Suami lebihkan adik perempuan, sedih bila keperluan isteri dan anak-anak terabai. Bagi seorang isteri, apabila keperluan diri dan anak-anak terabai kerana suami terlalu memprioritikan adik perempuannya, ia boleh menimbulkan rasa sedih, kecewa, dan tidak dihargai.
Suami Lebihkan Adik Perempuan
Keadaan ini memerlukan komunikasi yang baik dan pendekatan yang bijak untuk menyelesaikannya. Kadangkala suami tidak sedar bahawa keutamaan terhadap adik perempuannya menyebabkan isteri dan anak-anak merasa diabaikan.
Suami lebihkan adik perempuan, isteri dan anak-anak tak cukup keperluan.
Menjadi seorang lelaki ini sebenarnya bukan mudah. Mungkin lelaki tak perlu mengandung, nak kahwin pun tak perlu wali, harta pusaka pun dapat lebih tapi menjadi lelaki perlu ada mentaliti ‘bertanggungjawab’.
Apatah lagi kalau bergelar suami. Dalam masa yang sama menjadi kepala keluarga selepas kematian bapa. Tambah-tambah bila bapa meninggalkan adik-adik yang masih kecil.
Sedih Bila Keperluan Isteri & Anak-anak Terabai
Ada satu kisah yang saya nak kongsikan. Seorang wanita mengadu kepada saya sebelum ini tentang sikap dan tanggungjawab suaminya yang jarang bagi nafkah kepada dia dan anak-anak.
Tapi untuk adik perempuannya, apa saja yang diminta, mesti bagi. Adik perempuan itu adik bongsu katanya. Bukannya tak ada abang-abang yang lain, tapi suaminya sebagai Abang Ngah ini yang paling rapat.
Dia tak kisah kalau kata suaminya ni seorang yang nak pikul tanggungjawab selepas kematian bapanya. Tapi, suaminya ini bukanlah orang yang berkemampuan sangat.
Makan minum, pakaian, sewa rumah, bil-bil semuanya wanita ini yang tanggung. Bahkan, perbelanjaan anak-anak mereka pun, wanita ini yang banyak bayarkan.
Yuran tusyen, bagi duit belanja sekolah anak-anak, upah pengasuh, semua berkaitan anak-anak ditanggung oleh wanita itu.
Tahulah wanita ini kerja dan gajinya bagus. Seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Tapi, kadangkala dia rasakan suaminya ini seperti melepaskan tanggungjawab rumahtangga mereka kepada dia seorang.
Suaminya pula, dalam keadaan tak berduit sangat pun setiap bulan, masih cuba untuk belikan hadiah birthday adik perempuannya yang baru 15 tahun.
Ads
Hadiah birthday kalau biasa-biasa macam buku ke ok lagi. Tapi, suaminya siap belikan Iphone model terbaru ketika itu kerana itu yang adiknya inginkan.
Marah wanita itu masa dia ceritakan kepada saya. Jadi dia tertanya-tanya, siapa lebih penting untuk seorang lelaki galas tanggungjawab.
✅ Isteri atau adik perempuan yang lebih penting?
Dalam kes nafkah, seorang lelaki yang telah berkahwin, tanggungjawab menyediakan nafkah adalah kepada isterinya terlebih dahulu. Isteri adalah prioriti utama selepas sahaja dia menerima akad nikah.
Selagi mana isteri tersebut tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana Mahkamah Syariah, selagi itulah suami wajib berikan nafkah. Suami wajib sediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan perubatan kepada isteri.
✅ Antara adik perempuan atau anak sendiri, mana lebih penting?
Jawapannya, anak lebih wajib diutamakan. Nafkah anak adalah satu kewajipan yang mesti ditanggung oleh seorang bapa. Nafkah yang perlu disediakan kepada anak adalah nafkah makan minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan.
Selagimana anak tersebut masih belum bekerja, atau masih lagi menyambung pelajaran hingga peringkat sarjana muda, selagi itulah, si bapa perlu menyediakan keperluan nafkah kepada anaknya.
✅ Antara adik perempuan dengan ibu bapa, mana lebih penting?
Ads
Jawapannya, ibu bapa perlu lebih diutamakan. Ini kerana ibu atau bapa yang tak berkemampuan, sedangkan anaknya mungkin orang yang kaya, ibu atau bapa itu boleh pohon nafkah furu’ kepada usul.
Jadi, ibu atau bapa perlu diutamakan berbanding adik beradik sendiri.
