Pelik betul dengan lelaki terutamanya yang sudah bergelar suami. Kalau sebelum kahwin, banyak bercakap, semua perkara nak dicerita kan. Tapi bila dah berkahwin, tak rajin pula dia bersembang dengan isteri. Tanya sepatah jawab sepatah.
Inilah yang buatkan isteri rasa marah, sakit hati sebab tak layan dia bersembang. Sedangkan kalau dengan kawan-kawan bukan main rancak lagi. Siap boleh gelak ketawa.
Adakah semua lelaki ni sama saja. Bila dah kahwin, nak bercakap dan nak dengar dia bersembang dengan isteri punyalah susah sangat. Rasanya bukan semua ye.
Semasa bercuti di Krabi, kami menaiki van untuk trip ke Emerald Pool. Adalah satu pasang suami isteri dari Singapura.
Sepanjang 80 km dari hotel kami ke Emerald Pool, pasangan suami isteri belakang seat akak ni tak henti-henti bersembang. Si isteri cakap Bahasa Inggeris manakala si suami membalas 80 % bahasa Melayu. Selebihnya bahasa Inggeris.
Mereka tak menganggu akak pun. Sebaliknya akak pulak seronok dengar mereka laki bini bersembang.
Apa yang akak seronok tu adalah, topik yang mereka bualkan. Topiknya remeh temeh je.
Tapi mereka rancak berbual. Dalam hal ni, akak tabik spring pada si suami tadi. Sebab?
Akak tak rasa suami-suami Melayu Malaysia ni rajin layan isteri berborak macam tu.
Kalau ikut pengalaman akak, isteri pot pet pot pet bercerita si suami banyak diam je. Dengar je. Entah dengar entah tidak. Sekali sekala je menyahut tu pun bila isteri tadi tanya. Betul tak? U rasa ok ke?
Tapi si suami ni rajin layan wife dia bersembang. Antara topik perbualan mereka:
Sayang, how was the food? Isteri tanya suami pasal lauk lunch tadi.
Ok sedap. Jawab si suami.
Ads
Yes…i agreed. The foods was so sedap. U know what, im quite surprised when the tour guide told me, the sweet sour dish is a fish. Cat fish fillet!
Eh, u tak makan cat fish kan?
Ya ya…i don’t eat cat fish. But this time, i cant resisted.
owh no wonder i tengok u makan berselera.
Ya lah. So nicee. If i knew cat fish taste so good, i definitely will eat that fish long time agoooo.
Gelak.
The pumpkin masak lemak also nice kan syg? Tanya si isteri.
Yes sedap. Jawab si suami.
I ate a lot today. I happy. Jawab si isteri.
Suami gelak.
Ads
Mereka bercerita pasal lauk je pun. Berjam-jam mereka sembang. Sebenarnya panjang lagi mereka bersembang pasal lauk pauk tu termasuk buah-buahan yang disediakan.
Bersembang Macam-macam Topik
Apak nak sampaikan adalah, betapa bagusnya mereka laki bini, boleh bersembang apa-apa topik. Walaupun hal-hal begitu.
Akak respect suami dia yang rajin layan isteri bersembang. Orang perempuan ni dia bukan nak harta berjuta pun. Dia cuma nak perhatian dari suami & kawan dia bersembang.
Isteri bila dah kawin, dia tinggalkan semua kawan-kawan dia. Yang dia ada hanya suami. Suami tu dunia dia, syurga dia. Segala-galanya!. Berbeza dengan suami, lepas kawin, masih lepak & keluar dengan kawan-kawn macam bujang.
Jadi bila dapat bersembang dengan suami tu, isteri dah rasa happy sangat. Ada suami, bila Baru isteri bukak mulut terus si suami cakap penat la, esok-esok je la sembang, ada yang terus marah isteri. Dah terbantut si isteri tadi nak bersembang.
Kalau ada suami yg dengar pun, mostly mereka dengar saja, ala kadar je responnya. Ada yang langsung diam seribu bahasa.
Jenis hat diam ni, isteri tak sakit hati sangat. Sebab dia mau juga dengar isteri pot pet. Kira pendengar setia merangkap penyimpan rahsia jugak.
Cuma herannya, kalau si suami tadi bersembang dengan kawan-kawan bukan main rancak, meriah dan ramahnya. Kenapa kalau nak bersembang dengan isteri macam ada emas dalam mulut tu?
Kecil hati isteri. Walau remeh mana pun topik isteri tadi. Hambar sekalipun layan je la. Isteri tu just nak release stres dia. Nak berkomunikasi. Dia nak masa dengan suami dia.
Dia nak tengok muka suami dia. Nak dengar suara suami dia. Dia nak tengok suami dia gelak, senyum, melawak. Nak tahu rahsia tak? Isteri-isteri ni rindu kat suami dia walaupun baru 8 jam tak jumpa (sebab bekerja). Sebab tu dia ajak bersembang. Tapi, tak ramai suami yang faham kan?
