Suami nak cerai isteri terlalu garang, bila dekat rasa jengkel. hikmah “me time” pasangan kembali bersama. Hidup berumahtangga penuh dengan ujian. Kadang di saat kita sudah mengenali pasangan, tapi rupanya masih ada “side dark” kehidupannya yang tidak pernah kita ambil tahu.
Dikongsi dari fb Farizal Radzali, dirinya yang bekerja di firma guaman sebelum ini ada berkongsi kisah sepasang suami isteri yang datang untuk menuntut cerai kerana suami memberi alasan isteri terlalu garang dan suka jerit-jerit pada anak. Hinggakan dirinya rasa tertekan dan mahu bercerai.
Namun di sebalik perceraian yang mahu dituntutnya itu tanpa disedari ada “kisah lampau” yang tidak diketahui pasangan dan selepas ia diketahui kenapa isterinya garang dan suka menjerit, akhirnya mereka tidak jadi cerai kerana masih ada perasaan sayang. Ikuti perkongsian ini dan moga jadi iktibar buat pasangan lain yang hadapi masalah sama.
Suami Nak Cerai Isteri Terlalu Garang
Berikut perkongsiannnya :-
Ingat tak kes suami failkan perceraian terhadap isterinya sbb takut kpd isterinya yg garang selepas berkahwin tu.
Izinkan saya update kes mereka.
Si suami tandatangan petisyen hari khamis. Si isteri sepatutnya tandatangan petisyen pada hari Jumaat. Tapi si isteri tak muncul. Lalu kami hubungi si isteri samada dia nak hadir atau tidak.
Lalu si isteri bertanya, kalau dia tak tandatangan, apa kesannya?
Saya maklumkan petisyen tak dpt difailkan. Kalau si suami masih nak teruskan, dia boleh failkan single petisyen.
Dia tanya saya, apa cara untuk dia & suami tak perlu berpisah? Ha? Saya bukannya kaunselor.
Tak berani nak cakap, takut apa yg saya cakap nanti menyebabkan keadaan bertambah buruk.
Dia kata takpe, cakap je.
Lalu saya tanya, hubungan ada masalah ke? Jawabnya tak.
Suami tak lunaskan tanggungjawab ke? Jawabnya tak.
Ads
Pernah bergaduh pasal duit ke? Jawabnya tak.
Puan ada lelaki lain atau dia ada perempuan lain? Jawabnya tak.
Betul puan tak tahu kenapa dia nak bercerai? Dia jawab ya, dia tak tahu.
Lalu saya maklumkan dia tentang apa yg suaminya bgtau saya. (Sepatutnya saya tak boleh masuk campur sebab urusan kami hanya dokumentasi, kaunseling bukan bahagian kami).
Terdengar suaranya mengeluh.
Katanya, suaminya seorang yang sangat baik. Tapi dia ada masalah trauma bila mendengar orang tinggikan suara, dia akan menggigil. Kisahnya, si suami membesar di rumah kebajikan selepas kematian ibu ayah sejak kecil & didera oleh mak sedara yang menjaganya.
Nak dijadikan cerita, anak pertama mereka adalah anak hyper-active. Pernah jatuh tangga, jatuh pagar rumah. Tambahan sekarang dah ada adik. Pada hari kejadian, anak sulung tu nak lompat atas adiknya. Lalu dia menjerit mcm orang gila. Dan dia marah juga suaminya yang pada masa itu berada di situ, cuma mungkin tak perasan.
Lepas tu la, suaminya keluar dari rumah & tak balik sampailah hari Isnin, si suami kata nak cari lawyer untuk failkan perceraian.
Saya tanya, keluarga puan di mana? Dia jawab di suatu tempat dalam Negeri Perak juga.
Saya kata, apa kata puan balik ke rumah keluarga puan dulu. Bawa anak-anak. Berpisah sementara dengan suami. Bagi masa kepaad suami untuk bertenang. Bagi masa juga untuk puan merehatkan diri & fikiran.
