Suami tolonglah jangan lepas tangan. Isteri menangis penat, banyak sangat dah berkorban. Isteri bantu mencari rezeki untuk ringankan beban suami. Habis kerja pejabat, tugas isteri diteruskan di rumah. Kadang isteri tak sempat tukar baju, terus buat kerja-kerja rumah.
Habis mengemas, memasak pula. Itu belum lagi melayan kerenah anak yang macam-macam. Ada suami yang tak rasa bersalah melihat isteri tak cukup tangan. Langsung dia tak offer nak bantu malah leka dengan handphone atau mengadap tv.
Suami Lepas Tangan & Pentingkan Diri
Time lapar pandai pula cari isteri. Dia cuma tahu makanan semua dah disiapkan, tinggal nak ngap je. Berbulu je mata isteri tengok perangai pasangan yang lepas tangan. Kadang isteri baru nak suap makanan ke mulut, anak datang bagitau nak ke toilet atau nak susu.
Ramai suami sekadar dengar tapi buat tak tahu je. Langsung tak kesian pada isteri yang berhempas pulas memastikan semuanya ‘SEMPURNA’ untuk keluarga. Pernah tak dia fikir betapa penatnya isteri melakukan semuanya sendiri.
Ada isteri yang terlalu stres sampai jadi murung. Malah ramai isteri yang menangis penat, emosinya dah tak tertanggung. Bila suami langsung tak bantu, isteri makan hati berpanjangan. Ada isteri yang jatuh sakit, badannya tak mampu nak tanggung beban tugas non stop.
Memang ada suami yang jenis pentingkan diri, mungkin mereka sudah dididik begitu oleh keluarga. Dalam fikiran mereka, tugas isteri menjaga anak dan melakukan kerja rumah walaupun isteri bekerja.
IKLAN
Pemikiran begini mesti dibuang jauh-jauh kalau nak rumah tangga bahagia. Duhai suami, pandanglah isteri dengan mata hati. Layanlah isteri selayaknya, mereka adalah teman hidup anda.
Bukan isteri nak minta anda buat semua tapi sama-samalah membantu menguruskan kerja rumah dan anak-anak. Bila isteri happy, insya-Allah rezeki suami akan melimpah ruah. Bahagiakan seorang isteri, itu hak mereka!
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Pelakon Tak Ada Cinta Seperti Mu, pernah bertindak mengasingkan diri dalam satu tempoh yang agak lama. Malahan dirinya juga seakan-akan cuba berahsia tentang apa yang dilalui dalam hidupnya.
Tentu ramai di kalangan anda pernah membaca kisahnya yang dikatakan menghidap penyakit kanser. Namun hingga ke saat ini, Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, tidak pernah mengakuinya.
Sebaliknya hanya selesa berkongsi bahawa pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Dirinya lebih selesa untuk menyimpan seorang diri tentang penyakit yang dialami itu..
Bagi Ardell, dia enggan berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dengan semua orang sebaliknya memadailah dengan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja. Melihat semangat Ardell, ternyatalah dia seorang wanita yang cukup kuat dan tabah, walaupun mengalami dugaan yang cukup hebat, tapi dia tidak mahu mengalah.
MW: Apa yang Ardell lalui bukan sesuatu yang mudah, apakah sumber kekuatan anda?
Ardell: Sebenarnya kekuatan tersebut diperoleh menerusi mama. Sekuat mana pun ujian melanda, saya sentiasa meletakkan wanita yang mengandung dan melahirkan diri ini sebagai penguat semangat.
Setiap kali saya sedih dan lemah, saya akan lihat wajah mama. Dari saya kecil sehingga sekarang banyak dugaan yang dilalui ibu. Mama adalah sumber kekuatan selain adik-beradik lain.
MW: Menurut Ardell, kehidupan kecil suatu masa dahulu bukan sesuatu yang mudah, bagaimana anda laluinya?
Ardell: Mama saya seorang mualaf, kehidupan kami sekeluarga juga susah. Kami tinggal di sebuah pondok di ladang kelapa sawit. Dek kerana miskin, kami terpaksa berpisah kerana mama terpaksa berikan adik-beradik pada orang lain. Hanya saya sahaja yang tinggal dengan mama waktu itu.
Ibu mana yang sanggup berpisah dan berikan anak pada orang lain. Tapi demi mahukan yang terbaik untuk anak-anak, dia redha. Namun, Allah berikan rezeki kami untuk bersatu kembali.
MW: Pernah anda menyalahkan takdir atas apa yang dilalui ketiak suatu ketika dahulu?
Ardell: Saya merupakan anak ke lima dari enam beradik, tapi ibarat saya ini anak sulung. Malah, saya tak pernah salahkan takdir walaupun sudah mula buat kerja sampingan sejak tingkatan tiga lagi.
Niat saya ketika itu tiada lain hanya mahu membantu mama yang hanya bekerja di restoran untuk besarkan kami semua. Berapa sajalah gaji ditambah pula mama ibu tunggal. Tetapi Allah berikan kelebihan saya dalam industri seni.
Mungkin rezeki saya dalam bidang ini tetapi kena tahan fizikal dan mental. Tapi itu pun saya lakukan on off sebab mama tak restu. Tapi saya terangkan tujuan saya masuk bidang ini, hanyalah untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
MW: Bagaimana anda memujuk ibu agar merestui anda dalam bidang seni?
Ardell: Saya mahu bantu keluarga tak nak hanya duit sekadar cukup sahaja. Perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan. Jadi mama restu, saya pikul tanggung jawab seorang ayah sebenarnya kerana saya ada adik yang masih kecil. Bayangkan dulu kami hanya pakai apa yang diberikan oleh pihak zakat dan juga di sedekah oleh orang lain.