✅ Jadi, adik perempuan tak penting?
Adik perempuan yang masih kecil dan dalam keadaan ibu mungkin tak berkemampuan, anak lelaki perlu ambil tanggungjawab untuk pikul tanggungjawab arwah bapa.
Cuma, perlu tengok pada keutamaan. Isteri dan anak perlu diutamakan kerana mereka adalah prioriti selepas berkahwin. Kalau ada adik beradik yang lain, mereka juga bertanggungjawab untuk bantu sediakan nafkah kepada adik perempuan yang masih kecil dan bersekolah.
Kesimpulan, menjadi lelaki, perlu ada kesedaran untuk pentingkan usaha mencari dan memberi nafkah. Andai seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa gagal menyediakan nafkah yang secukupnya kepada isteri dan anak-anak, bimbang dia berlaku zalim.
Memang ada pihak yang banyak tanggungjawab, tapi berusahalah sekuatnya untuk pikul tanggungjawab tersebut.
Masalah seperti ini memerlukan pendekatan yang penuh kasih sayang, empati, dan komunikasi yang baik. Sebagai pasangan, suami isteri perlu saling menyokong dan memahami keperluan masing-masing.
Dengan usaha bersama, situasi ini boleh diselesaikan tanpa menjejaskan keharmonian keluarga. Jika kesukaran berterusan, jangan ragu untuk mendapatkan bantuan profesional bagi memperkukuhkan hubungan suami isteri.
Sumber: Tuan Fahmi Ramli Official, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam hidup rumah tangga, tunjang utama yang perlu ada dalam hubungan suami isteri adalah kefahaman.. Terutamanya kefahaman tentang AQIDAH
Sesetengah orang merasakan isu yang sering dikaitkan tentang REZEKI terhalang sebab sakiti isteri. Sebenarnya, perkara ini perlu diperhalusi dan difahami kerana ia berkaitan dengan pegangan dan kefahaman..
Hati ISTERI yang sakit itu menjadi TANGGUNGJAWAB si suami agar tidak membiarkan HATI ISTERI yang SAKIT itu terbiar sehingga mampu mengundang murka Ilahi.. Suami wajib bertanggungjawab ke atas HATI ISTERI.. agar tidak ada PENYAKIT HATI.. jika mahu REZEKI MENGALIR xhenti henti..
Ikuti perkongsian daripada ustaz Farid Abu Auliya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Hakikatnya REZEKI itu mutlak pada ALLAH YG MEMILIKI SIFAT AR RAZZAK..
Tiada sabit pada manusia sifat MELAPANGKAN dan MENYEMPITKAN rezeki kerana
MANUSIA. Hak Allah utk melapangkan dan menyempitkan mengikut kehendakNya.
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
-Sura Ar-Ra’d, Ayah 26
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
-Sura Saba’, Ayah 36
Adapun yg memberi statement jaga HATI ISTERI utk LAPANG REZEKI perlu di perhalusi..ada berbaur nafsu krn hakikatnya bukan hati yg dijaga tetapi PERASAAN isteri..yg berkata pula hanya ada SORANG JE ISTERI dan diri nya lah satu satunya ISTERI yg suami nya ada.. Maka mulalah PERASAN pun dtg menyangkakan lapang rezeki sbb setia DENGAN ISTERI YG ADA..
ini adalah fahaman BATIL.. Malah yg dilihat REZEKI itu nmpk lapang pada sudut HARTA.. RUMAH BESAR.. KERETA MEWAH.. maka ini adalah satu fahaman yg menyongsang..
REZEKI bukan diukur dengan HARTA.. ttp diukur dgn PAHALA yg mana PAHALA itu merujuk kepada JIWA.. jiwa yg BAHAGIA.. itulah yg banyak PAHALA..
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
-Sura Ghafir, Ayah 40
jiwa yg BAHAGIA berbeza dgn PERASAAN YG GEMBIRA..
Jiwa berteraskan KEBENARAN
Gembira hnya berteraskan keadaan dan kebendaan.. Kata2 pujian, kata yg membuai2.. Janji manis yg ditaburkan..
Walaubagaimanapun..
SAKIT HATI itu boleh juga memberi kesan kpd ALLAH nak bagi rezeki.. Kenapa ADA KESAN.. kerana SAKIT HATI itu adalah kerana HATI YANG SAKIT..
HATI yg SAKIT itu adalah kerana ADANYA DOSA..
DOSA adalah menjadi ASBAB terhalangnya REZEKI.