Me time untuk diri sendiri
Kedua-duanya perlukan masa untuk sendiri. Si suami dengan kisah lampaunya, si isteri dengan keletihan, runsing & keadaam kesihatan yang mungkin tak begitu baik kerana baru lepas melahirkan di samping menjaga anak hyper-active.
Si isteri kata, dia memang nak sangat balik ke rumah maknya sebab kat sana ramai adik beradik yang boleh jagakan anaknya sekejap pada masa dia terlalu penat. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan suaminya. Sebab suaminya tiada sesiapa.
Saya katakan itu cuma pilihan. Saya tak berani nak bagi cadangan lain sbb itu bukan bidang saya.
Lalu si isteri letak gagang telefon.
Semalam, si suami telefon. Dia tanya sama ada isterinya dah tandatangan petisyen. Maka kami jawab belum. Katanya dia nak batalkan permohonan tu.
Ads
Katanya isterinya lari balik ke rumah keluarganya. Dia pelik sbb rumahnya kosong bila dia lalu depan rumah mereka. Nampak tak, sayang tu masih ada, walaupun trauma, masih lalu depan rumah nak tengok anak isteri.
Rupanya dia dah keluar dari rumah mereka hampir sebulan. Tapi dia masih lalu depan rumah mereka utk lihat anak isteri. Tapi sejak minggu lepas, dia tgk rumah kosong.
Masa tu dia mula rasa kehilangan, hidupnya kembali kosong. Memang dia ada kawan, tapi tak sama. Seorang kawannya mengesyorkan dia dapatkan nasihat psikiatri di hospital. Dan dia setuju untuk lakukan.
Sehingga itu, dia nak cuba sekali lagi hidup dengan isterinya. Kami akur. Dia bayar kos pembatalan.
Petang sikit kot, si isteri pula call. Katanya suaminya dah hubungi dia, katanya tak jadi cerai. Dia ucap terima kasih sebab bagi cadangan hari tu. Saya senyum je.
Dari sini saya sendiri belajar. Adakala kita perlu berpisah sekejap. Bukan untuk menanam perasaan benci atau nak buatkan rasa marah makin meninggi tapi untuk memberi ruang kepada kedua-duanya untuk berfikir dengan lebih tenang.
Untuk merasakan perbezaan rasa bila orang yang kita rasa menjengkelkan itu tiada di sisi, adakah lebih baik atau lebih tak tenteram.
Dengan syarat, pemergian kita adalah ke tempat positif. Bukannya ke tempat yang menambahkan kekeruhan. Kawan & keluarga boleh beri pengaruh baik atau buruk.
Orang dulu-dulu kata, kalau terjadi perselisihan antara suami isteri tapi tak dapat diselesaikan berdua, maka mintalah pandangan dari orang tengah yang mampu memberi pandangan yang lebih baik.
Wallahu’alam.
(Ini bukan kes shariah)
~Farizal Radzali~
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Fizo Omar dan isterinya Fazeera yang baru saja menyambut kelahiran anak kedua mereka petang tadi.
Untuk pengetahuan Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri
Seperti mana perkongsian di laman sosial, Facebook Fizo meluahkan rasa syukur ke atas kurniaan anak perempuan ketiganya.
Pada hari Jumaat, anak pasangan ini telah selamat menjengah dunia. Paling terharu apabila Fizo memberitahu dia berpeluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim isterinya.
“Syukur Alhamdulillah
Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.
Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup saya apabila diberi peluang utk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata.
Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yg luar biasa ini dan layanan yg sgt baik,” kongsi Fizo yang turut memberitahu isterinya bersalin di ANDORRA Women & Children Hospital.
Bila tengok rancangan masakan, rasa nak tahu kenapa ada chef yang memasukkan buah keras sebagai salah satu rempah dalam masakan mereka. Apa sebenarnya rahsia buah keras dalam masakan ini?
Menurut Pakar Masakan Terkenal, Puan Noraini Adnan dalam soal jawab dengan majalah Rasa memaklumkan buah keras juga dikenali sebagai kemiri dalam bahasa Indonesia. Atau nama Inggerisnya ‘candlenuts’.