Ads
Jadi lepas ni, sila layan isteri bersembang. Dengar cerita si isteri tadi. Insya Allah isteri akan jadi wanita paling bahagia.
Pada suami yang rajin melayan isteri, tahniah dan teruskan.
Pada suami yang sedar dah lama sangat tak bersembang dengan isteri, mulai hari ini, pergi dekat isteri anda, cuba mula bertanya ‘awak ok hari ni? Buat apa je hari ni?’ Mesti isti sangat gembira.
Pada para isteri yang suaminya kurang bercakap, pergi jumpa dia dan luahkan isi hati awak.
Betapa awak rasa sunyi dan rindu nak dengar suara dia. Terlalu banyak buat hal masing-masing dan kurang bercakap pasal hal ‘kita & keluarga kita’.
Mingguan Wanita : Cara ini jugalah boleh ikat kasih sayang suami isteri. Kena ingat, isteri dan anak-anaklah yang akan ada di saat susah dan senang tapi kawan-kawan mungkin masa senang saja. Kita tak tahu…
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Setiap mak ayah pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun, bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mendengar kata, mengikut ajaran agama yang sepatutnya. Meskipun anak-anak masih kecil, perlu terapkan didikan agama dan batasan dalam pergaulan yang memenuhi syariat. Jika perlu, lebih bertegas dengan mereka terutama dalam bab solat, aurat, pergaulan dan sebagainya.Lebih-lebih lagi, jika mempunyai anak perempuan.
Baru-baru ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 32 ada berkongsi pendirian dalam mendidik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra, 9.
Ramai yang mengetahui Qadejah El-Zahra atau nama panggilannya Cess, merupakan satu-satunya, anak kandung perempuan jutawan kosmetik ini.Dalam video yang dikongsikan, Aliff Syukri sedang menyapu ubat sambil meminta maaf dan memujuk anaknya, selepas merotan puteri kesayangan ini. Ia berpunca kerana Qadejah tidak menjaga batasan aurat.
Berikut perkongsian didalam Instagram beliau;
“Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik”
“Maafkan abah cess, abah teramat sayang cess tapi ni semua untuk masa depan cess.Hari ni abah rotan cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan.”
“Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal…mungkin dia tak faham sebab dia kecik lagi tapi dari kecik ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas tutup aurat.”
“Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri.Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan.”
Terdahulu, Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007. Selain, Qadejah El-Zahra, pasangan ini dikurniakan dengan 3 cahaya mata lain iaitu Ammar Ahyan 11, Ibraheem Adham, 7 dan Yusoff al-Qardawi,1 serta seorang anak angkat Ameena, 1.
MW: Melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biarlah daripada kecil agar anak tahu batasan agama yang sepatutnya. Semoga Qadejah El Zahra menjadi anak solehah dan taat pada perintah agama hendaknya.
Anak-anak paling liat nak suruh mandi. Sampai berbuih mulut mak ‘sekejap!’ ‘Nanti!’ Itulah jawapan yang keluar dari mulut anak. Mak pandang anak atas bawah.. berbulu je tengok. Jangan marah-marah, sebenarnya ada cara nak bagi anak seronok mandi tanpa di suruh.
1. Sabun Luar Biasa
Tak ada pun sabun luar biasa tapi mak boleh jadikan ia luar biasa dengan kuasa kata-kata. Beritahu pada anak, badan kita penuh dengan kuman. Setiap mak ada handphonekan?, Google gambar kuman. Tunjukkan dekat anak betapa ngerinya rupa kuman.
Beritahu, kalau tak mandi inilah kuman yang akan makan badan kita. Barulah masuk cerita sabun luar biasa. Sabun saja boleh bunuh kuman. Tapi kalau tak mandi macam mana kuman nak mati. Buat anak berfikir!
2. Alatan Mandi Comel
Anak-anak ini sifatnya suka yang comel, cantik, berwarna warni. Jadi belikanlah alatan yang mengikut kesukaannya. Bila anak-anak seronok, tanpa di suruh pun dia akan masuk bilik air.. mandi, sebabnya nak main dengan alatan kesukaannya itu.
3. Baju Khas Istimewa
Buat anak rasa masuk bilik air itu macam nak mandi di pool atau tepian pantai. Siapkan mereka dengan baju mandi yang istimewa. Jangan lupa ajar cara-cara mandi yang betul. Gosok badan berdaki, sabun seluruhnya, gosok gigi, bersyampu dan bilas sampai bersih. Lap badan guna tuala sampai kering. Pijak kaki dekat alas kaki, dah kering barulah bergerak.
Penting Mak Kena Buat..
Paling utama, masa anak mandi mak kena pantau. Jenguk selalu sebabnya dalam bilik air pun macam-macam bencana boleh berlaku. Buat juga langkah keselamatan supaya menghindar si kecil dari bahaya dalam bilik air. Misalnya letak alas pemijak bergetah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apa anda fikir jika saya cadangkan setiap pasangan yang berkahwin diwajibkan mengukur tahap EQ masing-masing? Saya pasti rasa yang terangkat kening sekarang.