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”
-Sura Al-Fajr, Ayah 16
Kesimpulan
Isteri YANG SAKIT HATI itu adalah isteri yg HATINYA SAKIT.. Hati yg SAKIT bukan sebab disakiti tetapi kerana KEJAHILAN DIRI SENDIRI yg mengundang MURKA ILAHI..
Begitu juga dgn SUAMI yg x puas HATI adalah krn HATINYA xpernah PUAS dgn AMAL yg IKHLAS juga akan mengundang murka Allah..
Isteri yg SENANG HATI adalah HATI nya yg telah dibersihkan daripada PENYAKIT PENYAKIT HATI..
IRI HASAD CEMBURU dan yg paling bahaya adalah SYIRIK DAN TAKABBUR.
Kerana itulah REZEKI terhalang
REZEKI yang SEBESAR BESARnya itu adalah mengenal ALLAH.. terhalang nya rezeki itu adalah apabila HATInya terhijab daripada mengenal Allah swt.
Wallahua’lam
MW: Kalau rasa rezeki susah nak dapat, cuba lihat dan musahabah diri apa yang telah kita lakukan pada isteri dan keluarga.
Ibarat air dicincang tak akan putus, begitulah betapa kuatnya ikatan adik-beradik. Setelah ibu, bapa tiada…adik-beradiklah menjadi tempat menumpang kasih. Oleh sebab itu hubungan adik-beradik harus dijaga biar pun masing-masing memiliki kehidupan masing-masing.
Ketika kecil membesar bersama, sudah tentu banyak kenangan dicipta. Oleh itu, jangan sia-siakan kasih sayang yang terjalin. Ketahuilah orang yang tak ambil berat soal adik-beradik, hidupnya tidak ada keberkatan.
Ikuti perkongsian Dai’ Hamidah dan hadam baik-baik:
Orang yang tolak adik-beradik, orang yang tak ambil berat soal adik beradik . Orang itu hidupnya tidak ada keberkatan. Manusia yang bijak dia akan memanfaatkan adik beradiknya untuk dia peroleh kelebihan yang dijamin Baginda Nabi SAW.
Apa yang Nabi Muhammad s.a.w jamin seperti mana yang kita biasa dengar mafhumnya orang yang berusaha nak jaga silaturahim ini dia akan dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki.
(Rezeki jangan hanya faham harta kaya semata-mata, ia lebih dari itu). dua perkara ini impaknya sangat besar dalam kehidupan jika kita cuba fahami sedalam-dalamnya.
Hormat dan Berkasih Sayang Dengan Adik-Beradik
Kedua sebagai manusia kita tidak perlu sombong dengan manusia lain terutama adik beradik sebab kita tak pasti penghujung hidup kita kisahnya bagaimana. Dan matinya kita nanti bukan kita yang akan mandikan sendiri.
Jadi hormat dan berkasih-sayanglah. Buang rasa megah dalam diri sebelum Allah campakkan penyakit “Ron“ seperti mana yang diceritakan baginda nabi kita dalam sebuah hadis yang sohih iaitu hati jadi batu.
Batu yang mana tidak hairan dengan keadaan sekeliling dan tak peduli hal yang baik-baik . Kalau sudah jadi sampai ke peringkat ini, maka ia akan termasuk golongan celaka dan kelak dia akan menyesal yang teramat sangat.
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berbahaya ini dan kehidupan kita dilimpahi barokah wa rahmah oleh Allah Azza Wajalla.
MW: Semoga hubungan kita adik-beradik sentiasa dekat dan diberkati Allah selalu.
Isteri berpantang bersalin mudah amat jiwanya ‘koyak’. Hatinya retak, lagi-lagi dapat suami yang tak nak faham dan berat tulang nak bantu mudahkan kerja isteri berpantang.
Sebab itu, para suami kena hadam apa yang dikongsikan Azlan Noor. Apa yang sepatutnya suami hadap dan buat bila isteri awak itu dalam keadaan berpantang bersalin.
Jangan sesekali letak di fikiran, isteri awak kuat dan boleh lalui 44 hari berpantang sendirian tanpa sokongan suami.
Dalam Tempoh Berpantang, Isteri Dambakan Sokongan Suami
Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongan daripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
Rupa-rupanya tak!
Suami Tak Faham, Anak Baru Lahir Meragam Buat Isteri Mudah Tertekan
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami.”
Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
1. Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal.
2. Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah.
Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
Masa Inilah Suami Nak Buktikan..
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
√ Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
√ Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
√ Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...