayang jujur. Ada benda sayang tak bagitahu abang kan?”
Dia tersenyum sambil buka mulut..
“Abang bagus tau beli mainan anak. Bagus untuk pendidikan. Pastu tudung ni kan macam makcik makcik la. Cantik kan tudung baru ni kan….bla bla bla ” ( panjang sungguh ceritanya sebab isteri saya ni ekstrovert sikit )
Ya Rabbi. Patut la muka berseri bila balik kerja rupanya masa orang tengah rehat dia pi shopping kat shopee.
Itulah isteri kita ye wahai bapak bapak yang mulia. Ada masa kita kena tegas, ada masa kita kena manjakan dia.
Kita ni ibarat pemburu yang mencari hasil buruan. Siapa lagi nak makan hasil buruan kita kalau bukan pasangan hidup kita kan?
Tu la kenapa saya selalu kata kalau rezeki kita sendat dan macam tersekat, cuba periksa diri kita. Mungkin kita terlupa nak salurkan rezeki kita pada anak dan isteri kerana rezeki mereka ni Allah salurkan melalui tangan tangan kita.
KITA TAK SALUR, BAGAIMANA KITA NAK ALLAH HULUR?
Sampai Sekarang Tak Pandai Membeli Di Shopee Tapi Kebanyakan Duit Saya Ada Kat Dalam Shopee.
p/s : Saya tak berkira dengan isteri pun sebab dia tak pernah berkira dengan saya. Sabor je dia kalau saya tengah sibuk.
Dr Taufiq Razif juga berkongsi ilmu mendidik anak di Telegram miliknya : t.me/NotaTaufiqRazif
Isteri berpantang bersalin mudah amat jiwanya ‘koyak’. Hatinya retak, lagi-lagi dapat suami yang tak nak faham dan berat tulang nak bantu mudahkan kerja isteri berpantang.
Sebab itu, para suami kena hadam apa yang dikongsikan Azlan Noor. Apa yang sepatutnya suami hadap dan buat bila isteri awak itu dalam keadaan berpantang bersalin.
Jangan sesekali letak di fikiran, isteri awak kuat dan boleh lalui 44 hari berpantang sendirian tanpa sokongan suami.
Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongan daripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
Rupa-rupanya tak!
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami.”
Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
1. Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal.
2. Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah.
Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
√ Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
√ Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
√ Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.