Apa pula EQ ini? Kalau IQ itu mungkin ramai yang tahu, bukan?
Dalam kata mudah, IQ ialah ukuran kepintaran akal seseorang itu. Jika orang itu IQnya tinggi maka dikatakan orang itu pandai. Jika IQ rendah maka dikatakan kurang pandai.
Namun sejak kebelakangan ini, IQ didapati tidak begitu tepat menentukan kejayaan seseorang itu dalam hidup. Ada orang yang IQnya tinggi tetapi hidupnya berterabur dan tunggang langgang. Keluarga hancur dan kerjaya hanya setakat sederhana sahaja.
Sekarang semakin ramai beralih daripada IQ kepada EQ iaitu Kepintaran Emosi. Laporan World Economic Forum terbaru menunjukkan EQ berada di tangga keenam yang dicari oleh majikan menjelang tahun 2020.
Bagaimana pula dengan rumah tangga? Jika majikan mahu tahu tahap EQ pekerjanya, mengapa anda tidak mahu tahu EQ sendiri dan EQ pasangan anda?
Apa faedahnya mengetahui EQ dengan potensi kebahagiaan rumah tangga? Saya berikan contoh berikut. Jika anda dibesarkan dalam persekitaran yang baik, ada tahap pendidikan yang memuaskan, ibu bapa penyayang, adik beradik yang saling tolong menolong maka besar kemungkinan anda memiliki tahap EQ yang baik.
Orang yang membesar dalam persekitaran yang perit dan keras biasanya mempunyai EQ yang tercalar.
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : drama Nur 2
Tanda-Tanda Pasangan EQ Rendah, Boleh Runtuhkan Rumah Tangga
Cepat Marah Tak Kira Tempat
Yang pertama dan semakin menjadi isu sekarang ialah ketidakmampuan mengawal emosi. Antaranya orang yang cepat marah dan tidak segan menunjukkan kemarahannya tidak kira tempat, tidak kira masa dan tidak kena cara.
Ini adalah faktor penyebab penderaan dalam rumah tangga. Selain itu orang yang berfikir negatif, mudah tersinggung atau jiwa sensitif juga termasuk dalam kategori ini.
Mereka ini terlalu mudah membenarkan kata-kata itu masuk dan merobek perasaan sendiri. Mereka ini sangat terdedah kepada ‘stress’ yang tidak berfaedah.
Konon Percaya Boleh Baca Perangai Orang Lain
Kategori kedua ialah orang yang begitu percaya yang dia boleh ‘membaca perangai’ orang lain. Mereka ini selalu menemui kesilapan dan kesalahan pasangan tetapi tidak nampak kelemahan sendiri.
Orang yang memiliki EQ tinggi bukan sahaja boleh membaca emosi orang lain tetapi juga mengawal emosi sendiri. Jika pasangannya ada kelemahan tertentu dia ada dua pilihan.
Pertama; memaksa pasangannya berubah. Kedua; mempengaruhi pasangannya untuk berubah.
Sikap pertama ialah sifat orang EQ rendah sementara sifat kedua ialah orang yang mempunyai EQ yang tinggi.
Dia boleh mengawal emosinya dengan melihat masa hadapan dan memilih tindakan terbaik untuk mengubah pasangannya menjadi lebih baik.
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : drama Nur 2
Lihat Bahasa Tubuh, Ikhlas Atau Sebaliknya
Yang terakhir ialah bahasa badan. Mulut dan lidah boleh berkata dusta tetapi tidak lirikan mata dan nada suara. Keikhlasan adalah salah satu frekuensi gelombang dalam EQ.
Hanya orang yang pintar mengawal emosi boleh menukar sudut pandang untuk mendapatkan keikhlasan dalam perbuatan.
Dengan cara itu kita akan mampu memancarkan frekuensi keikhlasan itu sehingga masuk ke dalam perasaan pasangan.
Sentuhan fizikal, pandangan mata dan nada suara yang ikhlas itu hanya datang dari lubuk hati manusia yang mempunyai EQ tinggi.
Sebagai contoh anda tahu yang dia ada perempuan di luar sana. Anda boleh isytihar perang terbuka. Saya tidak kata salah sebab itu memang hak anda! Tapi apa jadi selepas perang itu?
Menang jadi abu, kalah jadi arang, bukan?
Bagaimana jika pilih cara berbeza?
Nyatakan dengan tenang perasaan anda untuk bersama dengannya masuk ke Jannah bersama dengan anak-anak. Pandang matanya.
Pastikan hati anda ikhlas (bukan seperti rasa mahu menelan dia hidup-hidup!) dan pegang hujung jarinya. Saya jamin, esok pagi pasti dia akan tinggalkan perempuan itu!. Cubalah.
Penulis : Dr Syed Yusaini Yahya, Relationship Coach, Promind Training And Consultation. Beliau juga merupakan kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri di majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.