Kami memang susah sangat waktu itu. Jadi, saya rasa adik-beradik yang teringin nak guna benda baru seperti kanak-kanak lain. Saya tahu nun jauh di sudut hati mama, dia rasa sedih kerana tak mampu nak bagi apa yang anak ingini.
Saya pujuk mama dan beritahu tak perlu sedih kerana mama dah tua dan banyak berkorban sejak dulu lagi. Jadi, setiap kali dapat gaJi, saya lebihkan pada keluarga. Mujurlah saya ni bukan jenis kaki shopping.
Bayaran pertama filem saya simpan dan hantar mama pergi umrah. Walaupun ketika itu saya hanya tinggal RM50 untuk sampai hujung bulan. Tetapi saya nekad. Mama pulang dari umrah, rezeki yang saya peroleh semakin melimpah ruah.
MW: Setelah melalui kesusahan sewaktu, kini Ardell diuji lagi. Apakah rasanya?
Ardell: Saya mempersoalkan kenapa ia boleh berlaku lagi. Biar pun orang cakap berdosa jika mempersoalkan apa yang berlaku, tetapi sebagai manusia biasa saya tidak lari untuk melakukan perkara sebegini.
Saya juga percaya bahawa jika ingin tahu tentang sesuatu, bertanyalah pada-Nya dan Allah akan beri petunjuk. Insyallah.
MW: Ketika Ardell kesusahan, siapakah yang hulurkan bantuan dan sentiasa dekat dengan anda?
Ardell: Alhamdulillah sepanjang saya di uji pada tahun lalu, mama sentiasa berada di sisi. Dialah yang selalu memberi dorongan dan membawa saya keluar untuk ambil angin. Jadi buat apa saya nak sia-siakan apa yang mama lakukan.
Dari situlah, saya mula mengorak langkah dan boleh melakukan semua kerja saya semula termasuklah menerima tawaran berlakon. Saya kuat demi mama.
Jodoh tak sampai sebulan, pesakit kanser barah otot (leiomyosarcoma) tahap 4 meninggal. Innalilahiwainailahirojiun. Moga arwah Mohd Hashmi Arifin ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Setiap yang hidup pasti merasai mati. Ia takdir yang tidak mampu dielakkan. Yang ditinggalkan akan hidup dalam kenangan berpanjangan.
Jodoh Tak Sampai Sebulan
Kisah pasangan pengantin yang pernah viral di media sosial sebulan lalu, Siti Marha Azuar yang menerima lamaran suami Mohd Hashmi Arifin walau tahu suaminya itu mengidap kanser barah otot tahap empat berakhir dengan berita yang menyedihkan.
Ini kerana tidak sampai sebulan mendirikan rumahtangga, suami dikasihinya itu disahkan meninggal dunia petang semalam selepas bertarung dengan penyakit bahaya ini.
Jururawat anak dua ini berkongsi berita sedih ini di Tik Toknya dan memaklumkan suaminya meninggal dunia petang semalam.
Sebelum ini di videonya, dirinya menulis, mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin,” tulisnya ringkas pada kapsyen video berkenaan.
Dalam video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki mengangkat keranda sebelum memasukkannya ke dalam van jenazah.
Di akhir video berkenaan adalah gambar hitam putih Mohd Hashmi dengan dirinya menulis semoga roh suaminya dicucuri rahmat dan pergi dalam husnul khatimah.
Memetik Harian Metro, wanita memiliki hati yang cukup istimewa ini, suaminya meninggal jam 4 petang semalam.
“Suami menghembuskan nafas terakhir di rumah kerana itu permintaan terakhir dia. Dia sanggup tunggu akak (bahasa diri Siti Marha) sebelum ‘pergi’ sebab akak uruskan anak-anak sekolah.
“Memang setia sampai hujung nyawa,” katanya.
Siti Marha memaklumkan suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang, Selangor.
Ajal maut ketentuan Allah. Tidak ada sesiapa pun yang ingin kehilangan orang yang tersayang.
Namun, apakah persiapan yang perlu dilakukan sekiranya pasangan pergi mengejut?
Minggu ini dalam Borak Kelamin, membincangkan tentang topik Pasangan Pergi Mengejut, Bersediakah Anda? Bersama tetamu jemputan Datuk Ziela Jalil, yang akan berkongsi pengalaman setelah kehilangan suami tersayang.
EP10, Pasangan Pergi Mengejut, Bersediakah Anda?
Datuk Ziela Jalil adalah antara wanita yang diuji dengan pemergian suami tercinta secara mengejut. Wanita lemah lembut dan manis ini mengakui memang dia tiak bersedia dengan pemergian suami tercinta.
Di awal kematian suami, empat hingga lima bulan juga dia ziarah kubur arwah suami, dua kali sehari. Ternyata kematian suaminya memberi impak yang mendalam buat Datuk Ziela.
Menurut beliau, allahyarham suaminya memang sakit dan doktor juga pernah memberitahu keadaan serta perkembangan suaminya ketika itu, namun dia tetap positif dan sentiasa berharap ada keajaiban yang Allah akan pulihkan suami.
Datuk Ziela juga tidak pernah berputus asa dan berhenti berharap sehinggalah suaminya menghembuskan nafas terakhir. Oleh sebab itu tidak mudah untuk beliau menerima takdir bahawa suaminya telah pergi buat selamanya.
Empat Bulan Ziarah Kubur Suami, Sehari Dua Kali
Cerita Dalam Kain pula membawakan kisah seorang wanita yang kehilangan suami dalam keadaan mengejut dan persediaan yang dilakukan dalam meneruskan kehidupan.
Saksikan Borak Kelamin, Isnin 3 Mei jam 9 malam di Astro Ria & On Demand. Ulangannya pada Jumaat, jam 12 tengah hari di saluran yang sama.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...