5 Rahsia Buah Keras Dalam Masakan Mak-mak
Pertama : Pemekat Kuah
Tambah Puan Noraini lagi, fungsinya dalam masakan adalah sebagai bahan pemekat kuah. Namun, buah ini tak boleh dimakan mentah. Kerana buah keras mengandungi toksik. Sebab itulah, ia perlu dimasak dahulu.
Kedua : Penyedap Rasa Dalam Makanan
Buah keras ini memang tak dinafikan jadi penyedap rasa dalam masakan. Antara jenis masakan yang boleh menggunakan buah keras adalah, sup, kari, masak merah, rendang, tumisan, sayuran dan sebagainya.
Ketiga : Masakan Jadi Lebih Lemak Berkrim
Seperti yang dikongsi oleh blogger masakan terkenal, Mat Gebu pula buah keras ini mengandungi minyak yang tinggi. Sebab itulah rempah hebat ini memberi rasa lemak, berkrim sekaligus memekatkan kuah dalam masakan.
Ia menggantikan kacang macadamia. Memandangkan harga kacang ini mahal di Malaysia, gunakan buah keras sebagai pengganti.
Keempat : Bau Harum Dalam Masakan
Ujar Mat Gebu lagi, buah keras ini jangan guna banyak-banyak dalam satu-satu resepi. Dalam 2 ke 3 biji dah memadai untuk jumlah cili kisar 11/2 cawan. Kalau nak buat gulai atau asam pedas, buah keras ini akan dikisah dengan rempah yang lain untuk naikkan bau harum.
Kelima : Rupanya Ini Rahsia Sedap Masakan Baba Nyonya
Antara rempah wajib yang ada dalam masakan tradisional Baba Nyonya dan Portugis ini tentulah buah keras. Yang mana, mereka lebih banyak menggunakan buah keras berbanding bawang putih. Ia memberikan rasa lemak dalam kuah masakan yang dihasilkan.
Sambal Buah Keras
Selain sambal belacan, sambal tempoyak mahupun budu, mak-mak boleh cuba buat sambal buah keras yang mudah ini. Resepi ini dikongsikan oleh nasamulia.
Bahan-bahan
5 biji Buah Keras (candle nuts / pelleng’ / kemiri)
1 biji Cili Hijau
1 biji Cili Merah
1 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 biji Tomato
*Gorengkan semua bahan di atas sekejap atau sehingga agak layu.
Garam
Masukkan isi ikan goreng – ambil agak-agak dari 2 ekor ikan kembung.
Caranya :
*Tumbuk kesemua bahan yang telah digoreng dan masukkan isi ikan, perasakan.
Murid 7 tahun hadiahkan barang kemas buat guru. Ramai netizen berasa sebak apabila seorang murid berusia tujuh tahun menghadiahkan barang kemas buat 10 orang gurunya sempena sambutan Hari Guru.
Murid 7 Tahun Hadiahkan Barang Kemas
Seperti mana dipaparkan menerusi sebuah klip video yang tular di Tik Tok, kanak-kanak tersebut ditemani ibu dan bapanya membeli barang kemas buat guru-gurunya.
“Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah. (Hadiah untuk) 10 orang gurunya.
“Terima kasih khasnya buat Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,” tulis ibu murid berkenaan, Nurashikin Din di TikTok.
Tersentuh Hati & Kagum Dengan Pilihan Hafiy
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji dan tersentuh hati dengan hadiah yang dipilih oleh murid berkenaan untuk guru-guru kesayangannya.
“Alhamdulillah rezeki cikgu-cikgu Hafiy. Yang mampu biarlah. Terima kasih juga berkongsi rezeki bersama cikgu-cikgu Hafiy. Yang tak mampu kita ni bagi je apa yang mampu,” luahMZJZ.
“Masya-ALLAH dik…semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat. Untuk Hafiy semoga membesar menjadi hamba yang soleh dunia dan akhirat,” kata Nur Hazi.
“Saya baru pesan kat anak murid saya jangan bagi hadiah dekat saya kalua tak mampu. Cukup belajar rajin-rajin sebab saya sekolah kampung takut susahkan waris. Lagipun diorang dah berhabis duit beli buku kerja.harap depa berjaya” ungkap AsmakIsmail.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.