Dalam hidup berkeluarga, sudah tentulah kita akan ketepikan keinginan semata-mata orang yang kita sayang dapat apa yang mereka mahu. Dengan kata lain, bagi eorang suami dia sanggup ketepikan apa yang dia suka semata-mata ingin dahulukan isteri dan anak-anak.
Begitu juga dengan seorang isteri atau mak, dia sanggup ketepikan apa yang dia nak semata-mata ingin gembirakan keluarga.
Boleh perhatikan, kalau seorang suami yang penyayang, apa yang isteri suka atau mahu dia sanggup lakukan apa saja, dia rela ketepikan apa yang dia nak asalkan orang yang dia sayang dapat. Kiranya, dia sanggup tak makan untuk dahulukan isteri dan anak-anak. Betul tak?
Ini bagi suami yang fikir begitu dan ada juga suami pentingkan diri sendiri. Semua tak sama. Ketahuilah, isteri sanggup susah senang bersama, tak kan dengan perkara kecil begitu suami tak boleh berkorban. Kan!
Begitulah yang dikongsikan oleh Hayat Muhamad yang boleh menjentik hati suami di luar sana. Fikirkan apa yang telah isteri korbankan untuk kita selama ini.
Selepas itu, ingat nak beli takoyaki. Sebab lama dah nak makan takoyaki. Duduk renung mengidam takoyaki. Ada yang dia letak sotong kat dalam. Fuh. Memang sedap.
Tiba-tiba, teringat isteri suka makan sushi. Kalau aku beli takoyaki, maka tak dapatlah beli sushi.
Aku nak beli takoyaki ke nak beli sushi?
Kalau aku beli takoyaki, aku lebihkan diri aku pada isteri. Isteri kat rumah dia siapkan semua benda. Kemas rumah, siapkan baju. Segala benda yang aku sepahkan, dia yang kemaskan.
Semalam dia penat,dia tidur awal, lepas tu rasa dia bangun semula simpan dapur dan bersihkan.
Ads
Aku agak pukul 12 dia bangun. Masa tu aku pun dah tidur. Pagi tadi aku dengar macam dia cuci tandas. Dia tak mengeluh pun.
Takoyaki atau Sushi?
Aku tak sampai hati nak beli Takoyaki. Aku korbankan Takoyaki demi Sushi. Isteri aku patut lebih layak untuk Sushi. Dia dah berkorban banyak untuk hidup dengan orang yang serba kekurangan macam aku.
Aku masih ingat lagi. Banyak kali dia teman aku ketika susah. Masa aku sakit, dia tolong buatkan air. Pagi tadi dia kemaskan ubat aku. Bila aku balik, katil dah kemas. Ada air sejuk tersedia.
Ads
Aku pun buat keputusan. Sushi!
Lepas beli Sushi, duit ada lebih kurang RM2 je baki. Aku puas. Tak apalah nanti takoyaki aku beli bila ada rezeki lain. Aku teringat lagi tiap- tiap pagi isteri aku berdoa biar aku murah rezeki.
Saudara, isteri bukan ada pertalian darah dengan kita. Tapi Allah hadirkan dia untuk menemani kita. Apa yang dia buat, segalanya untuk kita.
Berbaktilah pada dia. Insya Allah teman kita sampai ke Syurga.
MW: Moga suami yang memahami isteri sentiasa dimurahkan rezeki dan dilipat gandakan rezeki untuk dia dan keluarga. Aamiin.
Jadi mak-mak, bila anak mulai demam dan tak kebah-kebah suhunya memang memang merisaukan.Kasihan dan tak sampai hati melihat anak yang aktif dan cergas, jadi lesu, lemah dan tak berdaya.Selain mengamalkan perubatan secara moden, tak salah mak-mak turut mencuba remidi secara semulajadi untuk kebahkan demam anak.
Menerusi perkongsian oleh Hayana Darliz beliau berkongsi resipi Sup Ayam Barli, yang dikatakan berkesan meredakan demam anaknya dengan cara ini.
Berikut antara perkongsian daripada beliau;
“Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah. Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.”
“Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.”
Nah saya kongsikan resepinya.
Bahan-Bahan:
Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
Dua sudu besar Barli . Basuh dan tos.
Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
Serai diketuk.
Batang saderi.
1 ulas sederhana Bawang merah dimayang.
5-7 ulas Bawang putih cincang
1 sudu besar Apple cider vinegar atau cuka epal untuk 1 liter air
Garam himalaya.
Cara Membuat:
1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.
Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.
Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk biasa reneh sejam setengah.
Perintah Kawalan pergerakan selama 14 hari bermula hari ini. Semua rumah ibadat, premis perniagaan, taska, sekolah malah pusat pengajian tinggi perlu ditutup. Dan rakyat Malaysia perlu melalui tempoh menghadkan pergerakan di luar rumah selama 14 hari.
Dalam kata mudahnya, duduk saja di rumah. Namun, dalam tempoh itu masih dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan, mendapatkan rawatan di klinik malah bekerja bagi mereka yang tak terlibat dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sekiranya perlu berbuat demikian, cuba bertenang dan amalkan zikir yang diajar Rasulullah SAW. Ini yang dikongsikan Ustaz Khairul Anuar Basriakan panduannya.
Terpaksa Keluar Dari Kuarantin 14 Hari, Amal Zikir Ini
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
Bahaya dan malapetaka.
Keracunan makanan.
Sihir dan santau.
Gangguan makhluk halus.
Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsikan ini. Semoga bermanfaat. #KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
MW :Penuhi waktu 14 hari ini untuk luang masa berkualiti dengan anak-anak dan isteri, dengan amalan-amalan yang sebelum ini tak dapat kita lakukan.
Nilai barangan bukanlah menjadi satu keutamaan, namun kesungguhan menzahirkan kasih sayang sempena ulangtahun kelahiran isteri tersayang itulah sebenarnya hadiah yang paling berharga.
Hadiahkan Reban Ayam Baru
Kisah seorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya kerana tidak boleh ke mana-mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) viral di laman sosial.
Mohd Nazri Ismail, 40-an, berkata, pada tahun ini dia mahu memberi kelainan dan turut membuat kek sendiri sempena hari lahir isterinya, Rashidah A Rahman. Bercerita lanjut, kata Mohd Nazri, dia tinggal di Felda Sungai Koyan Dua, Raub Pahang, kedudukan rumahnya agak jauh dari bandar.
“Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.
“Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya,” katanya.
Doa Berbahagia Hingga Ke Syurga
Terdahulu, kisah pasangan ini yang tular di media sosial menarik perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli menyifatkan kesungguhan menzahirkan kasih itulah hadiah yang paling berharga dan mendoakan pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.
Biasa Memasak
Pandai membuat kek buatan sendiri untuk hari lahir isteri, Mohd Nazri yang bertugas di kapal dagang berpangkalan di Dubai berkata, dia tidak kekok untuk memasak kerana ketika berada di atas kapal, sudah biasa berbuat sedemikian.
“Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.
“Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak,” ujarnya.
Selain memasak, sepanjang aktiviti PKP, Mohd Nazri juga akan berkebun dan membawa bapa mentua ke klinik kesihatan untuk menjalani rawatan dialisis. Menurut Mohd Nazri, dia sepatutnya berada di Cairo atas tuntutan kerja bagaimanapun pada hematnya keluarga lebih penting semasa PKP dan rezeki boleh dicari.
MW: Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke syurga. Benar, nilai hadiah dan apa yang diberikan buat pasangan bukanlah yang utama, paling penting kesungguhan dan usaha menzahirkan kasih sayang.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...